time machine


"pair dengan partner masing-masing.
sekarang, semua perkenalkan diri kita siapa , 10 tahun yang lepas."

=)

"darjah 4 la kita time tuh!"

"nama kita....kita tinggal dekat....cita-cita kita....."

****************************************

"ok, dah! rasa-rasa kan, 10 tahun lepas, kita terfikir tak kita akan berada di tempat yang kita berada sekarang?"

TAKKKK!! serentak semua menjawab.

****************************************

ok, sekarang, perkenalkan diri kat kawan kita, siapa kita hari ini. dan apa yang kita dah achieve semenjak 10 tahun yang lepas.

"kita dapat SPM.....tapi tak capai target.....tapi Alhamdulillah.."

****************************************

"sekarang, semua ambil masa3 minit. kemudian perkenal diri, siapa kita 10 tahun akan datang.
pensil dan buku dibenarkan untuk mencatit."

"ala akak, susahnya..."

=)

maka semua berfikir. suara semakin perlahan. berbisik-bisik. tudung dijadikan penghadang antara satu pasangan dengan pasangan yang lain. haha~ rahsia sungguh.

**************************************

kita hanya merancang tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya.
= kita PERLU merancang dan berusaha, sebelum meletakkan setinggi-tinggi tawakal pada Allah.

mumtaz bukan matlamat akhir, malah dia hanya STEP-STEP yang perlu diambil atau di lepasi, sehingga tiba ke matlamat kita.

orang yang hidup tanpa matlamat, dia akan buat kerja semberono. sedangkan orang bermatlamat, matlamatnya memerlukan persediaan dari awal.

ada orang memang dalam mindset nya nak buka pusat penjagaan ibu mengandung sehingga bayi itu membesar menjadi kanak-kanak.

ada orang hendak membina markas bahasa dan markas i'dad murabbi.

ada orang hendak " change the system " supaya mengikut hukum Allah.

ada orang hendak mengetengahkan masalah-masalah yang berlarutan tetapi diabaikan dunia.

ada orang hendak merekruit dan menggunakan potensi anak-anak yatim yang kadang terbiar.

=) apa aim kita?

***********************************

lagi 1, sekarang bayangkan, apa bekal yang kita nak bawa jumpa Allah. bayangkan siapa kita depan Allah.

kalau umar r.a datang bawa jajahan takluk dan manusia yang dididiknya.

kalau al-fateh datang bawa constantinople dan tenteranya yang beriman.

kalau khansa datang bersama anak-anaknya yang syahid di jalan Allah.

kalau nusaibah dan khaulah datang bersama luka-luka peperangannya.

kalau khadijah datang bersama semua hartanya, tenaganya, fikirannya yang diinfaqkan ke jalan Allah.

maka kita nak bawa apa?

semua ada kapasiti dan kapabiliti masing-masing. maka carilah dan maksimakan.

we don't want you to be someone else, we just want you to be the best of you.

**********************************

tak salah perempuan ada cita-cita, dan kejar cita-cita.

tak salah perempuan hidup berdikari.

tak salah untuk buat pilihan, hidup bagaimana yang dia mahukan.

kerana jalan menuju Allah itu pelbagai..

*********************************

wal-asr + hadith 12.

the ice is melting.
maka tinggalkan perkara yang tidak berfaedah.

i know. cakap senang, buat susah.
n these advises i dedicated to myself 1st before others.

No comments: