why do i love my Al-quran lessons?


satu hari, kawan saya (FA) ke kelas al-quran dalam keadaan mukanya sugul penuh masalah.
ustaz lantas bertanya apa masalahnya, terjadi perbualan antara mereka yang saya tidak ketahui kisah terperincinya. tetapi kemudiannya ustaz bercerita suatu kisah.

pada zaman dahulu, ada seorang raja dan menteri.
raja itu kehilangan isterinya, lalu dia mengadu pada memanda menterinya.

dengan tenang, menterinya menjawab,
"bersabarlah duhai raja, apa yang ditentukan Allah, itu pasti yang terbaik"

lalu raja bertenang dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

tidak lama selepas itu, raja kehilangan isterinya pula.
raja kembali mengadu kepada menterinya itu, menteri itu berkata perkara yang sama,
"bersabarlah, ketentuan Allah itu pasti yang terbaik"

peristiwa yang sama berlaku tidak lama kemudian apabila raja kehilangan anaknya. raja masih tenang menerima jawapan menteri.

pada suatu hari, raja keluar memburu, dalam ekspedisi itu matanya tertembak lalu raja buta sebelah matanya. raja kembali mengadu pada menteri dan menteri mengeluarkan jawapan yang serupa.

raja berang dan fed up. tiada perkataan lainkah?!!!
lalu raja memenjarakan menterinya itu.

raja meneruskan kehidupan. dalam satu ekspedisi memburu, raja dan angkatannya ditangkap oleh puak cannibal. lalu mereka memilih, siapa yang ingin dimakan dahulu.

cannibal 1,
"apa kata kita makan yang paling cantik pakaian dan perhiasannya, tentu dia seorang yang sangat menjaga diri dan pemakanan"

cannibal 2-3, " setuju!"

maka raja dipilih. ketika mereka mula hendak menyediakan raja untuk dimasak, cannibal 2 menjerit,

"eh, raja ni buta sebelah! dia mesti tak memerhatikan apa yang dia makan, dan mungkin berpenyakit! kita bebaskan sahajalah dia!!"

cannibal yang lain bersetuju, lalu raja dibebaskan.

raja kembali ke istananya lalu membebaskan menterinya. dia benar-benar insaf dan mengakui kebenaran kata-kata menteri. raja kemudiannya bertanya kepada menteri,

" Kau selalu mengatakan semua yang Allah tentukan adalah yang terbaik. maka apa kebaikan yang kau perolehi bila aku memenjarakan kau?

menteri tersenyum lalu menjawab, "Jika kau tidak memenjarakan aku, pasti aku sudah dibunuh dan dimakan oleh puak cannibal itu."

*************************************************************

suatu hari, ustazah bertanya kepada ustaz soalan, saya mengabaikan mereka lalu fokus pada bacaan al-quran saya.

tiba-tiba ustazah bersuara,
"anisah, tengoklah ustaz kamu ni! dia puasa hari ini, dan bila ustazah tanya dia mahu makan apa. dia jawab, takpe, saya makan di rumah nanti."
(oh ye, ustaz ada peptic ulcer)

lalu saya menjawab,
"ustaz, kamu zalim pada diri-sendiri, kamu zalim pada perut kamu."

lalu ustazah tersenyum tanda menang dan meneruskan kelasnya bersama rai dan farah.

ustaz tersenyum lalu berkata,
"sa adhribuki"- saya akan pukul kamu"
=P

tetapi akhirnya bila saya bertanya pada ustaz hari ini,
ustaz kata dia hanya makan selepas sampai di rumah hampir pukul 11 malam , semalam.
-.-' (kalau dah degil tu, degil lah juga)

*************************************************************

apa paling saya suka bila datang kelas al-quran,?

1-Al-quran itu sendiri

2- Doa yang akan ustaz baca di awal dan akhir kelas.

3-cerita yang akan ustaz selitkan dalam kelas.

4-saya dapat praktis cakap bahasa arab fus hah.

5- saya rasa macam ada kakak dan abang di situ, dan saya boleh buat markas itu macam rumah kedua saya! huhu~

6- kesyadidan dan kesempoian ustaz. saya tak takut dengan ustaz tapi saya respect dengan beliau. (walaupun tension sebab setiap satu benda sampai intonasi bacaan pun kena jaga, padahal tak nampak beza pun)

semoga Allah beri keberkatan dan keredhaan-NYA kepada kita semua terutamanya ustaz mahmoud dan ustazah jeehad.

2 comments:

FA said...

opsss..segannya!
mukanya sugul penuh masalah.
huhu
padahal bnde kecik je kot.
expression je lebih..

like this entry!
ustaz n ustazah mmg best!
tapi,yg sedihnya,saya x reti sgt ckp arab.
n sgt setuju part intonasi~

nurazahfathirah said...

Saat membaca entri ini,.. teringat nostalgia menghafal Al-Quran dan ditasmi' oleh ustaz dan ustazah DQ di sekolah... :)

Syukran. Sangat cantik kisah ini. Azah suka <3