some thought


Mengikut Doktor-doktor meronda dari satu wad ke wad yang lain,

Pesakit ini ada CVC.
Pesakit itu ada cancer on top of liver cirrhosis
Pesakit itu cachetic. loss of weight 10kg sejak 2 bulan lepas.
Pesakit yang merupakan adik kecil itu ada nephrotic syndrome. kamu boleh lihat facial oedema di mukanya terutamanya di bawah mata. Oedema akan lebih jelas kelihatan pada waktu pagi.

Teruja mendengar kata-kata Doktor.
Terlupa, pakcik yang sudah hampir hilang harapan untuk hidup itu ayah kepada anak-anak yang setia menunggu, suami kepada seorang wanita yang mugkin sedang kesedihan di rumah, atuk kepada budak-budak kecil yang seronok ingin bersama atuknya Ramadhan kali ini.

Allah...Allah...Allah...

Budak-budak kecil yang bermain-main ketika tarawih itu, itulah kita dahulu,
Makcik-makcik yang tidak larat untuk berdiri ketika solat itu, itu mungkin kita satu hari nanti.

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah...

Betapa kita sering lupa dengan nikmat sihat dan masa lapang.

Mungkin katil di wad-wad hospital itu, telah Allah tempah khas untuk kita atau saudara kita.
Mungkin tanah kuburan itu sudah sangat merindui kita..

Semoga setiap detik umur, bertambah akrabnya kita dengan Allah.

2 comments:

Anonymous said...

da start attachment ke?
suka apa yg ditulis.. semoga terkesan di hati..

putih said...

dah..
dah masuk minggu ke-2..
terponteng 3 hari sebab masalah2 tertentu.

ameen. =D