kadang-kadang kita rasa hidup kita sempurna,
sedangkan kita sedang pentingkan diri.
kadang-kadang kita terlalu mengharap pada orang,
sedangkan kita sendiri tidak menunaikan hak.
kadang-kadang kita mahu orang bersangka baik dengan kita,
tetapi kita sendiri lupa untuk bersangka baik dengan orang.
kadang-kadang kita mahukan yang terbaik untuk diri kita,
tetapi kita terlupa apa kesannya pada orang lain.
kadang-kadang kita rasa kita sudah letih bekerja,
oh, rupanya-rupanya benchmark yang kita letakkan terlalu rendah.
kadang-kadang kita rasa Allah sayang kita,
sedangkan kita sendiri masih belum bertaubat tentang banyak doossaaaa yang kita lakukan.
kadang-kadang kita mahu orang terima cara kita,
tetapi kita bertegas dengan prinsip sendiri, apabila dia juga mahu kita terima cara dia.
kadang-kadang kita rasa , kita bawa perpaduan,
sedangkan kita sebenarnya meniupkan angin kencang pada bara-bara perpecahan.
kadang-kadang, kita terasa sudah cukup baik,
sedangkan syaitan bergelak ketawa melihat pepohon ria' bercambah subur dalam hati kita.
kadang-kadang kita rasa kitalah yang ada penyelesaian pada masalah,
sedangkan masalah yang kita fikir kecil dan remeh,
dan orang lain sudah fokus pada perkara yang jauh lebih besar.
kadang-kadang kita rasa kita fikir benda besar,
sedangkan ada benda yang lebih simple tetapi besar.
kadang-kadang kita rasa ikhlas memberi,
tetapi hati kita meronta- ronta mahu pemberian itu ada balasannya.
kadang-kadang kita rasa kawan kita bermasalah.
sedangkan sebenarnya yang kita lihat itu masalah diri kita sendiri.
kadang-kadang kita rasa kita punya banyak masa,
sedangkan sebenarnya kita sedang bermimpi,
dalam keadaan hakikatnya kita sedang lemas,
selagi kita tidak terjaga dan sedar,
maka kita akan terus dalam keadaan memikirkan kita banyak masa sedangkan setiap detik, nafas kita semakin semput di masuki air,
tetapi proses survival itu tidak berlaku,
kerna kita lena menikmati "mimpi kehidupan sempurna" kita.
mahukah kematian menjadi titik menyedarkan kita bahawa kita sedang lemas?
kadang-kadang kita mengharapkan doa akh dan ukht kita,
tetapi kita sendiri lupa mendoakan.
kadang-kadang kita terlalu banyak bercakap,
sedangkan sebenarnya kita perlu duduk diam,dan beristighfar.
kadang-kadang,
kadang-kadang,
kadang-kadang, yang perlu kita lakukan,
hanyalah ambil masa untuk muhasabah diri-sendiri.
1 comment:
Salam...menarik bicaran dan grafiknya...pohon dikongsikan...syukran
Post a Comment