Cerita mereka

Kujumpai dia,
Ramah menyapa,
memberi senyuman terbaik,
lalu dia memulakan penceritaannya

Lihatlah adik, perhatikanlah,
Ambil masamu, dan berkenalanlah,

Lalu pilihlah adik, pilihlah,
Yang mana berkenan di hatimu,
InsyaAllah, di manapun kamu berada,
Kita punya perjuangan yang sama.

Akak selesa di sini,
Lalu akan bermujahadah di sini.

Jujur kata-katanya,
Moga terus engkau kuat di situ,
Meminjam kekuatan Ilahi, lalu ditebarkan ke bumi,
Jadilah engkau srikandi Bulan sabit itu.

----------------------------

Kududuk di situ,
Menunggu ketibaan seorang ibu,
Juga seorang isteri,
Yang terkenal di seluruh Malaysia,
Dengan kesabaran dan kekentalannya.

Sambil itu, kuberbual dengan seorang isteri,
Dan juga seorang ibu,
Yang kini berjauhan dengan keluarganya,
Atas dasar, dirinya sudah diinfakkan untuk Allah dan perjuangan.

Tenang mukanya, lembut senyumannya,
Berhikmah kata-katanya,
Mana mungkin tidak,
Dia sudah lama mengutip pengalaman di bumi ini.

Buat pilihanmu dik,
Jangan terlalu cepat,
Kau akan patah di tengah jalan.

Beransur-ansurlah,
Perlahan-lahanlah.

Lalu si ibu bercerita tentang perjalanan hidupnya,
Dari seorang mahasiswi, kepada suri rumah yang aktif dengan perjuangannya,
Dari belum berkahwin, sehingga beranak 3,
Diceritakan hikmah-hikmah kehidupannya.

Jangan lupa istikharah.....
Jangan pertikai rezeki Allah...
Jangan biarkan dunia membuatmu lelah....

tenang dia,
Bersahaja....

Moga ibu sentiasa melangkah laju,
Membina muslimat-muslimat berperibadi mulia,
Nisa' yang terbaik di alam fana',
Bidadari-bidadari dunia.

--------------------

Malam itu,
Kulawan kemalasan.
Melangkah ke surau.
Mendengar penceritaan sang pekerja.

Seorang guru,
Yang tidak tahan dengan gejala sosial yang berleluasa,
Memilih untuk bekerja sepenuh masa,
Menjadi pendakwah dan pembela mangsa,

Satu persatu diambilnya,
Dibelainya, diselamatkan dari pemangsa-pemangsa.

Dijual ayah yang berjudi,
Didera keluarga kerana kembali kepada islam,
Penagih seks yang ingin bertaubat.

Adik, sehari akak terima 9 panggilan,
Kisah mengandung anak luar nikah.

Di situ dengan dadahnya,
Di sini dengan seks liarnya.

Ku terdiam mendengar.

---------------------

Lalu aku,
Apa cerita yang boleh kukongsikan?

Posted via DraftCraft app

Satu nafas


Pernah ketika, hati merasa manisnya cinta,
Sepertinya diri sudah di tetaman syurga,
Tak terkesah beribu bencana,
Tak terkesan berjuta derita,
Yang penting, dia ada.

Dan ada juga ketika,
Hatinya remuk ,
Kekecewaan dan derita meresap ke setiap zarah,
Sehingga bernafas pun terasa payah,
Air matanya menjadi terlalu murah.

Pernah satu ketika,
Kesedihan itu lebih aku dambai dari kebahagiaan,
Tangisan itu lebih menenangkan berbanding senyuman.

Tertanya-tanya,
Allah, masih mampukan aku tersenyum,
Senyuman yang bukan semata menutupi kedukaan?

Hati itu terus belajar,
Kala suka, kala duka,
itu semua aturan-Nya,
Dan Dia....Dia tak pernah tersilap mengatur rencana,
Takkan pernah terleka menjaga hamba-Nya.

Terima kasih,
kepada peribadi yang pernah menyinggah dalam hidup.
Yang mengajar bahawa hati ini bisa menyintai,
Dan yang juga memberi sedar,
Hati ini bisa berkecai menjadi serpihan-serpihan yang tajam dan melukakan.

Nah, kita bukan budak kecil,
Yang menyimpan dendam atau membiarkan diri terus dan terus dibaluti kesedihan.

Hati itu bisa jadi seperti besi,
Semakin panas api yang membakarnya,
Semakin kental ketukan-ketukan yang membentuknya,
Semakin kukuh ia, semakin tajam potongannya.

Mungkin juga seperti ulat beluncas yang boroi dan menggelikan,
Saat dia usai bermujahadah di dalam kepompongnya,
Dia lahir menjadi rama-rama yang memukau pandangan,
Memenuhi tujuan penciptaannya.

Kita budak yang semakin hari semakin belajar,
Untuk merangkah, bertatih, berjalan dan berlari,
Walau tersembam, walau terkadang mundur ke belakang,
Kita cuba untuk terus ke hadapan,
Mengejar satu kematian,
Mencorak sebuah kehidupan.

#whatdoesntkillyoumakeyoustronger
#hikmahituperludigali

Posted via DraftCraft app

Repekan

Antara perkara paling menyesal tak sempat buat before balik malaysia adalah :

1- jumpa dan sembang dengan all the doctors.
2- jumpa dan sembang dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang kerja kat uni especially
A) makcik yang jaga surau dan anaknya eya,
B) ummu buss yang dulu jaga toilet bawah MEDC but now jaga toilet mudarraj ب
C)) madam dept 19,
D) makcik jaga toilet mudarraj أ....ummu yusuf ke namanya?
F ) pakcik sammy dan pakcik lagi 2-3 orang yang setia jaga kebersihan dan keselamatan MEDC.

3- lepak-lepak di masjid amru macam masa dolu-dolu.

Tapi......
Dah dapat tolong abah jaga mak dan abang masa travel, itu pon cukup membahagiakan.

=)

Posted via DraftCraft app

Kaca mata

Antara rutin harian adalah operasi cari kaca mata.
Dan itu soalan paling banyak kali ditanya kepada sesiapa yang serumah.

Tempat paling rare?
Dalam peti sejuk.
Setelah ia jatuh dari atas peti seju, ketika pintu dibuka.

-.-"

Somehow,
I guess my " kaca mata " melihat dunia juga selalu kabur dan kotor.
Calar - balar, atau hilang begitu sahaja. Lagi-lagi bila ada di rumah.
My ambivalent mode masih belum di peringkat stabil.

*sigh*

Yang membahagiakan itu bukan manusia, tetapi Allah.

Di kala senang atau susah, sebut nama Allah.

Cuba memberi, bukan asyik meminta.

Benarkah, benarkah, benarkah paksi yang kita pegang, landasannya Alquran & sunnah ?

-----------------

Menjadi yang terbaik. Itu bukan mudah.
Moga di saat perlu memilih prioriti di mana,
Kita diberi petunjuk memilih yang terbaik.

= )

Posted via DraftCraft app

Unconditional

In an attempt to become the-anak-solehah,
I've become the bad one.

Mencintai, bukan minta dicintai,
Menghargai, bukan pinta dihargai,
Memberi, bukan minta diberi.

Still learning.....
Moga mereka bersabar dengan aku.

Posted via DraftCraft app