VVU II


Seorang bijak pandai berkata kepada sahabatnya,
jagalah cinta,
sekalipun tidak ada yang membalasnya dengan menjaganya untukmu,
pertahankanlah ikatan tali ukhuwah,
sekalipun, tidak ada sahabat yang ingin mempertahankannya.

-----------------------------

Jika engkau jadikan orang yang tulus mencintaimu sebagai unta tunggangan
maka ketahuilah,
bahawa engkau telah menyembelihnya,

siapapun yang engkau bebani dengan seluruh hasratmu
nescaya benci
dan menganggapmu telah menghinanya.

Seorang lelaki berkata kepada Ibnu 'Atha,
"Aku telah mencari sahabat sejak 30 tahun dahulu, namun sia-sia,"

Ibn Atha berkata,
"Barangkali yang kau cari adalah sahabat yang boleh memberi,
Seandainya yang engkau cari adalah sahabat yang mahu kau beri, kau pasti menemuinya."

Carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak-hak ukhuwah,
bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya.


No comments: