kenali musuh kita
Seringkali kita lafazkan,
"musuh utama kita syaitan."
dan seringkali juga, kata-kata itu hanya bermain di mulut. tanpa kita benar-benar memaknai dan membenci musuh tersebut.
makhluk yang dilaknat Allah itu mungkin hanya mencebik dan tertawa melihat "kesungguhan" kita memusuhi dia dan kaumnya.
"sabar ye nak. dia tak maksudkan apa yang dia cakap. tengok ye nanti,"
mungkin itu pujuk sang ibu syaitan kepada anak-anaknya yang down dihina dan diejek-ejek manusia.
si ibu senyumannya tak lekang dari bibir. memotivasi si anak syaitan belajar "tips turun-menurun" cara menggoda manusia. "mujahadah sunguh-sungguh."
Bijaknya makhluk laknatullah ini!
Dalam diam dia membisikkan hasutannya. sedikit demi sedikit.
sehingga manusia merasakan hasutan-hasutan itu adalah "buah fikiran" sendiri.
Sehingga tiba satu ketika, kita terkadang tidak mampu menghalang diri kita sendiri daripada melakukan maksiat.
"tak tahulah akak, bukan tak cuba nak tinggalkan, tapi tak boleh"
"kita pon tak tahu kenapa kita tengok juga page tu, bukannya tak tahu benda tu tak boleh, tak elok...tapi....."
"kenapa saya tak boleh tundukkan pandangan? kenapa susah sangat saya nak jaga mulut? kenapa...?"
"entahla kak, kita pon tak tahu nak buat apa..I JUST CAN'T"
ketika itu, ketahuilah, syaitan punyai "asas yang kukuh" dalam diri kita. sehingga tarikan iman kita kalah dengan al-hawa dan tarikan syaitan.
dan semakin lama kita di situ, semakin bertambah maksiat yang kita lakukan, semakin gelap dan hitamlah hati yang terkapai-kapai mencari cahaya dalam diri kita.
Strategi dalam diam & Sabar menunggu hasil .
syaitan bijak. tak gopoh. ketika iman manusia mencanak ke langit, dia bersembunyi.
merudum sahaja iman sang hamba, maka berlumba-lumbalah dia dan pasukannya menyerang bertubi-tubi. sehingga ramai yang terjelepuk jatuh, tak mampu berdiri semula. ada yang hidupnya dalam iman, tetapi matinya dalam kekufuran.
sepi................
tup tup!
DONE!
dalam diam dia bekerja, sehingga lahirlah hasil. tiada istilah cakap lebat.
dan dia berterusan melakukan pekerjaannya, satu demi satu.
Kotakan Janjinya pada Allah.
"Iblis menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, PASTI aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan yang lurus.
Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari DEPAN dari BELAKANG, dari KANAN dan dari KIRI mereka.
Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."
(Al-a'raf :16-17)
(Al-a'raf :27 )
serius, meremang bulu roma. macam ada banyak mata yang sedang melihat dari SEMUA ARAH, mencari peluang nak jahanamkan dan hancurkan iman dan kehidupan kita.
Makhluk Genius yang berdendam!
scary......
makhluk yang merasakan dirinya LAYAK untuk sombong pada Allah ini pastinya bijak, dan penuh keistimewaan. can't deny that fact.
malah dia seolah-olah berjaya membuktikan " aku lebih hebat dari Adam a.s" apabila berjaya menggoda Nabi Adam a.s dan hawa. sehingga akhirnya mereka dikeluarkan dari syurga.
dia di mana-mana.
dia punya superpower.
dia bijak berstrategi dan merancang.
dia sabar dalam amal buruknya.
dia tak putus asa.
dia punya cita-cita dan azam besar.
dan dia benar-benar MUSUH YANG BUKAN CALANG-CALANG.
.
then, what should we do????..........
to be continued....

begitulah cara kerjanya syaitan. diungkap dalam satu lafaz pendek
" الوسواس الخنس "
tup tup!
DONE!
dalam diam dia bekerja, sehingga lahirlah hasil. tiada istilah cakap lebat.
dan dia berterusan melakukan pekerjaannya, satu demi satu.
Kotakan Janjinya pada Allah.
"Iblis menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, PASTI aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan yang lurus.
Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari DEPAN dari BELAKANG, dari KANAN dan dari KIRI mereka.
Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."
(Al-a'raf :16-17)
"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan
kedua ibu bapa kamu dari Syurga,
sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."
(Al-a'raf :27 )
serius, meremang bulu roma. macam ada banyak mata yang sedang melihat dari SEMUA ARAH, mencari peluang nak jahanamkan dan hancurkan iman dan kehidupan kita.
Makhluk Genius yang berdendam!
scary......
makhluk yang merasakan dirinya LAYAK untuk sombong pada Allah ini pastinya bijak, dan penuh keistimewaan. can't deny that fact.
malah dia seolah-olah berjaya membuktikan " aku lebih hebat dari Adam a.s" apabila berjaya menggoda Nabi Adam a.s dan hawa. sehingga akhirnya mereka dikeluarkan dari syurga.
dia di mana-mana.
dia punya superpower.
dia bijak berstrategi dan merancang.
dia sabar dalam amal buruknya.
dia tak putus asa.
dia punya cita-cita dan azam besar.
dan dia benar-benar MUSUH YANG BUKAN CALANG-CALANG.
.
then, what should we do????..........
to be continued....
No comments:
Post a Comment