"kawan baik"

ya Allah, kenapa dengan satu status, semuanya tersingkap kembali.
walaupun aku tahu, status itu bukan untuk aku.
iman itu ternyata jauh lebih nipis dari lapisan bawang.

tersingkap kembali keseronokan dengan "kawan-kawan baik"ku.
dia yang mengambil berat, si dia yang boleh bergaduh, bergurau bersama.
dia yang protective, si dia yang banyak mengajarku tentang hidup.
dia yang datang mengadu masalah, si dia yag datang membawa penyelesaian masalah.
ada juga dia yang banyak menyedarkanku tentang hakikat Palestine.
dia yang membuka mata dari jadi terlalu jumud.
dia yang membuatkan lagu ketika hari lahir.
dia yang memberi hadiah, itu dan ini.
dia yang mengajarku islam itu lebih dari hanya sekadar itu.
4 tahun bukan sekejap, 2 tahun bukan sekejap, 2 bulan pun bukan sekejap.

astaghfirullah..astaghfirullah..astagfirullah..
benda seronok, bukan mudah untuk tinggalkan.
ramai yang terkilan. ramai yang memendam.
bila suka, dekat. bila tak suka,menjauh?
bukan tidak tahu. bukan tidak peduli.
bukan tidak sayang. bukan sengaja.

cuma, aku bukan selfish.
takkan kerana nafsu dan keinginan sendiri, rela membiarkan rijal harapan ummah sibuk dengan hal seorang perempuan?
ke mana nak campak harapan dan rayuan ummah yang memerlukan lelaki/ikhwah/brothers menjadi frontliners?

lagipun,tolonglah.
aku sangat2 tidak mahu bertengkar dengan kawan baikku di hadapan Allah kelak.
biar susah sikit di dunia, jangan susah banyak di neraka.
mungkin cara tersalah atau kurang jelas, minta dimaafkan.
back-stabber itu tuduhan kejam.

futur, tolonglah menjauh...saat ini sungguh kritikal.
hati, tolonglah disucikan.
akhawat, antunna banyak sangat bantu ana, jazakumullahu khairal jazaa'.
kak chep, terima kasih bantu ana ingat semula dan kukuhkan ana sebab apa kita buat demikian.

ukhuwah itu manis jika dasarnya LILLAHI TA'ALA.. boleh kelihatan manis juga, jika syaitan menaaburkan 100001 keindahan ke atasnya.

teringat kata2 budak rusia itu dahulu bila berbicara tentang kawan baik kami,
"putih, mana ada istilah kawan baik laki ngan pompuan. kawan ade la. kawan baik laki tu isteri dia nanti jer"


No comments: