Alhamdulillah, ramai manusia yang menolong saya memahami sejarah.antaranya Dr Hafidzi Mat Nor menerusi talk. blog dan buku beliau
ok, kenapa sejarah penting. ini reasons yang saya dapat fikirkan atau pernah dengar.
1- kalau tanya Dr, Dr mesti kata history of patient itu penting untuk diagnose apa penyakit patient. sama ada medical history, family etc.
2- kalau tanya senior pula bagaimana ingin score dalam exam, satu point penting adalah, tengok past years' questions. kerna biasanya ia akan berulang.
3- kan 1/3 dari al-quran bercerita sejarah dan kisah-kisah nabi atau umat2 dahulu?
4- kalau kita mahukan idola, kenalah tengok orang yang sudah meninggal dunia dan baik pengakhirannya kan? orang yang masih hidup, kita tak tahu bagaimana pengakhirannya. dari kata-kata Abdullah bin Mas'ud yang diabadikan dalam Raheeq Makhtum.
5-dari sejarahlah kita tahu mana nak letak benchmark target yang perlu kita capaikan? kadang-kadang kita rasa dah all-out,tapi sebenarnya masih banyak benda yang kita lepas pandang. mana nak tahu? tengoklah sejarah umat islam dahulu, bagaimana pengorbanan mereka.
6- well, kalau tak tahu sejarah, bagaimana kita nak tahu apa yang telah hilang dari kita.
banyak lagi tapi dah lupa...
Sejarah berasal dari perkataan Syajarah = pokok.
konsep pokok hidup bagaimana? ia hidup BERKEMBANG...
begitulah sejarah, kita bukan belajar cerita orang yang dah mati, tetapi kita belajar tentang peristiwa dahulu, kini dan masa akan datang. sebab sejarah itu berkembang dan berulang.
ok, jom masuk sedikit kisah sejarah islam nusantara.
British Resident (Winsterdt) pernah berkata, lebih kurang maksudnya,
"Kami kecewa kerana the British colonial goverment telah membelanjakan begitu banyak resources (dalam bentuk gereja2 dan sekolah2 missionary spt MCKK, High School, Convent, Maktab Sultan Abu Bakar etc.) dengan satu tujuan,mendokong agenda pengkristianan, tetapi apabila British ambil alih pentadbiran secara official tahun 1874, tiada seorang pon bangsa melayu yang memeluk agama kristian."
(resource : talk by Dr Hafidzi)
tapi benih kristian yang disemai sejak 1511, baru berbuah kini. di mana di merata-rata tempat, pengkristianan itu berlaku secara rela hati. persoalan? bagaimana islam boleh begitu kukuh dahulu? kalau islam hanya berkembang disebabkan penduduk melayu tertarik dengan golongan-golongan pedagang dari arab, tanpa kehadiran pendakwah-pendakwah dan mujaid-mujahid islam, adakah islam akan sekental itu? sedarkah kita, sejarah kita telah dirombak sebegitu dahsyat sehingga tiada seorang pon mujahid islam di nusantara yang kita kenal?
islam yang kita warisi, diperjuangkan dengan nyawa dan darah mujahid dan syuhada' dahulu.
to be continued...biiznillah..