what happened to you?

Kita selalu tertanya-tanya,

"kenapa awak semangat sangat buat kerja?apa yang me'motivate' kan awak?"
(belajar ke, bekerja ke, dakwah ke, berjuang ke, ape2 kerja jerlah..)

"akak, akak tak penat ke buat kerja ni? kenapa akak sanggup jumpa kitorang tiap-tiap minggu?
bukannye akak dapat apa-apa pon, habiskan duit, tenaga, masa akak adela"

dan banyak persoalan-persoalan lain yang menunjukkan kepelikan dan ketakjuban atas semangat dan kesungguhan kita bekerja dan berubah.

jawapannya hanya satu, CINTA.

bukti? =)

selalu tak kita tengok movies yang kekasih tu akan buat APA-APA pun yang sang kekasih minta?tak perlu tengok jauh, even dalam lagu-lagu melayu pon banyak terbukti. nak renangi lautan api la, nak ambil bintang di bulan buat penyeri malammu laa. semua nak buat untuk kekasihkan?

dari sekecil-kecil permintaan "saya suka tengok awak senyum" sehingga sebesar-besar permintaan yang kadang-kadang mustahil pon (macam kupetik bintang, untuk kau simpan), akan cuba dilakukan oleh orang bercinta. Betul tak?

contoh, kalau fathiyyah sangat sayang dan cinta PERUBATAN,
bajunya akan pakai baju PERUBATAN, beg PERUBATAN, button PERUBATAN, kalendar PERUBATAN, semua-semua PERUBATAN. kalau ada tudung PERUBATAN pun, akan dipakainya juga. betul tak fathiyyah? ;P

huhu, itu penangan cinta.

cinta menghasilkan REDHA.
(buatlah apa-apa pun, suruhlah apa-apa pun, )

membuahkan PENGORBANAN dan TAJARRUD.
(aku akan pasti melakukannya.)


maka CINTA lah jawapannya pada persoalan-persoalan itu.

"Dan di antara manusia, ada orang yang menyembah Tuhan selain ALLAH sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai ALLAH. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada ALLAH. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab(pada hari qiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik ALLAH, dan bahawa ALLAH sangat berat azab-NYA. (nescaya mereka akan menyesal)"
2: 165

jika memang benar kita mencintai Allah.
benar-benar beriman dengan 2 kalimah syahadah kita. meletakkan

LA ILAHA
(tiada tuhan,
tiada yang aku sembah,
tiada ikatan yang mengikat aku,
tiada yang lebih aku cinta,
aku bebas dan berlepas diri dari apa-apa pun!)

ILLA ALLAH
(KECUALI hanya pada ALLAH satu-satunya)

maka , walau sepelik mana pun, semustahil mana pun sesuatu yang Allah perintahkan, pasti kita tak teragak-agak melakukannya. dengan sepenuh hati, dan penuh kesungguhan.

dan setiap perbuatan apa pun yang akan menambahkan cinta itu, pasti kita kejar dan buat!
vice versa. kerana kita tahu, betapa mahalnya harga sebuah CINTA.

jika belum ke tahap itu, maka check semua, sejauh mana kita memahami erti syahadah yang kita ikrarkan atleast 9 kali sehari . kenapa berbeza SUMPAH kita dengan PERIBADI kita?


to be continued...

p/s :
sakit kepala selepas menulis. dah lama selalu copypaste aje tanpa menulis dengan berfikir serius.
macam mana ayu amiza boleh tulis berat-berat selalu? -.-"

No comments: