maafkan


ketahuilah,
di kala anda sibuk, cuba memenuhi hak-hak yang tidak tertunai,
orang yang paling berkorban dan terkorban adalah,
keluarga anda dan mereka yang ada di sekeliling anda.

jadi,
hargai mereka dari.
bermula dari sekarang,
ketika anda tidaklah sibuk sangat.

hidup ini, semakin jauh kita berjalan, tanggungjawab semakin besar,
tak pernah semakin kurang,
ada sesuatu yang mencurigakan kalau tanggungjawab kita semakin kurang,

nanti, bila dah ada keluarga sendiri,
dengan tekanan kerja yang menggunung,
dengan adaptasi yang perlu dilakukan bersama pasangan hidup dan keluarganya,
dengan kawasan kejiranan yang baru,
dengan cabaran-cabaran yang anda perlu hadapi,
dengan kemungkinan tiada yang faham situasi kita,
dengan kesempitan-kesempitan hidup,
semua sibuk dengan dunia masing-masing,

kita akan lemas.

kalau kita tak mula mengadaptasi, menambah kekuatan diri
dan cuba memberi dari sekarang.

minta maaf atas hak-hak yang tidak tertunai.

2 comments:

[amiza malik] said...

kak milah.......

putih said...

ops...kak yuyu,
kak milah minta maaf pada kak yuyu..