saya anak abah.
bila timbul isu palestin baru-baru ini terus teringat abah.
dahulu, ketika isu pakistan, atau isu bosnia, atau isu iraq,
maka channel wajib 24 jam di rumah itu adalah al-jazeera, takpun BBC atau CNN.
dan saya akan becok bertanya.
"abah, dia ni siapa?", " abah,dia ni baik jahat?" , "abah, kenapa dia buat macam tu,boleh ke?"
"abah,yassir arafat tu siapa?, kamal attartuk tu siapa? sadam hussein tu siapa?" "jamal abdul naser tu siapa?"
abah macam encyclopedia. tanya je semua, pasti abah keluarkan jawapan.
abah juga pengkritik utama, kadang2 kedengaran perkataan2 kurang enak dari abah bila kegeraman.
***********************************************************************
pukul 3 pagi, saya di hadapan komputer, menggodek-godek ym dan youtube,
kedengaran bunyi pintu bilik air ditutup, tak lama kemudian, suara macho mengalunkan al-quran, abah tengah tahajud..dan alunan suara itu berterusan.
menghampiri azan subuh, abah akan keluar ke surau.
di tengahari, abah akan tidur dahulu sebentar sebelum zohor.
ketika cuti di rumah, atau sewaktu rehat di office.
baru saya perasan,itu qailulah, sunnah rasul.
baru saya faham sedikit, bila dikatakan siang itu masa bersama manusia, malam itu masa bersama Allah.
singa di siang hari,rahib di malam hari.
**************************************************************
2 pagi mesir, 7 pagi mesia...
akhirnya, dapat berbual dengan abah.
abah selalu mengelak berborak. dipass2 kepada orang lain dahulu. kata abah, cakap ngan abah mahal, sejam 10 ribu.
abah bercerita tentang mak uda yang ingin ke greece, tetapi terbatal kerana rusuhan. sambung cerita kepada rusuhan kerana kegawatan ekonomi.
sambung..sekarang ni greece ekonomi teruk. negara eropah pun kebanyakannya begitu.
italy, ireland, sepanyol..dan nama2 yang saya dah tak ingat. kenapa abah?
sebab dorang kan ade kesatuan eropah.yang akan jaga perbelanjaan setiap ahli. tapi greece ni boros, germany disiplin. bila greece buat hal belanja macam2, germany mengamuklah tak nak tolong greece...sambung lagi...
sekarang ni ekonomi dunia yang stabil sikit dekat asia...china dan india.
jepun tak ke abah? tak, jepun dulu naik, pastu amerika tekan dia. sampai sekarang lumpuh.
sekarang america nak tekan china, naikkan kadar tukaran wang etc, tapi china pandai, dia belajar dari kejatuhan ekonomi jepun. komunis china pandai, dia tawan ekonomi dulu. dalam negara dia komunis, luar dari negara, dia kapitalis. tak macam komunis rusia, komunis rusia tawan politik dulu, last2 ekonomi tak kuat.
india, bah? india kat certain2 tempat dah develope. macam bangalore.bangalore tu macam penang. america, kalau bab2 IT dan komputer, kalau dorang tak larat kos tinggi di america, dorang akan buka cawangannya di India. lagi2 ramai indians yang pandai IT and can speak english well. India kos murah. tapi pembangunan di india tak menyeluruh.
o0o0o0....abah,apa citer palestine kat malaysia bah?
hurm, kerajaan sokong yang palestine tu .but abah tak percaya BN **********( abah ahli tegar UMNO dahulu yang kecewa dengan politik kotor di dalamnya)
kalau nisah nak tengok sekarang, tengok Turki. turki bijak. erdogan dan PM dia, abdullah *&*&*(tak ingat). tengok menteri luar dia jugak. dorang cerdik. dorang dapatkan sokongan rakyat supaya tak ditahan tentera.
camne tu bah? hurm, turki ni, dalam perlembagaan dia, stated yang dorang kena ikut sekular. geng2 erdogan sekarang nak bawak islam, tapi dorang tak terus muncul camtu. sebab sebelum ni , ada presiden dia, prof. (x ingat nama), dia nak bawa islam. tapi askar tangkap, hakim bicarakan. pastu dia kena turun, dan parti dia bubar.
erdogan ni, dia relaks je,pakai pun smart .kalau kena pakai coat, dia pakai coat. tak tunjukkan yang dia islamic sangat. tapi isteri2 dorang ni bertudung jer.
sekarang ni nak bawak islam kena cara cerdik. maruah kena jaga tapi kena pandai main situasi.
bukan dengan pakai jubah , serban je. ikut tempatlah. mana yang sesuai. jangan hanya penampilan tapi dalam kosong juga. tapi abah tak suka betul bila semua yang keluar tv kat mesia tak boleh berserban, berkopiah. kena pakai jugak songkok hitam.
mufti pun kena bersongkok hitam jugak. abah rasa tu tak patut. emm, abah, knapa orang tak nampak function mufti kat mesia?
mufti pegawai kerajaan jugak. so, semua pun macam kena control. lagi2 mufti selangor...kan dulu ade kes pasal mufti tangkap perempuan ape ntah...................panjang citer ni...
so, kirenya mufti keje nye camne? ntahlah nisah, abah pun tak tahu.boleh nasihat jerla kot..
pastu sekarang ni sibuk isu lecturer2 luar dikatakan nak rekruit pengikut student2 mesia. JI etc.
semua pensyarah luar skarang dipantau...
abah2, daripada dia pantau lecturer2 tu, kenapa tak naikkan balik islam kat mesia?
ntahla nisah..ni lah mesia.
abah, takut exam. nisah rase macam kena prepare untuk repeat.
" ha, prepare la apa yg patut..." (erk, tercekik..cmtu je ker bah?)
saya sayang abah...saya sayang abah...saya sayang abah....
tapi sayang mak berkali2 ganda jugak!
dah2, dah borak lama2 dengan abah, jangan futur2 dah.
gi baca buku.
abah selsema haritu, diikuti athritis ,kemudian gout datang ziarah. sekarang abah kata dah sihat.
patut rasa tak sedap hari minggu2 lepas. abah excited nak ke ukraine escort anak perempuannya yang dah abis belajar medic. congratz kak eshah. jalan elok2 abah!