gerhana.

kedengaran imam bercerita tentang si hero, Umar al-khattab.
namun angin yang bertiup lembut membelai pipi lebih menggoda malam ini.

usai solat isya', solat sunat gerhana bermula.

Allahu akbar ,

merdu suara si imam mengalunkan surah Qof.

Allahu akbar,

bacaan Al-haaqqah sayu menusuk hati.

Allahu akbar,

Allah, al-Qiamah menjadi pilihan. takutnya hari itu , ya Allah.

Allahu akbar,

" pada hari itu manusia lari dari saudaranya,
dan dari ibu dan ayahnya,
dan dari isteri dan anaknya,
setiap orang pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkan"
dua kali imam mengulang bacaannya. kedengaran serak diiringi sedu kecil. Allah. sayunya~
ternyata surah abasa cocok menjadi penutup melengkapkan 4 bacaan surah dalam solat gerhana kali ini.

Allah, besarnya nikmat kurniaanmu.

Keluar semula merenung hakikat kejadian alam. sambil merenung hakikat penciptaan diri.
mana hilangnya.

"Akak, mungkin ada salah yang akak lakukan. Allah gelapkan bagi akak, Allah sukarkan bagi akak. supaya yang hadir qiam menghadapnya hanya hati-hati yang ikhlas. "

Ana pun penah rasa sebegitu, bila ana check semula, ada ikhtilat yang ana tak jaga. Alhamdulillah Allah sedarkan ana"

"bersyukurlah akak, kerana Allah masih beri akak rasa untuk balik semula pada DIA. bersyukur Allah sedarkan akak, Allah kurniakan lagi rasa untuk akak muhasabah dan bertaubat. ada orang Allah hanyutkan . bersyukur Allah tarik akak semula mengingati DIA.

dosa itu ibarat gerhana yang menyorokkan sinar kekuatan yang hadir dari hati yang bercahaya penuh iman kan?

jaga mutabaah amalmu, jaga ibadahmu, jaga qiammu, itu sumber kekuatan.

-akhirnya, hanya sempat melihat sehingga bulan sedikit kelihatan semula.
namun yakin, bulan dan matahari sentiasa patuh pada arahan tuhan-NYA.
dan bulan pasti bersinar cerah kembali-

=)

3 comments:

NidzamYatimiRamli said...

kebetulan post tajuk sama..

ya..simbahan sinar bulan terus menerangi kembali malam ini..

atas aturanNYA..

nice~

PengembaraMinda said...

Allah kan sentiasa menjaga hamba-Nya.ketika kita hendak berbuat maksiat pasti ada halangan.Tapi sejauh mana kita sedar akan kasih & sayangNya?haa..itulah yang kita nak cari..

PengembaraMinda said...

Allah kan sentiasa menjaga hamba-Nya.ketika kita hendak berbuat maksiat pasti ada halangan.Tapi sejauh mana kita sedar akan kasih & sayangNya?haa..itulah yang kita nak cari..