Tanpa pertemuan

It's amazing, subhanallah.

Bagaimana Allah boleh buka hati seseorang untuk lebih hampir kepada Dia, dengan kehadiran seseorang sebagai trigger.

Sama ada gurunya, rakannya, saudaranya, naqibahnya, ahli usrahnya, atau hanya seseorang yang ditemuinya seminit cuma.

Dan ada yang lebih mengagumkan.

Tanpa pertemuan, masih lagi Allah berupaya membawa hati manusia itu dekat pada Dia berasbabkan manusia yang lain.

Berbelit sungguh bahasa. :P

Of course. Sudah pasti contoh paling baik adalah apabila seseorang kembali pada Allah setelah menyelusuri jalan perjuangan baginda rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Namun terkadang, ada cerita-cerita manusia biasa yang menyentuh hati.

------------------------

Mendengar cerita tentang dia yang suka berjalan, sambil tadabbur alam dan menyumbat telinga dengan pelbagai recording, teringat kenangan-kenangan di Mesir.

Peristiwa akhawat tergelak seorang diri ketika berjalan atau makan itu perkara biasa. Manakan tidak, jika si penyampai suka buat lawak. Kadang-kadang terangguk-angguk mengiakan kata-kata penyampai.

Tanpa mp3, perjalanan ke liqa' terasa hambar dan membuang masa. Apatah lagi bila jadualnya sendat dan padat dengan pelbagai perkara yang perlu dicapai.

Kenapa kenangan hanya perlu jadi kenangan? si dia tersenyum.
Maka ditakdirkanlah wujudnya seorang manusia yang leka dengan recording sambil berjalan-jalan di bandaraya. Kejap tergelak, kejap tersentak.

----------------------

Kesimpulan?

Bukalah hati sentiasa. Cari gali hikmahnya.
Jadilah pemilik jiwa yang besar.
Ambil kebaikan dari sesiapa. Setua atau semuda mana pun dia.

dan aku?
Moga aku juga menjadi asbab / penyebab , sampainya hidayah Allah kepada makhluk ciptaanNya.

Posted via DraftCraft app

Baginda.

Katanya :

" tanda benarnya seseorang itu mengikut Rasulullah s.a.w ialah dia dipakaikan padanya baju besi dan topi besi Baginda, disandangkan padanya pedang baginda, dikurniakan kepadanya adab, sifat, dan akhlak baginda, dipakaikan padanya persalinan baginda dan dia sangat gembira.

Betapa tidak, kerana dia telah menjadi umat Baginda s.a.w.? Kerana itu, dia bersyukur kepada Tuhannya. Kemudian Allah s.w.t melantiknya sebagai pengganti kepada Nabi s.a.w dikalangan umatnya. Dia menjadi penunjuk dan daie membimbing mereka kepada Allah s.w.t "

Abdul kadir al-Kailani / Jailani.
Muntalaq, Bab 7.

Posted via DraftCraft app

Do you believe?


We've our liqa' usrah yesterday.

1- my naqibah's belief : semua daie kena ada 3 benda ni.
A- usrah sendiri
B- bawa usrah
C- aktivisma.

Kalau tidak, daie tersebut akan selesa dalam dunia sendiri. Tiada peningkatan malah kemungkinan untuk terus merudum sangat tinggi. dan melihat kesibukan beliau, tiada siapa yang mampu mengatakan apa-apa. Dia benar qudwah yang baik. Sentiasa cuba menyeimbangkan keluarga, D&T , dan kerjayanya.

2- berbincang tentang surah al-mudassir , banyak menampar-nampar hati yang sedang melalut.

Terdapat banyak kisah, namun kisah walid- al mughirah sangat mengesankan.

Seorang lelaki yang mengakui kebenaran rasulullah s.a.w dan Al-quran, namun atas helah abu jahal, menjadikan dia penentang kepada dakwah rasul. Malah berkerut-kerut masam wajahnya, termenung memikirkan bagaimana mahu mengeluarkan kenyataan menentang nabi. Sehingga akhirnya, membuat konklusi,

"Nah, ayat itu kumpulan kata-kata sihir!"

Berani sungguh dia! Menentang sesuatu yang diketahui benar!

Sehingga celaan demi celaan dicatatkan Allah untuk lelaki itu, dan mereka yang berperangai sepertinya.

Ini benar-benar lawak yang memalukan. Dan lawak ini akan kekal sehingga qiamat, kerana telah diabadikan Allah dalam Kalam-Nya, agar manusia lain belajar dari peristiwa itu.
-------------

Dan bagaimana kita?

Benar-benarkah kita memperjuangkan kebenaran yang kita imani?
Fikrah yang terpasak dalam diri?

Keimanan akan melahirkan amal. Maka sudah bersungguhkah kita dalam amal kita?

---------------------

3- Allah memberi pilihan. Dan Allah menceritakan akibat-akibat atas pilihan yang dibuat.

Beriman? Maka syurga dan kemuliaan untukmu.

Kufur ? Maka neraka dan kehinaan disediakan untukmu.

Terserah kamu membuat pilihan.

Awas! Jika kamu kufur, setinggi mana penyesalan kamu, itu bakal menjadi seksaan juga untuk kamu. Pengakuan dan penyesalan ketika itu, seikhlas dan seluhur manapun, tidak akan selama-lamanya mampu membawa kamu keluar dari azab neraka itu.

4- Allah itu ahluttaqwa dan ahlul maghfirah.

Yang selayaknya menerima ketaqwaan hamba, (bagi yang bertaqwa)

Dan yang selayaknya memberi keampunan ( bagi si pendosa yang bertaubat )

It's deeeeeeeeep. T_T
Setelah memberi penjelasan, Allah membuka peluang untuk mereka yang ingin mengambil pengajaran.

It's like :

Senario 1: oh , kamu beriman, maka Allah yang selayaknya menerima membalas keimanan kamu.

Senario 2: oh, kamu ingkar sebelum ni. Tapi kamu nak bertaubat dan ambil pengajaran. Baguslah, takpe. Allah je yang layak dan mampu beri keampunan pada kamu. Jom taubat pada Dia.

5- berbual-bual dengan usrahmates tentang perancangan-perancangan amal mereka.
Terdiam sekejap. Huuuuu~ T_T benarlah, setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Dan sangat harmoni, sinergi dan bahagia, bila kelebihan itu disusun sesuai pada medannya.

6- jom gerak wahai pemuda. Yang punyai cita-cita yang tinggi, keazaman yang kuat, semangat yang padu, dan akal yang tajam! Yang memikirkan tentang ummah lebih dari memikirkan tentang dirinya sendiri.


Posted via DraftCraft app