apa perkara paling statik dalam hidup?


Post kali ini aku tujukan khas buat sahabat-sahabat yg aku sayangi sebagai manusia, sebagai hamba kepada tuhan segala hamba, yang sentiasa terkial-kial mencari dan terus mencari jalan manakah yang perlu diambil untuk lebih akrab pada-NYA.

Aku menulis berdasarkan secebis ilmu dan secarik pengalaman seorang anak muda.Soalan ini pernah suatu ketika menyesakkan akalku, Pernah satu ketika mencucuk-cucuk perasaan, Mendesak-desak benak fikiran meminta jawapan diberikan segera, Sudah tidak terkira, betapa banyak air mata yg mengalir kerna persoalan ini. Takut-takut, aku tidak sempat lagi untuk berubah.

Bimbang yang teramat, masa sudah tiba untuk bertemu dgn DIA YG BERKUASA Sedang diri masih di takuk lama.

Jalan ini, aku terserempak dengannya dari ceramah seorang ust yg sangat aku kagumi dirinya. Biarlah hanya aku yang tahu siapa dia.

Ustaz itu mengupas tentang hadith satu. Kufikirkan ia hanya kupasan biasa seperti yang seringkali aku dengar sejak dari sekolah dahulu. rupa-rupanya, sangkaanku meleset sama sekali. Ternyata, kupasannya masuk menyelinap ke setiap rongga kalbuku.

DRPD AMIRUL MUKMININ ABU HAFS, UMAR BIN AL-KHATTAB r.a. berkata :

aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

"Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat ( pahala) berdasarkan apa yg dia niatkan. Sesiapa yg berhijrah kerana Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yg berhijrah kerna dunia yg akan diperolehinya, atau kerana perempuan yg ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kpd apa yg dia niatkan.

Hadith di takhta pertama dlm hadith 40 yg disusun imam nawawi. Hadith menceritakan tentang kepentingan niat.terlupa melihat part kedua dari hadith ini. Baru aku sedar, hadith ini juga banyak menceritakan tentang hijrah..BERUBAH..

”ala, aku budak biasa. Family aku pon biasa2. bukannya budak sekolah agama pon, boleh ke aku jadi baik ?”

Pernah soalan-soalan seperti ini bermain-main di fikiranku dulu. layakkah aku untuk berubah sedangkan sungguh banyak kejahilan dan dosa telah aku lakukan? Aku ragu-ragu dan keliru.

MAHA SUCI ALLAH, aku diperkenalkan dengan perawi hadith ini, dia yang aku kagumi sehingga kini,

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB.


Umar, si samseng kampung mekah. Ketua segala gangster dengan sikap bengis, panas baran dan kejam. Siapa tidak kenal dia ketika itu? Kehadirannya cukup-cukup melemahkan semangat umat islam.Umar yang tidak segan-silu membunuh anak perempuannya sendiri. Umar yang tidak teragak-agak mengisytihar permusuhannya dengan umat islam. Umar yang tidak ada belas-kasihan menyeksa hambanya sehingga mata hambanya jadi gadaian.

Tetapi

MAHA SUCI ALLAH, SETINGGI-TINGGI PUJIAN HANYA UNTUK ALLAH...


Islamnya Umar membawa cahaya baru ke dunia islam. Ketika islamnya umar,detik itu islam dijaharkan, dilakukan secara terbuka, Ketika islamnya dia, dialah panglima islam yang sangat digeruni musuh.

Dialah umar yang meluaskan islam ke seluruh pelusuk dunia. Dialah yang menyampaikan sinaran islam ke merata dunia termasuk mesir dan palestin itu sendiri. Dialah yang jika melalui satu lorong, tiada syaitan berani melalui lorong itu, Dialah tergolong dlm 10 SAHABAT YG DIJANJIKAN SYURGA. Dia khalifah yang kedua memimpin umat islam seluruh alam selepas kewafatan nabi.

Dialah AL-FAROUQ! Dialah pemisah kebenaran dan kebatilan.

Tiada siapa dapat menipu umar tentang kebatilan dan dosa kerna dia sendiri pernah menjadi kumpulan elit, pakar di bidang jahiliyyah itu..

umar yang siangnya tangkas, berani seperti singa raja di rimba, malamnya bagai si rahib, menunduk menghina diri di hadapan tuhan segala hamba, tangisannya kerna takutkan dirinya tidak layak utk ke syurga..

Nah, ingin aku tanyakan kepadamu. adakah aku dan engkau sekejam umar ketika jahiliyyahnya dia? Jika umar boleh berubah, mengapa tidak kita?

