Let's Move People!!!


warning : sungguh aku sayang kamu.

sayangku,
Dunia ini bukan tempat kita menuntut segala kemahuan kita dipenuhi.
belajarlah dari kekurangan dan kelemahan manusia.
jangan asyik pertikaikan betapa kitalah manusia paling kurang dikasihi dan diberi perhatian,
kerana realitinya, dunia penuh kekurangan, manusia penuh kelemahan.

mengapa perlu mendapat baru mahu memberi?
bukankah kau sendiri tahu hakikat dunia ini,
terlalu ramai orang yang menunggu untuk diberi, disuap dan dibelai,
sedangkan manusia yang sanggup berkorban dan memberi itu terlalu sedikit bilangannya?

kasihku,
belajarlah dari kekurangan-kekurangan itu.
supaya kau tidak berbuat perkara yang sama kepada orang lain.

kau sendiri tahu betapa peritnya terkapai-kapai,
pastikan tiada siapa lagi merasakan keperitan itu.

belajarlah mengharap dan meminta imbalan hanya dari Allah.
kerana itu sebaik-baik ganjaran yang boleh kau peroleh.
jangan terlalu lena berada di "zon selesa" mu,
kerana dunia sedang terbakar dengan api jahiliyah yang semakin marak.

ingatlah, kelak, kau akan disoal bersendirian,
"di mana amalmu sepanjang kau hidup di dunia?"
ketika itu, tiada guna kau menuding jari ke arah orang lain.

buang semua penghalang dan penghadang yang dicipta oleh mindamu,

"tak boleh..",

"tak pandai ini",

takde bakatlaaa...",

"dah memang Allah takdirkan kami camni....",

bukankah kita sama-sama mengimani,
untuk merubah dunia, titik permulaannya diri-sendiri?
dan Allah tidak akan merubah sesuatu kaum,
melainkan setelah dia sendiri berusaha sehabis upaya?

biarlah bagaimanapun hasilnya nanti,
kerana keputusan dan ketentuan, itu tugas Allah untuk menetapkan.
bukankah tugas kita hanya merancaang dan bekerja sehabis baik?

optimislah sepertimana optimisnya Rasulullah s.a.w.
"melihat" kunci-kunci negara Syam, Parsi dan Yaman, ketika umat islam serba kekurangan di perang khandaq.

optimislah seperti optimisnya Rasulullah s.a.w.
menjanjikan gelang raja Parsi kepada Suraqah sedangkan ketika itu baginda buruan dan pelarian.

wahai sayangku,
benarkah kita golongan yang sudah melaksanakan tugas dan kerja kita?
ataukah kita mengGELAR diri kita begitu?
mencanang dan menggembar-gemburkan kehebatan kita bak tin kosong yang lantang berbunyi?

proaktiflah, hidup ini hidupmu. mandat Allah padamu.
jangan selesa merasakan diri "mangsa keadaan".


-tegurlah dan ingatkan aku ketika perlu,aku yakin kau saudara seislamku-

Iman


"Iman yang sebenarnya tidak akan dapat diterapkan sepenuhnya di dalam hati ,
melainkan setelah hati ini bermujahadah melawan manusia semata-mata demi iman ini."

*melawan
= membenci kesesatan dan kejahilan mereka.
=bertekad mengalihkan mereka dari kesesatan kepada kebenaran.

Hazaddeen - sayyid qutb