microbe

In The Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.

pagi semalam, sedang menikmati rasa takut dan cuak melampau.
oh,bagusnya kalau hari-hari cuak begini bila menghadap Allah.
tentu lagi dahsyat kan ketakutan yang para sahabat rasa, sehingga boleh pengsan berkali-kali ketika membaca kalam Allah.

huhu~
malu kan?
2 rakaat solat sunat sebelum ke dewan peperiksaan, bagaikan 2 rakaat terakhir sebelum nafas terhenti. khusyu' bukan main, sujudnya bukan main panjang. syndrome takutkan exam lebih dari segala-galanya semakin menghantui. macam exam tu penghujung kehidupan dan macam selepas exam tu kehidupan selepas mati pulak..masalah besar.

sedang solat dhuha pagi tadi, melilau akal meronda-ronda sudut pemikiran (nampak sangat hilang khusyu' nya).

bila kita takutkan sesuatu yang besar, pasti kita melupakan ketakutan yang kecil kan?
misalnya, bila seorang perempuan yang trauma dengan gelap, jika dia dikejar perogol bersiri, pasti dia sanggup duduk diam-diam dalam kegelapan.sebab takut dia sekarang memerlukan dia menghilangkan ketakutan pada benda yang lebih kecil.

dan bila kita memikirkan masalah yang besar, pasti kita tidak fokus kepada masalah remeh-temeh.
contohnya, jika seorang anak palestin ingin mencari makanan untuk keluarganya, dalam keadaan darurat dan merbahaya, pasti dia sudah tidak peduli, apakah bajunya padan dengan seluarnya? apakah telah bergosok pakaiannya?
sebab masalah dia lebih besar. adakah dia mampu pulang dengan selamat untuk membawa makanan untuk keluarganya.

semasa exam?
sangat-sangat terganggu dengan budak arab yang meniru di sebelah.
sangat-sangat teringat kata-kata perempuan cantik 077, "kalau Allah tak tolong, kertas ni memang kosong tanpa isi.
terfikir-terfikir, boleh ke aku berjalan cuti ni, ke kena berjalan bawa buku? atau kena duduk rumah study balik?
adakah tahun ni, ujian kegagalan yang sangat aku takuti tu akan Allah berikan padaku?

selepas exam?
tawakal itu peyerahan total kepada Allah setelah usaha.
so, senyumlah seceria mentari yang memancarkan sinarnya.
rejoice.

rahib di malam hari, singa di siang hari.
alangkah seronoknya jika emosi itu dikongsi dengan pemilik tunggalnya yang DIA beri pinjam kepadaku.

2 comments:

Azharian said...

"Adakah tahun ini,ujian kegagalan yang sangat aku takuti itu akan Allah berikan kepadaku?"
K.milah,I always think about that question..let's pray for each other!
btw:sorry for always disturbing you!

putih said...

akk suke awak ade kat sni...
ops..
i'm happy dat u're here..
=)
uhibbuki ma'aya...ye ke arab akk ni?