Pesan abah 4(?)


1- "abah benarkan nisah balik sana. Untuk teruskan pengajian. Tapi kena pandai jaga diri. Lebih berhati-hati. Abah yakin sekarang makin ramai orang miskin, ramai yang terdesak. Dan orang yang terdesak akan sanggup lakukan apa-apa aja."

2- abah tak pernah suruh belajar. Not even once abah tanya pasal study macam mana. Abah just cakap.

"we have to be professional. Be the best in our field. Be passionate. Bukan sekadar lepas degree tapi kuasai bidang. Banyakkan membaca."

" macam mana nak buat kalau takde passion, abah?"

Senyap..huhu~
( macam tak tahu je hidup abah bukan cemerlang sentiasa..lagi mahu tanya)

3- " hidup ni Allah atur cantik. Allah jadikan setiap manusia tu suka bercerita, ada teman untuk bercerita. Tapi bukan pada semua orang. Sebab tu suami isteri ada rahsianya. Dan rahsia tu tak perlu bagitahu orang lain pon."

" dalam keluarga, suami tetap ketua dan bertanggungjawab nak bawa family tuh ke mana. Suami tak boleh asyik nak dengar cakap isteri sahaja, layan kehendak isteri sahaja.. Sebab apa-apa pun, suami akan kena bertanggungjawab sebagai ketua keluarga."

4- " jangan cepat give up. Susah sikit je, dah nak putus asa. Ramai abah tengok macam tu. susah sikit, nak resign kerja. susah sikit nak stop dah. Abah sorang je yang tak boleh nak resign-resign."

5- "abah, apa pendapat abah perempuan belajar tinggi tapi jadi suri rumah?"

"bagi abah, a waste of resources. Kalau dia berkebolehan pergi jauh, kenapa tak nak? Tapi memang perlu tengok keperluan keluarga. Tengoklah macam mana situasinya."

6- abah sangat happy bila tengok mak happy. 😊

7- "susahlah ada anak pandai nih, ayahnya kena tahu semua benda."

Abah layan semua soalan.

Lalu dekat jalan tun dr ismail, " abah, siapa tun dr ismail?"

-abah cerita pasal durian tempatan. durian sapu misai, durian tembaga, durian kunyit...

"abah, kenapa nama durian tu macam tu?"

"abah, GLC tu apa? Apa maksud sistem wakaf dalam surat khabar tu?"

Dengar lagu klasik, "abah, siapa nyanyi lagu ni? "

On the way balik kampung,

"abah, ni kereta apa? Tu kereta apa? Kereta mana keluaran german? US dengan UK punya kereta?"

" abah, kenapa abah buat macam tu? Kenapa abah buat macam ni?"

"abah, gas dan petroleum....abah, scomi....abah, sime darby gabung dengan guthrie ke...?"

" abah, ni jalan apa? Lepas ni jalan apa?"

"abah, abah tengok cerita apa? Dia ni siapa bah?"

"abah, abah ingat tak nama penyakit abang?"

"abah, israel....abah, turki.....abah, syiah.....abah, ustazah ni....abah, ustaz tu...

~dan abah tidak pernah bosan melayan soalan anaknya, dan mencurahkan segala ilmunya, serta mendengar bebelan anknya.

8- "abah, abah tak risau ke? Abah tak takut ke kalau apa-apa jadi?"

Abah pegang apa Allah cakap.
Abah doa..ya Allah, aku dah buat yang terbaik, yang lain, aku serah pada KAU. KAU lebih tahu apa yang terbaik.

9- Abah selalu buat yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawab, tapi abah tak minta hak-haknya ditunaikan.

10- abah dah 65 tahun, masih pergi kerja. Masih rajin pergi surau, masih bangun awal pagi untuk tahajud, baca alquran dan terjemahannya, serta buku-buku agama / pengetahuan am, masih cuba perbaiki diri.

Banyak kelemahan orang yang kita boleh pertikai, namun lebih baik fokus kepada kebaikannya yang kita boleh teladani. Nobody's perfect.

We work on our abilities,
We pay for our weaknesses.

😊
Budak yang suka belajar dengan abah,
Berbanding menelaah buku medik.
(sila balance)

Tsiqah binnafs



Manusia sangat perlu yakin pada diri sendiri (tsiqah binnafs).
Apabila self-confidence itu tinggi, manusia boleh melonjak sangat jauh dan laju.

Namun, bilamana self-confidence itu dirobek-robek dari kecil,
Manusia akan struggle untuk mencari keyakinan itu sendiri, mungkin sepanjang hidupnya.

Bila bersama manusia, dia akan lebih fokus pada dirinya,
Fokus pada dirinya, fokus bagaimana membuat orang menerimanya,
dia akan sedikit tenang di situ.

Namun itu tidak lama,
Keyakinan itu akan kembali pudar,
Dan dia akan mencari lagi penerimaan orang lain.

Manusia yang kurang keyakinan diri,
Akan lebih mudah mengkritik orang lain,
Kerana tidak mahu kelemahannya dilihat,
Dan lebih sukar menerima orang lain seadanya,
Kerana dia pernah direject sehingga hilang keyakinannya.

Dalam kekerasan yang dipamerkan,
Tersembunyi budak kecil yang ketakutan,
Minta diselamatkan.

