Gurau-gurau kah?


ilmu itu akan menuntut haknya,

-hak supaya ia disampaikan
-hak supaya ia dilaksanakan.

peringatan ini terutamanya untuk diri sendiri.

********************************

setiap kali aku dan kau ucapkan ,

"Aku bersaksi tiada Tuhan yang aku sembah / serah diri / cintai selain Allah,
dan nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah"

adakah kita sedang bermanis mulut, bermain kata, dan bergurau senda?

****

setiap kali aku dan kau bacakan dalam solat kita,

"Sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku, matiku,
hanya untuk Allah, Robb seluruh alam"

adakah kita mengatakannya dalam keadaan dipukau, tidak sedarkan diri, mamai?

****

Allah, bila kali terakhir aku bertaubat pada-MU?

sedangkan rasulullah yang maksum, tidak berdosa, bertaubat dan istighfar sekurang-kurangnya 100x sehari?

taubat itu bukan hanya untuk pembuat dosa kan?
dan wahai si pembuat dosa, bagaimana kau dan aku seringkali lupa untuk bertaubat?

seorang tabi'en sufian at-thauri
duduk bertafakur, memuhasabah diri dan menghitung dosanya sebanyak 21, 000. beliau menghitung dan bertaubat atas setiap dosa-dosanya.

uhukk3......
jika tabi'en yang termasuk 3 kurun terbaik umat islam menghitung dosanya sehingga 21,000.
maka kita, di mana letaknya kita? nilainya berapa?

*****

bertaubatlah, selagi masih berpeluang.

atas nikmat yang tidak kita syukuri.
atas kesedihan pada riak muka ibu kita.
atas kemarahan meluap yang tergambar pada paras ayah kita.
pada kekecewaan guru-guru yang mengajar kita.
atas kezaliman kita tidak meletakkan harta kita pada tempat yang sepatutnya.
pada kecil hati sahabat kita dengan kata-kata kita.
pada ketensionan sahabat-sahabat kita yang mahukan yang terbaik untuk semua.
pada kesedihan muka pakcik peminta sedekah, sedangkan mungkin rezekinya Allah sakurkan melalui kita.

apatah lagi atas kelemahan kita mematuhi ajaran Allah, kedegilan kita menjauhi suruhan Allah.
bertaubatlah. berhentilah bergurau dengan kalimah syahadah kita.
kerana setiap dosa, setiap kata-kata, setiap pergerakan sendi,
akan disoal ALLAH di akhirat kelak.

apakah yang ingin dijawab pada pertanyaan Allah untuk setiap dosa kita yang melebihi bilangan atom yang pernah wujud sejak bumi diciptakan?

masihkah mampu bergurau di saat itu?

******

kembalilah kepada DIA sebelum saat itu tiba.
kerana DIA sangat menyayangi SEMUA MAKHLUK-NYA yang kembali pada-NYA.

"sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri"







hayati makna nama Allah - At-tawwab-
by amru khaled. (carila kat youtube ye)

ya Allah, sesungguhnya pertemuan dengan-MU itu benar~

3 comments:

analisiszikri said...

syukran.

mylittlepencil said...

sukaaa...suka entri ini, suka amr khalidd....

putih said...

:)

@haniszikri.
afwan awak.

@mysweetlittlepencil,

suka jugak! suka awak jugak btw ;)