Abah!

Abah garang,
dulu-dulu, kalau kitorang gaduh kat bawah. abah jerit je dari bilik abah kat atas,

"Apa bising-bising kat bawah tu?!!"

lantas semua orang diam. semua bisik2.
"tuhla, ko la bising. kan abah dah marah."

:(

***************************************

Abah garang sangat,

dulu-dulu, kalau abah marah. pastu orang nangis, mesti abah marah,

"diam. jangan nangis. kalau nangis lagi, abah pukul!"

tersedak-sedak nak tahan nangis.

huhu~
tapi tahu je, abah tak boleh tengok anak abah nangis.
abah tak tahan tengok air mata anak-anak abah.

*********************************************************

dalam kereta pergi sekolah. mesti ambil paper the star, pastu cuba baca,
pastu hampir setiap perkataan tanya abah,

"abah, ni maksud dia apa?"
"yang ni pulak?"
"abah, ni orang tak reti sebut. ejaan dia camni.....maksud dia apa bah?"
"abah, dia ni siapa?"
"abah dia ni baik ke jahat?"
"abah, kenapa dia buat camtu? dia tak pikir ke ......."
"abah...abah....abah......"

tengok al-jazeera,

"abah, siapa kamal at-tartuk? "
"abah, siapa jamal abdul nasir?"
"abah, ariel sharon tuh baik ke jahat?"

"abah...abah...abah..."

***********************************

pastu tanya lagi,

"abah, kenapa abah buka bisnes sendiri?"
"abah, abah tak takut ker? waktu tuh kan tengah ekonomi meleset? kenapa abah tak join je UTM ke join masuk Petronas ke, kan dorang dah offer macam-macam kat abah?
"camne abah boleh berani sangat buka bisnes kecik2 time ekonomi meleset?"

"abah, esok exam" ........Alhamdulillah, itu jawapannya.

"abah, camne ni, orang takut ......." ....iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'een, itu jawapannya.

sedangkan abah tak sekolah agama pon. abah tak belajar kat mesir pon.
tapi tawakal abah kuat sangat. kuat sangat2.

orang pegang ayat abah.
"nisah. abah tak tahu masa depan. Allah cakap rezeki tu pada DIA.
Allah suruh abah usaha, abah usaha. abah yakin janji Allah"
*******************************

malam-malam, akan dengan suara orang masuk toilet. kenal batuk abah.
pastu mesti ada suara orang baca Al-quran. dan solat malam.

sampai orang pon pelik, abah tak penat ker? abah kerja dari pagi sampai petang, pastu duduk kat masjid, pastu tidur kejap, pastu boleh qiam.....

malula ngan abaahhhhh..

******************************

tapi abah nakal jugak!

abah pernah time kecik-kecik, buat 100 pelita dari tin kosong pasang keliling rumah atok.
abah buat sorang-sorang.

orang pon tak paham camne abah boleh buat camtu.

orang tahu dulu-dulu abah nakal. cara orang cakap ngan abah pon orang da tau.

teringat zawani cakap abah comel macam santa claus. :D abah gelak je bila orang cakap.

*****************************

abah very determined.

apa yang abah nak, abah akan buat. abah takkan bergantung harap pada orang lain. abah suka bebas.

but yet, abah sangat pandai menghargai orang. sampai ramai orang suka kat abah. abah tak kesah pon staff abah pindah walaupun abah banyak tolong dia sampai jadi sangat berkemahiran. malah abah rasa itu lagi bagus untuk memajukan dia.

*************************

in one way, abah sangat humble.

abah tak kesah cakap "tak tahu" kalau abah memang tak tahu.
abah terima pendapat orang, walaupun orang budak kecil.

***********************

abah tak suka sakitkan hati orang. kadang-kadang abah nak cakap, tapi abah simpan sampai jadi racun. sebab abah tahu kata-kata abah direct. pedas. tak semua orang boleh terima.

sebab tu abah banyak diam dan perhatikan. kalau perlu cakap, abah minta orang lain cakapkan sebab abah tahu, kalau abah cakap, nanti orang terasa.

********************

as a friend,

"abah suka jadi kawan time susah. time senang ramai orang nak kawan, tapi time susah tak ramai yang sudi berkawan"

sampai kawan abah cakap,

"this guy, bila you senang, he will be gone. tapi kalau you susah ke ada masalah, u can find him ready to help u."

*****************

abah susah nak tunjuk sayang. abah akan buat, bukan cakap.

****************
tahun lepas2, abah kenalkan dengan ustaz kazim.

baru2 ni, abah kenalkn dengan ustaz azhar idrus.

*****************

i guess i learnt how to live my life based on you as my guidance.

but till now, i'm half as good as you are.

abah pon banyak salah dan kelemahan, but who cares? i know i don't/

n i hope i can understand a whole lot more about my mak like i understand my abah.
but i guess it your role, my dearest afifah shakila. =)

i'm the mature one, ryte? :P

***************

sebenarnya nak cakap orang sayang n rindu sangat2 kat abah. dah banyak kali call rumah tapi tak dapat cakap ngan abah.

=(

orang tahu, abah takkan baca post ni.

tapi takpe, orang tahu yang abah tahu yang orang sayaangggggg abah!!!!!!! banyakkkkkk sangat!
(walaupun orang tak pernah cakap depan2 =D ngee~)

p/s : abah ajar orang, walau apa pun jadi, hidup kena teruskan. with or without you.

2 comments:

Khayr Annisa said...

Asslm wbt.

Teringat kat pak cik salleh waktu ramadhan dulu, iftor di sg jelok =)

IrfanTijari said...
This comment has been removed by the author.