where is the love?

saya buntu, pelik, dan tertanya-tanya
.
bagaimana Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi'en meluangkan sepanjang malam untuk beribadah pada Allah? untuk qiam lama-lama, menangis semahunya dan membaca Al-quran dengan penuh-penuh khusyu' dan penghayatan? sampai bengkak-bengkak mata? bengkak-bengkak kaki?

teringat ketakjuban dan kepelikan yang sering terlintas setiap kali tazkirah rumah dijalankan. (sekarang tengah baca buku Kisah Kehidupan Tabien-1)

1-bagaimana Umar Abdul Aziz termenung sepanjang malam memikirkan siapa yang layak dilantik menjadi hakim.

2-bagaimana Ato' bin Abu Rabah (hamba yang kemudiannya menjadi pemberi fatwa di masjidil haram), membahagikan hidupnya kepada 3 .
1-sebagai hamba kepada tuannya,
2- mencari ilmu-ilmu,
3- menjadi hamba Allah.

3-bagaimana Amir bin Abdullah Al-tamimi boleh berdoa,
"Saya berdoa agar Allah menghilangkan keinginan saya untuk tidur supaya saya dapat menyembah-NYA sepanjang siang dan malam menurut kemahuan saya."

dan beliau begitu bersungguh pinta doa itu diperkenankan.

4- bagaimana Muhammad bin Al-hanafiah, (anak saidina Ali karamallahu wajhah), membahagikan masanya kepada 3,
1- belajar dan mengajar ilmu di masjid.
2- berniaga selepas naiknya matahari,
3- mengisi malamnya dengan ibadah kepada Allah.

dan kelihatan kebanyakan sahabat dan tabi'en begitulah pembahagian hidupnya.
hidupnya di siang hari disibukkan dengan jihad mereka (mencari dan memberi ilmu dan kefahaman islam..menyelesaikan permasalahan ummah, mencari rezeki etc), dan di malam hari merehatkan diri dengan ibadah berterusan.

********************
melihat keadaan yang agak tensi dan turun-naik di sini, saya terfikir semula.
kenapa kita sanggup menggalas tugasan ini pada awalnya?

lalu teringat bagaimana cintanya dengan tugas ini dahulu.
bagaiman tajarrud dan tadhiyyah itu satu kemuliaan bukan paksaan.
bagaimana cintanya dan indahnya perasaan jika sedikit usaha kecil kita dapat mendekatkan manusia kembali pada ALLAH.

jadi, timbul persoalan,
"WHERE IS THE LOVE?
NOW?"
indahnya bila cinta penuh dalam hati. bila tugas dilakukan, kerja dipikul bukan hanya atas dasar tanggungjawab tetapi didorong cinta pada ALLAH yang membuak.

********************

"ada manusia fikirannya hanya memikirkan hal dan kepentingan dirinya,
ada manusia fikirannya disibukkan dengan kepentingan diri dan keluarganya,
ada manusia fikirannya digunakan sepenuhnya untuk kepentingan diri, keluarga dan negaranya,
ada juga manusia yang akalnya digunakan seoptimumnya untuk kepentingan dan kemaslahatan dunia secara global."

dan tahap REAKSI dan TINDAKBALAS mereka pada kerja mereka, ke"stress"an dan ke"tension"an mereka berbeza.
kadang yang memikirkan pasal dirinya sahaja lebih cepat "tersentap" dari manusia yang memikirkan kemaslahatan dunia. (malu banyak-banyak)

nah, lihat sahaja kita.
berapa ramai dari kita yang asyik "tersentap" dan "sensitif" di kala peperiksaan sedangkan rasulullah dan sahabat boleh cooooool dan tenang sedangkan mereka senantiasa memikirkan hal ummahnya dan perihal tertegaknya islam sehingga qiamat?

betapa ramai dari kita stress memikirkan hal-hal kerja kita (kononnya kitalah manusia paling produktif dan banyak kerja dan banyak masalah, dan perlu difahami situasinya) sedangkan...

"hellooooooo........."

