Abah

Sepi.

Hanya lagu-lagu bermelodi indah mainan sang cengkerik kedengaran. Perlahan-lahan aku keluar dari kereta. Membuka gate yang telah dikunci.

Setelah parkir kereta, kelibat si dia muncul di depan pintu.

" Pergilah masuk. Abah kunci pagar, " dia berkata perlahan. Wajahnya keletihan. Pasti dia tertidur sementara menunggu anaknya ini pulang.

" terima kasih abah," dengan rasa bersalah, aku bersegera masuk ke bilik sambil mata melirik ke arah jam.

"Ah, lagi 5 minit sebelum bermula hari baru. Lambat lagi hari ini." Agak kesal.

"Terima kasih abah, faham situasi anak abah," hatiku bermonolog.

Beberapa jam sebelum itu.

" ummi suggestkan you all baca buku ni. Banyak yang dikupas penulis sebagai persediaan kita menghadapi Ramadhan. Antara tips nya,

1-SET OUR GOALS.
Kita selalu dengar, untuk berjaya, kena bayangkan kita sedang buat benda tu sampai dapat. Play positive movies in our mind. Contoh : masa belajar, bayangkan kita tengah pakai jubah konvo dan nama sedang dipanggil untuk dapat sijil kita. Bayangkan dengan terperinci. Berkali-kali. Barulah kita akan berusaha gapai impian kita.

Jika untuk kejayaan dunia, kita buat demikian, apatah lagi untuk kejayaan akhirat kita. Dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan inilah, kita nak usaha sehabis baik.

2- BETUL-BETUL BERSIHKAN HATI
Buat persediaan, banyakkan bertaubat. Supaya hati kita lebih suci. InsyaAllah, bila hati bersih, makin mudah untuk kita perbanyakkan ibadah kita.

"Yang lain, you all boleh baca sendiri dalam buku ni, atau buku-buku lain. " jelasnya sambil tangannya memegang buku "Indahnya Ramadhan di rumah kita".

Aku terpaku. Antara kagum dan malu. Kagum pada peribadinya yang sentiasa berusaha yang terbaik untuk kehidupan dunia akhiratnya. Dan malu dengan diri, yang lebih banyak beralasan dari beramal. Ah, untuk mula puasa sunat sahaja aku sudah berkali-kali gagal. Benar-benar memalukan.

Rakan usrahku berkongsi hadith 16. Wasiat yang cukup ringkas dan padat.

"Jangan marah. Jangan marah. Jangan marah".

" Apabila dikuasai kemarahan, tukar posisi, jika sedang berdiri, maka duduklah. Jika duduk, maka baringlah. Atau tinggalkan tempat tersebut. "

" Kemarahan itu datang dari syaitan. Yang berasal dari api. Maka lenyapkanlah ia dengan berwudhu'. "

" Orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal diri ketika sedang marah. "

" menakutkan kan manusia zaman sekarang. Kes dera , buli merata-rata. Kadang- kadang budak kecil yang tak faham apa-apa, dibelasah seteruk-teruknya. Yelah, sebab budak tu tak faham, maka orang tu jadi geram,"

" kita marah , selalu sebabnya tak kukuh. Handphone jammed, angin. Internet slow, fed up. Kereta susah nak start pagi-pagi, terus marah-marah. Jauh sangat dengan sebab Rasulullah s.a.w marah. "

" marahnya biar berasas. Jangan marah tanpa sebab. Dan jangan diam apabila kehormatan diri dan agama diperlekeh. "

"mohonlah selalu, Ya Allah, aku mohon kepadaMu , kata-kata kebenaran, ketika aku marah atau suka."

Fikiranku ligat memutarkan wayang gambarnya. Satu-persatu adegan ketika aku sedang marah , ditayangkan. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Selalu juga sejak akhir-akhir ini, marah dengan perkara-perkara kecil. Terkadang, satu soalan sudah boleh menyebabkan aku marah. Apa kena dengan aku?

"Uhuk!!uhuuuk!!, " batuknya mematikan lamunanku.

"Kasihan abah. Mesti tidurnya terganggu lagi malam ini. Moga abah dipelihara Allah selalu."

Sambung.....






Posted via DraftCraft app