dosa best kan?

dosa itu best!
maksiat itu seronok!

bilamana mengingatinya dapat menghinakan diri di hadapan YANG MAHA ESA,
bilamana terkenangkannya mengingatkan betapa derita dan kecewa jika dicampakkan ke neraka,
bilamana memori tentangnya mengalirkan semula air mata, membersihkan hati yang telah kotor dan keras...

TERIMALAH AKU
(Album : Pelita Hidup IV Perjalanan)

Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam mengusik hati
Tanpa sempatku bendungi lagi

Sering tertanya adakah derita tiada hujungnya
Apakah airmata tiada ertinya
Mengapa harus aku terleka dan jua alpa
Bahwa dunia sementara Cuma

Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Dalam tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untukMu

Terima kasih Tuhan yang Maha Pengasih
Di atas rahmat yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku untuk membalasnya
Tanda cintaku kepadaMu
Kau kekasih hati

Moga ku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam

Biarpun luka masih berbisa
Darah mengalir pekat untuk selamanya
Akan ku capainya jua

Terimalah aku
Ku lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biarpun diriku terasa hina

Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
Terimalah dari segala taubat

Terima kasih Allah, KAU beri peluang kami bertaubat dengan menangguhkan azab pembalasan...

siapa kata Allah hanya sayang orang baik.
Allah sayang juga orang yang buat dosa!!...

dengan syarat, dia dah bertaubatlah kan?

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al Baqarah: 222)

4 comments:

Noor Asyila said...

jazakillah ukhti :)

si kecil anfaal said...

kak mimi.
berair2 mata rai bace ni.
tq kak mimi utk peringatan ni.
tq Allah krn mengetuk pintu hati.

tahhir qulubina ya Alah.
ighfir zunuubina ya Allah.

putih said...

rindulah dekat syila!wa iyyaki..
^.^

@si kecil,
thanx to ALLAH..
=) Alhmadulillah..

slalu dibuli said...

time kaseh kak!!
sgt2 tme kaseh~