Bumi gaza
Kenapa aku ke gaza?
Aku mahu belajar makna kehidupan.
Nota 1.
Jihad itu ketika susah dan senang.
Pada awalnya, aku membayangkan pengembaraan ini adalah pengembaraan penuh kesusahan dan kedhaifan. Pengembaraan yang bakal mengajar tentang kelasakan dan kekejaman ahli dunia. Mestilah! Bukankah mereka baru lepas diserang dan hidupnya sentiasa dalam peperangan?
namun aku silap. Silap besar. Aku terlupa tentang adat kaum arab. Mereka bangsa yang sangat-sangat menghormati tetamu. Apatah lagi bangsa palestine, bangsa arab yang beragama islam, bangsa bersemangat pejuang, bangsa berjiwa syuhada'. Sudah pasti layanan mereka jauh lebih gah!
Kami disediakan hotel bertaraf 4 bintang. Tempat kediaman yang sungguh gah dan selesa. Perut kami tidak sempat mengadu lapar. Malah sentiasanya kami terpaksa berkongsi hidangan untuk mengelakkan pembaziran.
Hidangannya untuk setiap orang sangat banyak. Restorannya,tidak terkata mewahnya, hanya mampu menzikirkan subhanallah, masyaAllah. Cukup-cukup cantik.jarang sekali kami jejaki ketika sehari-hari hidup. Mewah! Beginilah adab mereka dengan tetamu. Memberikan yang sehabis baik. Sedang norma kehidupan mereka sangat jauh berbeza.
Teringat perbualan seorang ustaz yang datang ke gazzah sebelum kami.
" Orang Palestine ini, mereka akan jamu tetamu habis-habisan walaupun mereka terpaksa berhutang. Dan jika makanan itu tak habis, mereka takkan buang. Mereka akan simpan untuk mereka makan."
menangis dalam hati. Takut benar niatnya terpesong. Sungguh-sungguh takut. Sejak dari mula pengembaraan, seringkali pak utih , prof hatta dan doktor Zaharah (kak joy) mengingatkan,
"banyakkan istighfar. Semakin banyak kemewahan, maka semakin bertambah istighfar kita."
"betulkan niat selalu. Tajdid niat. Kita di sini membawa amanah, bukan melancong."
Benarlah, monyet yang berpaut di pokok ketika angin kencang akan lebih kuat pautannya dan melekat pada pokok, berbanding monyet yang sedang dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.
Di dalam kemewahan, kita lebih mudah leka. Di dalam kesenangan, kita seringkali menikmatinya tanpa sempat kesah dengan perihal manusia sekeliling.kita lupa kemewahan itu bukan sahaja nikmat, malah mungkin sekali ujian.
Berapa ramai dikalangan kita yang semakin akrab dengan Allah dikala ditimpa musibah, namun menjauh pabila diberi kesenangan dan kemewahan?
Perlu ingat selalu, jihad itu ketika susah dan senang.
*p/s :Kemewahan dan hidup dengan mulia itu salah satu tanda resistance mereka. Resistance ini yang membuatkan Israel bingung dengan penduduk Palestine. Mereka tidak pernah kecundang walau sekejam mana mereka diperlakukan.
Nota 2.
Wanita gaza, di mana jihadnya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment