exam

saya suka exam kerana...(tidak lebih dari 15 patah perkataan)
kerana exam itu satu cabaran. + dan tempoh ke arahnya, tempoh muhasabah.

sebenarnya, saya tak suka sangat exam.
sebab?

1- jika esok exam, dan hari ini netanyahu cakap dia nak bom seluruh palestine, mesti kebanyakan orang yang exam akan bersimpati tetapi buat seperti tiada apa-apa yang boleh dilakukan.
(melainkan kalau perkara besar itu melibatkan diri-sendiri, family, malaysia terchenta atau universiti tempat exam berlangsung)

2- saya dan kebanyakan manusia, selalu lebih takut berhadapan dengan exam daripada berhadapan dengan Allah. kenapa ye?

3- 3 bulan diperuntukkan untuk exam, 3 bulan lagi tempoh exam berlangsung. 6 bulan sama dengan setengah tahun!! bagaimana dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain? erm,kebanyakan orang mesti agak mengabaikan tanggungjawab lain kan untuk semasa exam?

4-sukar untuk ikhlas belajar di kala menjelang exam. mahu ikhlas, tapi mahu mumtaz jugak, mahu dapat jawab exam jugak..serabut3..

...etc..

tapi saya tahu, tak semua benda yang saya tak suka tu tak bagus.
exam bagus sebab.

1- dia akan sebabkan budak malas belajar untuk buka buku dan belajar!
(macammana nak jadi Dr ni kalau tak belajar?)

2- dia akan sangat-sangat menguji akhlak kita dikala kita tertekan.
-nak sabar masa takde ujian memangla senang, cuba Allah uji kesabaran kita masa tengah stress?

3- sangat boleh muhasabah diri
-masa ni lah baru nak teringat "aku pernah buat salah kat dia", " aku tak pandai organize hidup", "mutaba'ah amal berterabur", "aku dah lama tak ziarah dia.", "aku tak pandai hargai masa", "aku tak cukup akrab dengan Allah" ..........etc

4-dia akan jadi booster untuk tingkatkan diri.

5-dia akan uji, sejauh mana kefahaman kita dalam subjek tu.
-itulah fungsi exam kan sebenarnya? tapi masalahnya, student seboleh-bolehnya nak soalan spot untuk exam. including me. jadi bagaimana sih?

6-.....etc.

"kita kata kita cinta akhirat bukan dunia.
"kita kata kita kejar dunia sebab kita perlukan dunia untuk dapatkan akhirat.
"dan kita kata, kita perlu cemerlang supaya tak jadi fitnah kepada agama.
"kemudian kita sedih, bila kita tak perform exam.
"sedangkan kita kata, letakkan dunia di tanganku, bukan hatiku.
"kita kata kita sedih sebab kita takut tak usaha sungguh-sungguh.
"tapi kita juga kata, Allah maha mengetahui. dan Allah maha pengampun atas kesalahan kita jika kita benar-benar bertaubat dan berazam tak mengulanginya.
"jadi pada Allah kita serahkan kesedihan dan ketakutan itu, kerna hanya DIA berkuasa memaafkan, hanya DIA mengetahui niat sebenar kita, dan hanya DIA berkuasa memberi kita dunia dan/atau akhirat.
"maka semuanya kembalikan kepada Allah.."
-serabut3-perlu ditulis supaya dia tidak menyerabutkan akal-

No comments: