of ali, ust mahmoud and ruqayyah

UST MAHMOUD

setelah gagal untuk mengulang 1 juzu', saya memulakan perbualan
(dengan harapan ustaz tak suruh sambung).

lalu ust bercerita tentang kesihatan dirinya, dan betapa kita perlu menjaga tubuh badan kerana badan kita amanah dari ALLAH.
(oh ye, sesiapa yang ada kelas dengan ustaz,sila paksa-paksa ustaz pergi jumpa Dr. ustaz ada masalah dengan jantungnya)

ustaz bercerita tentang ALI,
seorang pelajarnya berketurunan Palestine berwarganegara Amerika. ALI lulusan ekonomi, seorang yang sangat berilmu dan berpengetahuan. berbual dengannya seperti berbual dengan orang tua yang sudah banyak pengalaman dalam hidupnya.itu testimoni ustaz mahmoud yang sah-sah seorang pemuda yang SANGAT banyak pengalaman.(awak tak tahu siapa ust mahmoud di syria dahulu).

ALI akan ke palestine dengan UN dan bekerja di sana selama 2 bulan. Ustaz sangat risau kerana keadaan sekarang genting.tapi dia rileks sahaja.malah sudah ada aim untuk syahid di dalam pemikirannya. =)

ALI bercita-cita ingin membuka satu madrasah khas di palestine.
madrasah yang akan melatih pelajar menjadi aset islam. pelajar-pelajar di situ akan diajar tentang ilmu dan mafahim-mafahim islam serta ilmu-ilmu duniawi seperti kejuruteraan, ekonomi etc. mereka akan dididik dari kecil supaya apabila meningkat usia pemuda, mereka sudah boleh bekerja demi islam. menjadi permata yang berkilau mantap. Madrasah ini akan terbuka untuk semua, dengan syarat kanak-kanak yang ingin belajar di situ akan menjadi PENUNTUT ILMU tanpa ada keinginan dan kekangan lain.

kata Ali , di chicago uni, hanya ada 40 orang muslim. dan lagi 70% daripada orang=orang yang menggerakkan amerika adalah yahudi. dan mereka sangat-sangat hebat bekerjasama dan tolong-menolong. sedang muslim, selalu corot dalam pelajaran. dan apabila keluar uni, mereka bekerja lain dari bidang pelajarannya. dan mereka sepakat, mana mungkin islam akan menang jika selamanya begini. dari situ lahir cita-cita Ali ingin membuka madrasah.

lalu ustaz bercerita tentang kawannya di emirates, dubai, dan negara arab lain yang kaya.
mereka mendapat paling kurang 500 l.e untuk sejam bekerja!!paling kurang! mereka mengajak ustaz tetapi ustaz menolak.

rasa-rasa kenapa???


jawapan ustaz,
"saya selesa berada di tempat yang saya boleh mengajar ilmu yang dahulu saya pelajari. saya suka di sini kerana penuntut ilmu yang datang dan mencari, bukan saya yang pergi mencari mereka sedangkan mereka tidak mahu.

saya gemar mengulangkaji dan mengajar ilmu-ilmu saya. dengan kamu semua, saya mengulang semula al-quran saya, fiqah saya, nahu saya. saya bukannya sedang bekerja, saya sdang mengulangkaji ilmu saya. bayarannya boleh tahan tetapi yang lebih penting saya seronok dapat mengajar. buat apa saya penat-penat belajar dahulu tetapi saya tidak mahu menggunakan ilmu-ilmu yang ada pada saya untuk mengajar penuntut ilmu yang lain? "

ustaz tersenyum. ( serius rasa cam nak nangis. )

*******************************************

berbual dengan ruqayyah, gadis mesir yang sangat pintar dan unik berusia 14 tahun.

"kamu hendak jadi apa bila besar?"

dengan yakinnya dia menjawab," Doktor!"

"kenapa Doktor?"

"oh, sebab gazah sangat memerlukan Doktor.
dan saya sangat-sangat sayangkan gazah. saya sangat3333 sayang masjidil aqsa dan gazah! saya ingin berperang tetapi hanya lelaki yang dapat berperang. maka saya akan menjadi Doktor dan pergi berkhidmat di sana. tetapi jangan risau, saya akan tetap cuba untuk pergi berperang."

jawabnya yakin dipenuhi senyuman. melihat perwatakannya, saya yakin dia nekad. melihat ibunya, saya faham bagaimana boleh lahir gadis seistimewa itu. bukan calang-calang gadis walaupun perwatakannya biasa-biasa sahaja.

lalu dia bercerita tentang "INTIFADHA PALESTINE YANG KE-3 , 15 MEI" ini. saya terpinga-pinga sebentar kerana tidak tahu tentangnya. (bila baca email di YG baru tahu apa tu)

kata ruqayyah dengan selambernya,

"oh, saya teringin sangat nak pergi!! tapi mesti mak saya tak kasi.!"

subhanallah. subhanallah. subhanallah.

mengapa ramai syabab dan fatayat hebat yang saya temui baru-baru ini?
dan mengapa saya boleh leka dalam dilema diri-sendiri?


cramp kaki cuba belajar berenang semalam

3 comments:

sweet stalker said...

putih beruntung sebab dapat kenal dengan saudara seisalam yang hebat mcm mereka. sanggup syahid demi islam.. :)

putih said...

huhu~
nak kenal dengan mereka jugak?
ramai sebenarnya yang begitu even kat m'sia.
;)

u're one sweet stalker u know. :)

Anonymous said...

sgt terkesan dgn nekad Ruqayyah.jazakillah ukht 4 the sharing.
btw:kt mn akk bljr berenang?hee~