"orang lain pun fikir jugakkkk~ orang lain fikir benda lagi besar okeyhhhh...awak tuh baru menapak kot"

(dushhh33, terasa perlu ditumbuk berkali-kali. *merah padam muka*)


tapi comelnya mereka, mereka tidak marah begitu, malah mereka terus memberi sokongan dan tunjuk ajar walaupun kerja mereka sendiri bergunung tinggi. kerana mereka sendiri pernah melalui zaman "kanak-kanak" begitu. mereka tahu setiap dari kita hanya mahukan yang terbaik dalam amal perbuatan kita. dan mereka tidak segan-silu belajar benda baru dan menerima teguran dari kita juga.

(lagila tersipu-sipu malu.sangat-sangat malu dah)

maka,
LET'S MOVE FORWARD PEOPLE!
IF YOU'RE NOT, IT MEANS THAT YOU'RE HEADING BACKWARD.!

dunia tak pernah stagnant, kan? =)
jatuh? jom bangun balik.

**************

benarlah kekuatan itu dari Allah dan qiamullail itu antara jalan paling produktif meminta kekuatan.

tahajud : -
menjadi pembuka majlis pertemuan kita pada malam yang hening dan tenang. memutuskan diri dari dunia kita dan mula berbicara dengan-NYA.

taubat : -
penyesalan atas setiap perbuatan kita, keputusan yang pernah kita ambil, tersilapnya langkah kita sebelum ini. adukan, dan pohon pengampunan sepenuh hati. kerana kita tidak tahu apa impak dari setiap langkah kita. kadang kita yakin kita betul, tapi ALLAH lebih tahu apa impaknya.

istikharah : -
kembali meminta petunjuk. agar di"guide" perjalanan kita selepas ini. agar akhirnya, setiap perbuatan dan tindakan kita, membawa hasil terbaik di penghujung kehidupan kita dunia dan akhirat.

hajat :-
nyatakanlah, pintalah, sebanyak mana pun yang ingin kita minta. doakan, adukan pada Allah. DIA tidak pernah menghalang kamu dari meminta sebanyak-banyaknya.

witir : - inilah penutup pertemuan kita dengan ALLAH pada malam ini. insyaAllah dikuatkan untuk mengadu dan memberi laporan dan mengambil kekuatan semula esok malam.

(hanya perasaan dan petunjuk hati saya tentang nilai setiap solat untuk diri saya. bukan fakta yang mesti diterima)

maka, produktifkan harimu dengan menghidupkan malammu dengan qiamullail. jika tertinggal atau "pengsan", gantilah semula ketika dhuha.
ALLAHU AKBAR!
Yang SUPERIOR hanyalah ALLAH.
if you're not ALLAH, then merasakan diri hebat itu tidak layak berada dalam diri kamu.

mulakan harimu dengan 2 rakaat solat sunat, 2 rakaat solat subuh dan penghayatan mathurat serta DOA RABITHAH yang sangat BEST dan MENDALAM maksudnya. hayatilah~

'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu,
bersatu memikul beban dakwah-Mu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

(nak bold kan yang best pun tak boleh sebab semua best. setiap patah perkataannya.)

tertarik dan terpukul pada,

jazakillah ukhti fatihah dan semua ikhwah akhawat lain.

wallahu a'lam.

6 comments:

thasilah said...

Allah...
kerana iman itu bukan angan-angan,doa juga bukan sekadar ucapan,tapi perlukan usaha dan pengorbanan yang tak bertepian..

jazakillah ukhti!ketuk2 dipagi hari setelah terkejut nama dipanggil :D

ingat2kan saya selalu!

mylittlepencil said...

Assalamualaikum kak..tersentuh....nk ngs rasa....

wah...lajunya akak...sy baru je bertatih nk baca buku sahabat...

jzkk kak untuk entri yg sgt berkesan ini ye...suka2

farah haibat said...

salam kak ayish-ayish :)

penampar terbaik utk sy dlm waktu2 camni. dah lama tnggu. terima kasih krn mnyedarkan, dan bg 1 pemahaman baru :)

zikri said...

jauhnya perjalanan,singkatnya bekalan...

lipatanhati said...

teringat cerita ato' dalam usrah.. :)

Anonymous said...

Allahuakbar..