Hargai setiap orang,
Hargai setiap kanak-kanak,
Hargai setiap warga emas,
Hargai setiap OKU,

Hargai setiap makhluk ciptaan Allah.

hebat

Manusia takkan hebat,
melainkan apabila Allah jadikan mereka hebat.

malanglah manusia,
kalau memandang tinggi kehebatan manusia,
tapi terlupa tentang kehebatan Allah.

pasca bidadari 2013

p/s : ini buah fikiran yang dituliskan, boleh diterima atau ditolak sesuka hati. jika tidak bermanfaat, sila tinggalkan secepat mungkin.


fuuuuuuhhhh....Alhamdulillah~

habis sudah konvensyen bidadari.
beberapa bulan sebelum, sangat-sangat teruja,
beberapa minggu sebelum, sangat menanti-nanti,
beberapa hari sebelum, dah rasa malas pula nak pergi,

beberapa jam semasa, rasa sungguh benarlah banyak yang perlu diperbaiki,
beberapa jam selepas, Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

---------------------------------------------------------------------------------

ada banyak benda yang saya serabut sebelum pergi,
dan Alhamdulillah, Allah datangkan ketenangan seiring dengan pertambahan ilmu di konvensyen tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------

bukanlah menyertai konvensyen bermaksud kita sudah layak menjadi bidadari,
tetapi, penyertaan itu bertujuan, membuka mata kita, mereset minda kita, memuhasabah diri kita,

benarkah kita bercita-cita menjadi bidadari syurga ?
berapa jauh lagikah kita dari menjadi bidadari syurga ?
dan manakah lompong-lompong yang perlu kita tengok dalam diri kita untuk jadi bidadari syurga ?

bidadari syurga,
bagiku,  ertinya seorang muslimah yang ingin menjadikan cinta terbesarnya hanya Allah dan Rasul,
dan dunia hanya singgahannya sebelum dia kembali kepada jannnah sebagai tempat kediaman idamannya.

----------------------------------------------------------------------------------

waktu di konvensyen, kulihat kiri dan kanan,
cantiknya semua...memang seperti bidadari penampilannya,
namun, hati kecil tak mampu menahan diri dari berbisik,

"bukan penampilan semata yang Allah pandang, jika penampilan yang cantik itu jadi ukuran,
maka menjadi bidadari itu terlalu mudah,
terutamanya bagi mereka yang dikurniakan wajah yang cantik,
dan duit yang banyak untuk membeli pakaian dan aksesori yang mahal.

anisah, penampilan itu hanya satu aspek,
anisah, semua orang dalam dewan ini cantik-cantik,

namun hanya Allah yang tahu,
siapa yang benar-benar berperanan sebagai muslimah di rumahnya,
siapa yang sebelum datang ke konvensyen, sudah siap bertahajud, solat subuh berjemaah, menyelesaikan kerja rumah, membaca alquran, lalu datang ke konvensyen,

dan siapa yang bangunnya lewat, solatnya tanpa tenang dan kecintaan, rumahnya berserabut, hanya dirinya yang kelihatan menawan untuk ke konvensyen tersebut.

siapa yang hatinya benar-benar ikhlas untuk mencari ilmu,
siapa yang benar-benar ikhlas memperbaiki diri,
dan siapa yang hanya datang untuk nama dan reputasi.

hanya Allah yang benar-benar tahu,
dan di mata manusia , sesiapapun mungkin kelihatan hebat,
namun pandangan manusia itu, tiada saham secebis pun untuk menjamin tinggi nilainya kita di sisi Allah.

maka anisah, betullah kita perlu memperbaiki penampilan, namun lebih penting cari gali semua cinta Allah yang sudah pudar di hatimu. baiki dirimu dalam dan luar.

hanya Allah yang tahu, siapa yang benar-benar mencari cinta-NYA.
------------------------------------------------------------------------

kebanyakan peserta adalah mereka yang masih belum berkahwin,
dan sangat menginginkan sebuah perkahwinan dengan lelaki yang soleh dan musleh,

terkadang sampai niat kita terpesong,
ingin menjadi baik hanya kerana inginkan pasangan yang baik,
kerana kita benar-benar beriman,"lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik."

astaghfirullah...terpukul seketika. terdiam seketika.
rupanya aku juga begitu.
terkadang berusaha menjadi baik hanya kerana inginkan pasangan yang baik.

tak salah....tak cakap pun salah...
tapi bila teringat hadith pertama imam nawawi,
aku jadi malu sendiri.

SETIAP AMALAN BERGANTUNG PADA NIAT-NYA.
maka siapa yang berhijrah, berusaha menjadi baik kerana Allah dan Rasul,
maka itulah yang yang diperolehinya,
kalau semata-mata kerana tujuan keduniaan, maka itulah yang diperoleh
kalau hanya kerana lelaki, dia akan dapatlah kahwini lelaki itu..

tak sedih ke, jika berubah hanya kerana inginkan seorang lelaki yang soleh,
sedangkan alangkah indahnya, kalau perubahan itu benar-benar didasari kecintaan dan kerinduaan pada Allah dan Rasul.

---------------------------------------------------------------------

Gaza!

muslimah dari negara itulah yang banyak membuka mataku, dan menjadikan aku memandang wanita dari satu sudut aspek yang jauh berbeza, benarlah gurauan abah,

"orang nak cari ketenangan pergi mekah, madinah, anisah pergi gaza pula. balik lagi banyak masalah la ek?"

huuuu~
balik beserta ketenangan dicampur dengan keserabutan yang baru.
kerana wanita tidak pernah kelihatan lebih menakjubkan sebelum aku mengenali wanita Gaza.

dan keserabutan itu, akhirnya mendorong aku lebih mencari, di mana letaknya seorang wanita. peranan seorang wanita. hak dan tanggungjawab seorang wanita.

masih terkenang malam terindah, ketika berkongsi cerita dengan makcik-makcik dan nenek-nenek di sana, walaupun bahasaku agak rojak dan tunggang terbalik.

itu kenangan terindah!

----------------------------------------------------------------------

sambung.......insyaAllah.

lagu yang dikongsikan ustazah norhafizah musa,



sedap, walaupun terasa macam....
sopannya dia....

aku??......tersedak.