segan nak jadi umar?


Abu Bakar tidak pernah memandang remeh pada Umar kan?
Umar pun tidak pernah malu atau segan-segan nak jadi pejuang islam sebenar.

Jika tidak mampu jadi seperti Abu Bakar, masih ada Umar, juga Ali dan Uthman,
ada juga Said bin Zaid, Talhah, Abu Ubaidah.
nak lagi? Saad bin Abi Waqas pun ada. Abdurrahman bin Auf. nak Zubair pun boleh juga.

kenapa perlu putus asa bila tak dapat jadi macam Abu Bakar?
Bukan semua orang Allah jadikan kehidupannya 'budak baik' dari kecil.
Bukan semua orang hidupnya tak terserempak dengan jahiliyyah, dengan "zaman gelap".
Bosanlah dunia kalau cerita semua orang sama.

Umar juga dijanjikan syurgakan?
Ada 10 orang dah tempah tiket syurga dari rasulullah s.a.w, pilihlah salah satu jadi qudwah, jadi ikutan. Kalau tak nak yang sepuluh pon, masih ramai sahabat lain.
tak nak sahabat? rasa tak mampu? pilihlah pejuang islam yag dah berkurun lama, atau kurun baru-baru ni. tak salah pon.

tapi, Kalau lahirnya dah macam Abu Bakar, tak perlulah cuba-cuba celupkan diri dalam "zaman gelap". Boleh jadi ajal kamu menanti di situ. Tak ke rugi?

apa-apa pun, jangan duduk main lama-lama kat takuk lama. buang masa. masa kita, tak tahu hujungnya bila. tup.tup. tak sempat bertaubat dan berubah, garisan penamat dah sampai.

jangan pula bila dah baik sikit, kita rasa jalan kita je betul, boleh takabbur dan bongkak pula nanti. orang bongkak kan tempatnya tiada dalam syurga?

kosongkan diri, isi semula dengan curahan islam. senangkan cakap? =D
biarlah di pandangan manusia kita angka kosong, jangan sampai di pandangan Allah juga kita kosong tanpa nilai. jaga ek mutaba'ah dan kerja-kerja kita, kerja dunia dan kerja akhirat.

muhasabah diri selalu ya. manusia selalu lupa. bila baik sikit dari orang lain, sudah terasa hebat.sedangkan benchmark yang para sahabat dulu letak JAUUHHH melepasi galaksi bimasakti. hati-hati ya awak. doakan saya, doakan semua.

2 comments:

w_n said...

~syukran kak..huhu, ntah nape..I think i've gained something from ur entry..dush, kena batang hidung.
Nak pilih, nak ikut orang tu tp kena buka kitab sejarah dulu..hehe, mcm someone yang ada khalid or amru di hatinya..
Thanks kak..n sangat setuju, yang penting terus bertatih n melangkah kan n bukan duduk statik..
..sobsob..terharu^_^

putih said...

dari ari tu akk nak balas, tpi tertanye2 ni siapa..

huhu~
jom same2 melangkah..
kalo ade kekuatan, berlarilah mcm kuda tu..tgk siapa dpat kejar pahala byk2..

>.<