kenapa kamu kena ambil kelas arab?

apa tujuan kamu datang mesir selain belajar medic?
mesti kamu nak belajar arab dan deen kan?

kamu ni tak logiklah, kamu ambil sana sikit, ambil sini sikit, pastu kamu dapat semua sikit-sikit.
kalau kamu dapat b.Arab, kamu boleh baca buku arab sendiri, tak perlu ambil sikit-sikit.

kamu kata kamu nak belajar deen, maka LA BUDDA AN (tak boleh tidak) , kamu kena mahir B.Arab. seperti mana kamu perlu kuasai English untuk belajar medic, macam tu lah kamu kena mahir Arab untuk belajar deen.
sekarang ni ramai "manusia" yang konon-konon tahu tentang agama tetapi sebenarnya mereka menipu kamu, jadi kamu kena mahir arab supaya tidak ditipu mereka.

kamu duduk di mesir 6TAHUN, tetapi english kamu lagi bagus dari b arab. apakah?
lebih baik kamu duduk britain, english kamu akan lebih bagus, medic kamu juga akan lebih bagus.

kamu tahu tak, di akhirat kelak, semua manusia akan menyalahkan manusia yang lain atas kesalahan mereka.

yauma yafirru mar'u min akhi * wa ummihi wa abih* wa sohibatihi wa banih*

masa itu nanti, anak kamu akan cakap,
"ibu saya dahulu duduk mesir,kalau dia belajar bahasa arab dan deen, dan dia ajar saya. pasti saya jadi hamba-MU yang lebih soleh. tapi sebab dia tak kuasai arab, maka saya tak dapat jadi hamba yang soleh."

ingatlah akhirat nanti, semua orang akan menyalahkan orang lain. kawan baik, suami kamu akan salahkan kamu, anak kamu akan cari kesalahan kamu. semua orang mencari alasan melepaskan diri masing-masing.

ya, semua orang sibuk, tetapi bila kamu bersungguh, Allah akan permudahkan bagi kamu. Al-quran kamu dan arab kamu sekali. kamu nanti akan balik bekerja, ada keluarga, kamu akan sangat-sangat sibuk. bila masanya kamu nak ambil b.arab dan belajar tentang deen?

bahasa arab itu datang dengan perbualan, hafaz kalimah. kamu kena cakap, dengar dan baca.
dengar iza'atul quran, al-jazeera, BBC..siap ade yang live lagi.

-saya takkan anggap kamu berjaya kalau kamu habis medic dan balik malaysia tapi tak dapat kuasai bahasa arab-

-ust mahmoud-
sekian "psycho" dari ustaz mahmoud

4 comments:

LIANA said...

betul tu..liana setuju sgt...
marilah kita belajar dn pertingkatkn bhs arab.
solat pun lebih khusyuk...
slmt beribadah...

putih said...

huhu~
tgh pikir2...
nak amik pas exam..skang nak fokus menghafal ophthal n al-quran..huhu~

awak pon slamat beribadah!
;)

Anonymous said...

sy pun kena psycho dgn ustazah jihad. mereka ini memang pasangan suami isteri yang terer psycho org (utk kebaikan). ustazah jihad psycho spy takyah balik mesia time summer.huahuahua

budaknakal, kalau masuk blog ni,mesti mata terpaku dekat gmbr budak-budak nakal, comel gila!

selamat terus menghapal kalam allah,ukhti!

aimi j

putih said...

huhu~
so, awk x nk blk mesia ker summer nanti?
awk, kami blh jamin, awk x kn ade masa lapang pon kalau awk penuhkan dgn tarbiyah, kelas2 dan jaulah tgk sisters..tuh x masuk program2 lain lgi...buat attachment lgi..best55!!