wassini.

In The Name of Allah,The Most Gracious, Most Merciful.

nasihat itu perit bukan untuk diterima?
ketika meminta nasihat, bersedialah jika hati itu terguris, tercalar, atau remuk.
kerna kita bukan manusia sempurna, dan nasihat itu datang pasti dari sayangnya seorang sahabat yang ingin melihat kita dalan kondisi yang lebih baik.

ana selalu minta dinasihati dan ditegur tapi sukar mendapat balasan.
huhu~
kerna ana juga sukar memberi teguran mungkin.
dan mungkin juga ana sendiri sebenarnya tidak cukup kuat untuk menerima teguran.

tapi si kecil ini berani menegur.
tegurannya lembut tapi menusuk.

hati-hati yang ingin berubah, yang ingin menjadi lebih akrab dengan PENCIPTA nya,
sepatutnya tidak perlu ada terguris bila dinasihati dan ditegur,
sepatutnya tidak perlu rasa takut untuk menasihati dan menegur.

kerna setiap teguran dan nasihat itu bermanfaat bukan?
tapislah setiap nasihat, renungkan semula. tidak perlu terima bulat-bulat.
berfikir dan muhasabah semula.
hargailah, kerana pasti si dia sudah berfikir 1000001 kali sebelum menegur anda.







2 comments:

Sharifah Syahirah TSM said...

alamak, habislah saya.
saya kot orangnya.
huhu.
siapa je kat rumah ni yg suka minta nasihat and beri nasihat kalau bukan AMS dan ASM.
takutnya. -.-'
(betul ke camtu emoticon?) hehe.

sorry AMS,
kalau bila enti minta nasihat,
ASM bg jawapan bukan2.
tak mengikut kehendak soalan ke,
terlampau batasan ke.

bagilah saya nasihat juga untuk hari ni.
yang paling penting masa hari nak exam.

ps: ooo..wassini tu maksudnya nasihatkan aku ke? kenapa mcm selama ni tak tahu.

=)

Anisah Shamilah MS said...

hehehe..
setahu ana, itulah maksudnye..

ASM,nasihat hari ni..
kadang2 kita rasa org lain x ngam dgn kita dan kita x senang dgn itu, tpi pernah x kite terfikir sbnrnya kite yg perlu berubah, bkn dia?

jika saudara meminta nasihat, wajib untuk ditunaikan haknya.

=D

ams pon mintak maaf dgn asm