Jumaat 3-12-2010
Jaulah di qanathir (empangan) nil.
1- naik spinner.
pada mulanya,hanya untuk untuk menguji sejauh mana keberanian dan ke"adventure"an diri.
tapi bila di atas, setelah agak seronok menaikinya, saya mula terfikir untuk berfikir,
apa yang saya boleh dapat dari mainan ini?
subhanallah, sangat cukup-cukup kagum dengan kejadian bumi. bukankah bumi sedang bergerak dan berputar dengan sangat laju, cuma kita yang tidak perasan akan halnya.
putaran spinner, semakin lama semakin laju dan tinggi,
semakin laju dan laju dan laju,
semakin tinggi bertambah tinggi dan tinggi.
tetapi, walau selaju mana putarannya, setinggi mana pusingannya,
tidak pula penumpangnya tercampak keluar,
kerana masih kekal utuh berpaut pada tali yang mengikatnya kepada tiang pasak.
sehingga akhir permainan.
subhanallah..subhanallah..subhanallah...
sama macam kehidupan kita kan?
hidup boleh melambung kita sejauh mana pun untuk kita pergi,
jauh, jauh dan menjauh dengan halangan dari pelbagai aspek.
bergerak selaju mungkin sehingga kita mengah, semput kehilangan nafas.
banyak halangan demi halangan, banyak kesenangan demi kesenangan,
sekejap laju, sekejap perlahan, sekejap di atas, sekejap turun ke bawah.
walau di mana pun kehidupan memutarkan kita,
tetapi kita akan sentiasa selamat,
bilamana kita masih ada tali yang menyambungkan kita pada Allah,
pasak utama hidup kita.
jika tali itu kukuh, selamatlah kita.
selesalah kita di dalam "permainan kehidupan",
walau banyak gelombang yang menimpa,
tapi jika ia rapuh, tersungkur keluar gelangganglah kita.
maka KUATKAN, KUATKAN, KUATKAN ikatan tali kita dengan Allah.
jika kita yakin dengan tali itu,
kita akan hidup bahagia walau kadang-kadang dalam derita,
tetapi bilamana kita meragui keutuhan tali itu,
mungkin sahaja kita sendiri yang akan terjun dari kerusi dan tersungkur jatuh tersembam, tanpa boleh bangun semula.
maka,PERCAYALAH, YAKINLAH, BERIMANLAH dengan takdir Allah,
kerana ALLAH yang mencipta kita, memahami kita,
tempat bergantung kita.
dan tempat kembali kita.
No comments:
Post a Comment