”aku x naklah berubah sebab perempuan”

”aku x naklah berubah sbb aku belajar kat mesir, stereotype, kat mesir mesti jadi baik”

”aku x naklah berubah sbb itu, sebab ini"

Aku pernah berfikir, aku tak nak lah berubah sebab lelaki. Tetapi, Adakah dengan alasan itu aku mahu berhenti berubah? Bukankah "muhajir ummu quwais" berhijrah ke madinah kerna wanita (ummu quwais) yg ingin dikahwininya?

Niatnya itu memang salah tetapi, bukan perbuatan. Maka niat itu yg perlu diubah bukan perilaku! Mungkin itu cara Allah ingin memberi hidayah kepada dia dan kepada kita. Maka perbaiki niat kita jika kita tahu kita sudah tersalah, bukannya berhenti berubah kekal di takuk lama kerana alasan-alasan sebegitu.



Allah dan Rasul-NYA tidak akan tinggalkan manusia yang ingin mendekatkan diri kepada DIA.Dalam hijrah rasulullah s.a.w. sudah mengajar bagaiman cara ingin berubah. Aku pernah mengaplikasikannya, ternyata impaknya sangat meyakinkan.

Bagaimana menjadikan semangat kita berubah sebesar semangat rasulullah berhijrah dahulu?

Lihatlah apa yg baginda lakukan ketika hijrah.

1)pembinaan masjid (hubungan dgn Allah).

Maka binalah, jagalah hubungan dgn Allah. Carilah DIA, mintalah hanya pada DIA, mengadulah pada DIA, Kerna DIA penjaga terbaik. Pemberi pertolongan terbaik. Tiada siapa dpt menghalang jika DIA mahukan kebaikan bagi kita.

2)persaudaraan ansar dan muhajirin

Binalah ukhuwah dengan orang-orang yang baik. Bina bi’ah solehah. Cari sahabat-sahabat yang boleh support kita, bantu kita berubah ke arah kebaikan. Yang menginginkan kebaikan nuat kita di syurga-NYA kelak.

BUKAN sahabat yg membuatkan kita merindui jahiliyyah kita.

BUKAN sahabat yg akan memulaukan kita kerna perubahan kita.

BUKAN sahabat yg berkawan kerna kepandaian, kecantikan, kekayaan, atau pangkat yg kita ada.

Sahabat yang baik, yang bila kita melihatnya, bersamanya, akan mengingatkan kita kepada Allah yg Maha Esa.

3) piagam madinah

Berdisiplinlah wahai mereka yg ingin berubah. Listkan jahiliyyah / keburukan yg ingin ditinggalkan. Listkan kebaikan / perubahan yg ingin dilakukan. Jadualkan.Bayangkan ke arah mana kita ingin berubah. Siapa yg kita ingin jadi? Maka rancanglah perubahan kita.kerna bak kata-kata saidina Ali,

”kebenaran yang tidak dirancang dapat dikalahkn oleh kebatilan yang terancang,

Hanya ini yang mampu aku kongsikan. Semoga ia memberi manfaat. Berubahlah wahai diri, wahai kawan-kawan. Jangan jadi MANUSIA DUNIA. Bumi bukaannya berputar di sekeliling kita. Diriku dan dirimu bukan perkara yang paling penting dalam dunia.

Masih ada islam yang dipijak hina.Masih ada mereka di palestin, iraq, indon , thailand yg nyawanya semurah seekor nyamuk, Masih ada mereka di malaysia yg hidupnya berkaitan pakwe dia, makwe dia, course dan kerja dia, keseronokan dia, dan benda2 yang berkaitan dengan dia semata. Hidup dia adalah dunia dia.


Lupakah kita rasul pernah bersabda,

”sesiapa yg tidak mengambil peduli tentang ummat islam , maka dia bukan dari kalangan mereka”

Lupakah kita celaka bagi mereka yg hari ininya lebih teruk dari semalam, dan beruntung mereka yg esoknya lebih baik dari hari ini. Terlekakah kita bahawa KERJA dan tanggungjawab pertama dan utama kita adalah hamba dan KHALIFAH di muka buminya?

Aku hanya insan biasa yg sering lupa, dan kamu juga begitu. Aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu bahawa islam takkan rugi tanpa kita berjuang menegakkannya, ISLAM pasti akan tertegak!itu janji Allah.

Cuma kita yg rugi jika tidak bersama-sama dlm perjuangan menegakkan islam. aku merasa terpanggil untuk mengingatkanmu tentang hinanya dunia, dan manisnya syurga.

jika aku terlupa tentang itu, maka ingatkanlah aku. rantailah aku, seretlah aku jika aku terpesong ke jln yg akan membawaku ke arah nerakanya. dunia ini hina tetapi ia kelihatan indah sekali. ingatkan wahai sahabat yg ku kasihi dan mengasihiku kerna ALLAH..

ALLAH did not promise that life would be easy..
but HE did promise that HE would be with you in every single step of your life.
As long as you want HIM to be,

manisnya hidup jika cinta-NYA shaja menjadi pujaan...


No comments: