OPHthaL- mata-



strabismus / squint / juling

huhu~
saya tak sangka saya akan begitu minat belajar ophthal.
(walaupun tak mahir dan tak dapat kuasai betul-betul lagi subjek ini)
tapi subhanallah...subhanallah...subhanallah..
ophthal banyak mengajar.

strabismus secara mudahnya apabila kedua belah mata kita tak dapat fokus pada satu benda yang sama, dan akan menyebabkan gambar kabur (diplopia). kita tidak dapat melihat dengan jelas kerana mata kita TIDAK BEKERJASAMA. masing-masing nak ikut kepala sendiri, lalu hasil kerjanya, kita seakan cuba melihat dua gambar pada masa yang sama.

irritating kan mata sebegitu?
imej yang terhasil dari mata itu akan menyebabkan otak kita pening (confusion).
lalu otak kita akan cuba membetulkan keadaan.
salah satu caranya adalah dengan men "switch off" kan mata yang rosak.
maka hanya sebelah mata akan digunakan (suppression), suapaya hanya ada satu imej sampai ke otak.
jika keadaan ini berterusan, sebelah mata yang di switch off tidak akan dapat berfungsi lagi. (amblyopia)

huhu~
sangat menyakitkan hatilah mata yang tak ikut arahan ni!!!
macam tu jugalah manusia yang tidak mengikut arahan Allah.
bukan-bukan. manusia tu JAUH-JAUH-JAUH lagi teruk.

sebab apa? mata hanya dipinjamkan kepada manusia.
so, barang pinjam yang tak ikut arahan. normallah lagi.

tapi manusia MILIK TUNGGAL ALLAH + diberi BANYAKKKKKK NIKMAT
= sangat mendatangkan kemurkaan kalau tak ikut arahan, tak bersyukur dan tak menjadi sebenar-benar hamba.

erm...lagi satu.
mata tu kan sebenarnya, dia sangat-sangat patuh pada Allah kan?
manusia sahaja yang diberi pilihan untuk patuh atau tidak.
makhluk yang lain semua sangat-sangat patuh.
mata yang sangat patuh pada Allah, menyerahkan dirinya untuk digunakan manusia.

pasti sang mata sangat gembira jika dia digunakan untuk menyembah Allah semata. melakukan apa yang diperintah Allah. menangis kerana takutkan Allah. bersengkang mata kerana tahajud mendekatkan diri pada Allah. menahan dari tertutup kerana membuat amalan kholisan/ ikhlas semata-mata kerana Allah.

tapi mata itu, jika pemiliknya kufur pada Allah. jika dia hanya digunakan untuk melihat kecantikan-kecantikan perempuan atau lelaki yang haram baginya, pasti dia benci !!
jika dia digunakan untuk menjeling dan memandang dengan penuh amarah atau penuh nafsu, pasti dia rasakan "AKU ROSAK LEBIH BAIK, AKU BUTA LEBIH BAIK!!"
jika dia digunakan untuk menangis kerana seorang perempuan atau lelaki yang haram baginya, pasti mata itu sangat-sangat-sangat malu.malu.malu.malu...
pastinya kita tidak tahu, kerana di dunia, dia tidak dapat berbuat apa-apa. tetapi ingatlah, di akhirat kelak, sang mata, bersama seluruh anggota kita, PASTI AKAN MENGADU PADA ALLAH DAN MENJADI SAKSI ATAS SETIAP PERBUATAN KITA.....

jangan sampai bila mata itu tertutup selama-lamanya,kita baru "terjaga".
ketika itu, sudah sangat terlambat.....


" YA ALLAH,
JADIKAN PADA PENGLIHATANKU CAHAYA,
JADIKAN DALAM HATIKU CAHAYA,
JADIKAN PADA PENDENGARANKU CAHAYA,
JADIKAN PADA LISANKU CAHAYA,

JADIKAN DI HADAPANKU CAHAYA,
JADIKAN DARI BELAKANGKU CAHAYA,
JADIKAN DARI BAWAHKU CAHAYA,
JADIKAN DARI KANAN DAN KIRIKU CAHAYA,
BERIKAN AKU CAHAYA PADA DIRIKU,
JADIKAN AKU BERCAHAYA....."

(doa yang ust syed kadir ajar waktu 1st year dalam buku bidayatul hidayahkan?)

No comments: