nila yang setitik

sambungan part 1

selesai berbicara soal cinta,
setelah CINTA membuahkan REDHA, maka REDHA melahirkan apa?
(take a wild guess, readers!!)





















IMAN

yup! IMAN,!
apa erti iman? (haaa, sape ingat?)










"الإيمان = تصديق بالقلب وإقرار باللسان وعمل بالجوارح"

membenarkan dengan hati,

berikrar dengan lisan,
(aku bersaksi tiada yang aku sembah melainkan ALLAH,
dan aku bersaksi nabi muhammad s.a.w itu pesuruh ALLAH)

dan mengamalkan dengan perbuatan.
(setiap perbuatan dalam kehidupan berpaksikan perintah dan aturan ALLAH.)


"Rasul (Muhammad ) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya, (Al-quran) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang beriman. Semua beriman kepada ALLAH, malaikat-malaikat-NYA, kitab-kitab-NYA, rasul-rasul-NYA. (Mereka berkata), "Kami tidak membeza-bezakan seorang pun dari rasul-rasul-NYA." Dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepada-MU
tempat (kami) kembali."

(al-baqarah :285)

maka jadilah manusia itu, seluruh perbuatannya berpaksikan iman yang mendalam.


YOUR WISH IS MY COMMAND!

ya!
kerana iman itu manifestasinya amal. mana mungkin seorang yang beriman itu selesa berdiam diri sedangkan kebatilan dan jahiliyyah berleluasa di sekelilingnya. iman yang benar-benar hidup itu bersikap dinamik. ia pasti menggerakkan pemiliknya agar lahir amal yang membawa kepada tertegaknya KALIMAH ALLAH di seluruh pelusuk dunia.

"amal macam mana kak?"

menjalani kehidupan sebagai seorang muslim itu pasti salah satu daripada amal kita.
tinggal lagi, medan amal jamaie (berkumpulan). terlalu banyak medan amal jamaie terbentang, maka carilah medan yang benar-benar mendekatkan lagi kita kepada ALLAH.

nila yang setitik takkan kekal setitik,
ia akan meresap sehingga menukar warna seluruh susu menjadi biru,kan?
(kalau tak, takdela peribahasa, kerana nila setitik rosak susu sebelanga)

bukan fitrah orang beriman menyimpan iman untuk dirinya dan membiarkan orang lain dalam kegelapan jahiliyyah. bukankah itu yang terbukti dari perjuangan junjungan mulia, nabi Muhammad s.a.w?


"INNA SOLATI WA NUSUKI WA MAHYAYA WA MAMATI
LILLAHI RABBIL A'LAMIN."
"sesungguhnya solatku, ibadahku (perbuatanku), hidupku dan matiku hanya untuk ALLAH, robb sekalian alam"



p/s : terbuka untuk komen, perbincangan, teguran dan kritikan membina.

2 comments:

Anonymous said...

mama saya selalu cakap kita patut bersyuku sebab kita dilahirkan sbg islam. disitu kita dah dapat nikmat islam. tapi nak dapat nikmat iman tu yang susah..:(

Anisah Shamilah MS said...

huhu~
nikmat tuh sangat mahal, n perlukan usaha kan utk dapatkan.

don't worry dear, jom struggle skit. manis sangat2 tau kalau dapat rasa nikmat iman tuh. ;)