capacity of the heart

pernah tak terfikir,
kenapa aku tak boleh menangis seperti para sahabat menangis bila baca Al-quran?
kenapa Al-quran tak merubah kehidupanku seperti ia merubah kehidupan sahabat?
kenapa aku tak boleh khusyu' sebagaimana khusyu'nya para sahabat?

pernah tak pergi ceramah / daurah / usrah/ khutbah jumaat, dengan niat,
apa kata-kata yang menakjubkan yang akan aku dapat hari ni?
apa yang akan merubah hati dan kehidupan aku hari ini?

atau sekadar pergi kerana terpaksa,
hati memberontak,
buku banyak tak baca lagi,
sibuk fikirkan apa nak buat lepas ni,
apa nak masak lusa,
nak telefon mak hujung minggu ni?

***************************************

sahabat, pernah tak dengar cerita keislaman umar. r.a?

mesti pernah kan. tahu tak, sebenarnya itu bukanlah kali pertama umar mendengar bacaan Al-quran.

1)kisah Umar dengan Rasulullah.

suatu malam ketika rasulullah sedang beribadah di ka'abah, umar datang untuk mendengar, apa sebenarnya ayat yang dibaca oleh Muhammad. lalu umar menyorok di dalam kelambu ka'abah, dan berjalan sehingga dia benar-benar berhadapan dengan rasulullah s.a.w.

rasulullah sedang membaca surah Al-haaqqah,

umar yang takjub dengan keindahan ayat Al-quran berkata ,
"ini mesti syair"

lalu rasulullah membaca ayat
"dan ia bukanlah perkataan seorang penyair.
sedikit sekali kamu beriman (percaya) kepadanya."

maka umar bermonolog dalaman lagi,
"bagaimana dia tahu apa dalam fikiranku. ini mesti kata-kata tukang tilik."

rasulullah menyambung bacaan baginda,

"dan bukan pula perkataan tukang tenung/ tilik,
sedikit sekali kamu mengambil pengajaran daripadanya."

"ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan seluruh alam"

umar terkejut, lantas berdear dari situ. kejadian ini memberi impak yang sangat besar kepada Umar sehingga beliau jatuh sakit.

tapi, apa yang terjadi, beliau menolak kehebatan kata-kata rasul. hatinya tidak bersedia untuk menerima bahawa Al-quran itu wahyu dari Allah, tuhan seluruh alam.

malahan, beliau mengambil keputusan untuk membunuh rasulullah s.a.w supaya beliau tidak lagi perlu keliru dengan kejadian tersebut.

2- Surah Toha dan keislaman Umar.
umar mendapat tahu lantas berang dengan adik perempuannya yang sudah memeluk islam. lalu beliau bergegas ke sana. terjadi aksi beliau memukul said bin zaid dan menampar adiknya sehingga berdarah.

kemudian umar melihat dan membaca apa yang dibaca oleh adiknya. tersentuh dengan surah toha lantas bertemu nabi menyatakan keislamannya.
subhanallah!

hurm, tetapi mengikut akal yang berfikir, sudah pasti peristiwa pertama, di mana Al-quran yang dibaca rasulullah menjawab segala lintasan fikiran Umar LEBIH HEBAT dan MENAKJUBKAN dari peristiwa Umar membaca surah Toha. tetapi mengapa peristiwa itu tidak berjaya menjadikan Umar seorang muslim?

maka lihatlah kepada hati, Umar menutup hatinya ketat-ketat dan tidak mahu langsung menerima kebenaran pada peristiwa pertama. tetapi apabila beliau mula membuka hatinya, maka islamlah beliau dengan ayat-ayat agung dari surah Toha.

adakah hati telah benar-benar dibuka untuk menerima islam (yang sebenarnya) ?
atau hati itu ditutup erat lantas ego yang menggunung, sehingga kebenaran sanggup disanggah?

maka lihatlah semula ke dalam diri kita, mengapa Al-quran tidak terkesan ke dalam hati kita?

kalau hati kita tiada kapasiti untuk menerima Al-quran,
kalau hati kita penuh dengan segala-galanya yang selain Allah,
kalau hati kita penuh lubang lantaran dosa yang tidak diiringi taubat,
Maka mustahil kita akan terkesan dengan Al-quran seperti mana para sahabat terdahulu.

apakah kita membaca Al-quran sekadar rutin atau kita bersedia untuk melaksanakan setiap arahan di dalam Al-quran?

kalau kita tutup hati kita dari Al-quran, maka samalah kita dengan Umar ketika jahiliyyahnya (dalam peristiwa pertama), cuma kelihatan baik sedikit kerana kita " sudahpun islam".

"Maka tidakkah mereka menghayati Al-quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?"
(47 :24)

bukalah hatimu, lapangkan dadamu, serahkan semuanya kepada Allah Yang Maha Satu.

1 comment:

analisiszikri said...

syukran.

akak,saya ada cadangan..
saya rasa kalau font ni lebih terang lagi cun kot,kasi kontra dgn background..

rasa je,hihi..