dahulu dan sekarang

DAHULU.

Bosnia, Iraq, Pakistan..
persetan dengan berita mereka!
apa kena-mengena mereka dengan aku?
negaraku aman, damai.
Alhamdulillah, pemimpinku pandai menjaga kesejahteraan.
Salahkan pimpinanmu. mengapa mereka begitu dangkal mencari jalan penyelesaian?

Abah, sudahlah tu. aku ingin menonton drama korea kegemaranku.
Sudah beberapa hari abah buka al-jazeera. tak pon BBC, tambah dengan CNN pulak tuh.
tak rock lah abah. bukannya abah boleh buat apa-apa pun dengan dorang.

huh. buka komputer lah! cerita jepun hari tu masih belum habis kutonton.


SEKARANG.

setiap minit resah. apa sedang berlaku.? selamatkah mereka?
apa lagi yang Israel mahu lakukan?
Israel biadap! celaka! pengecut!
dimana letaknya otakmu?!

mahu baca buku, seperti sudah terhijab.

Ya Allah, kenapa hatiku begitu keras?
adakah situasi kubegini kerana dosa-dosaku?
Ya Allah, janganlah kerana dosa-dosa kami menjadi lambatnya pertolongan dari-MU.

Kekalkan kami dalam hidayah-MU ya Allah.


No comments: