VVU (T_T)


Adakah di dunia ini orang alim yang tidak pernah salah,
Adakah di dunia ini pedang yang tidak pernah tumpul,
Adakah di dunia ini pen yang tidak pernah kering dakwatnya,
Adakah di dunia ini sahabat yang tidak pernah melakukan kesalahan?

jangan surut kasihmu terhadap sahabat,
hanya kerana satu kesalahan,
tidak ada sahabat yang bebas dari kekurangan,
walau setinggi mana pun idamanmu ketika mencari,

Aku melihat orang-orang itu menampakkan wajah ceria
ketika mereka memerlukan kita
namun ketika kita perlukan bantuannya,
raut mukanya berubah seketika
ada yang enggan memberikan harta miliknya,
tetapi marah ketika kita enggan memberinya,
jika perlakuan mereka kuanggap buruk
sementara perlakuanku dianggap buruk juga,
maka pada hakikatnya, kita adalah sama.

kurasa engkau selalu menjauh dariku,
maka aku pun menjauh seperti yang engkau mahu,
jauh darimu sungguh menyakitkanku,
namun kedekatanku menyakitkanmu,
apa yang harus kulakukan wahai sahabatku?

4 comments:

farahnur said...

T___T

Dila Idrus said...

Emosi

putih said...

@ farahnur

>_<

dah2, lap air mata tuh.

@ dila idrus

Hurm, emosi tak stabil ke?

MAS said...

T_T

nak join farahnur gak..
lama x menjenguk blog kamu.
selamat hafal surah insan =)