siapa tokoh itu?

"ok, sekarang semua  duduk dalam group. ceritakan kelebihan dan kelemahan diri masing-masing. dan setiap ahli kumpulan kena sama-sama fikir siapa tokoh-tokoh, para sahabat atau orang berjaya yang ada ciri-ciri macam dia..TOKOH yang ciri-cirinya sama BUKAN yang menjadi idola."

=D

setelah setengah jam, aku berjumpa dengan ramai personaliti persis tokoh agung zaman dahulu.

si dia yang sangat meminati muzik persis al-farabi.
si dia yang sangat berketokohan menjadi pemimpin persis ratu balqis.
si dia yang kata-katanya memukau dan banyak berkorban demi islam seperti mus'ab bin umair.
si dia yang tegas dalam kelembutan persis abu bakar as-siddique.
si dia yang very informative persis khabbab bin munzir.

siti hajar. abu ubaidah al-jarrah. ali bin abi talib. imam syafie. ibn umar abdul aziz. abdurrahman bin auf.

ramai lagi. satu nama disebut, terpancar kehebatan dan kegemilangan seorang tokoh.

lalu mereka berfikir mengambil ibrah.

"kita selalu melihat tokoh-tokoh ini sebgai orang yang hebat, jauh untuk dicapai.bagai langit dan bumi. sedangkan kalau kita berjumpa mereka, saya yakin mereka juga seperti manusia biasa. manusia biasa yang memaksimakan potensi  diri. maka, tak mustahil untuk kita jadi hebat seperti mereka."

"dalam kita beramal jamaie, bekerja dalam kumpulan, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.dan itu yang membentuk keunikan dan saling melengkapi. jangan merasakan kita lebih hebat kerana setiap orang ada kehebatan dan kelemahan. yang penting kita fokus pada kelebihan dan saling top-up2 sesama kita."

"kita selalu mengagung-agungkan tokoh barat. Donald Trump. Stephen Covey dan ramai lagi. sedang tersingkap dalam sejarah tokoh-tokoh islam yang ulung dan jauh lagi hebat dari nama-nama tokoh barat. kurangnya ilmu kita tentang mereka menyebabkan kita lebih bangga dengan barat dan lebih suka meng"quote" kata-kata mereka.so, jom kenali tokoh islam kita.dan jangan takut untuk kita sendiri maju ke hadapan. jangan matikan bakat dan kelebihan yang Allah berikan kepada kita."

"ramai manusia sedar dan redha dengan kelemahan diri. tetapi sangat sukar menerima diri punyai kelebihan dan potensi. admit it and expand it. kerana atas setiap kelebihan yang Allah bagi, akan ditanya kelak, apa yang telah kita gunakan. kita maksimakan tak nikmat tersebut?"

the superheroes.
kalaulah berpeluang jumpa dengan "superheroes islam" mesti perasaannya sangat tak tergambar.
sobs33..  ingin sekali berada di situ.
p/s:
rasanya dah banyak kali sangat jadi AJK games, pastu tak dapat main. ='(
haha~ tapi seronok tengok orang bahagia bermain. =D

erm, rasa-rasa siapa tokoh yang ciri-ciri saya persis dia ek? don't have any clue.

***********************************************************

2)

Fasa Pertama pilihanraya Presiden

Calon FJP (Dr Muhammad Mursi) berada di kedudukan pertama dan diikuti Ahmad Syafiq. Kedua-dua calon ini akan memasuki Fasa Kedua Pilihanraya Presiden Mesir pada bulan Jun ini.

Jumlah undian :

Dr Muhammad Mursi :
5, 693, 982 (Dalam Negara)
107,924 (Luar Negara)

Ahmad Syafiq :
5, 490, 943 (Dalam Negara)
24, 542 (Luar Negara)

Dr Abdul Mun'im Abul Futuh dan Dr Hazim Solah Abu Ismail (bekas calon presiden yang telah digugurkan) telah pun mengeluarkan kenyataan sokongan mereka terhadap Dr Muhammad Mursi di fasa kedua ini.

#Semoga Allah mengatur yang terbaik!
Ayuh tembakkan doa-doa kalian!


4 comments:

fia said...

Emmm, very interesting subject.
what would be your superhero then?
hehe. Just curious ^-^

Anisah Shamilah MS said...

couldn't find it out by myself,
care to give me a hint? ;)

fia said...

i'm wondering,
maybe its already inside yourself, isn't?.ha=)just guessing

Anisah Shamilah MS said...

@fia,
maybe..cuma x tahu siapa.
btw, ni siapa yer?