Intro :
Berbual dengan ust lokman dan makcik hayat sambil-sambil bicara berkaitan takaful sekembalinya mereka dari kelas syeikh yusri di masjid azhar.Segan dengan mereka, masih rajin talaqqi, walaupun sudah bukan pelajar uni.
Seminggu makcik hayat termimpi-mimpi dan terimbau-imbau tentang Palestine sekembalinya mereka dari gaza dalam trip sebelum ini. Macam bakal menghadapi keadaan yang sama aje nampaknya. T_T
Nota 2 | Wanita Gaza, di mana jihadnya?
Soalan kegemaran kami,
Bagaimana kamu melahirkan anak-anak yang berkobar dan bersungguh menjadi pejuang islam? (rata-rata mereka berumur 20-25 tahun, punyai anak lebih dari 1)
Si ibu syuhada' menjawab,
"tanamkan dalam diri mereka cintakan Allah, cinta Rasulullah s.a.w, cinta perjuangan, cinta masjid, cintakan alquran."
Seorang lagi wanita berkata pula,
"anak-anak kami, seperti fitrahnya kanak-kanak biasa. Mereka juga ketakutan. Sewaktu awal peperangan dahulu (furqan dan hijaratul sijjil), mereka sangat takut. Ramai yang sampai ada mimpi buruk, kencing malam. Mereka tidak berani ke tandas seorang diri tanpa teman.
Namun, kami ajar mereka supaya tidak takut selain dari Allah. Segala-galanya berlaku hanya atas keizinan Allah. Tentera al-qassam akan bantu pertahankan kita."
Kami kuatkan mereka, kami tenangkan mereka. Dan kemudiannya mereka tidak lagi takut."
Seorang ibu di ketika lain pula berkata,
" walaupun mulanya mereka sangat takut, tapi lama-lama mereka semakin yakin dan berani. Ketika perang berlangsung, mereka selamba keluar bermain di jalanan."
" mereka bijak. Mereka kenal bunyi peluru berpandu israel dan hamas. Peluru berpandu dari hamas, bagaikan muzik di telinga mereka. Mereka akan menjerit,
"PERGILAH!! BEDIL TEL AVIV!! ALLAH BERSAMA KAMU!!"
Seorang ibu lain bercerita,
"anakku ketakutan ketika di awal peperangan. Seringkali aku membelainya, menenangkannya , dan mengajarnya,
حسبى الله و نعم الوكيل"
"Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung", dan
بسم الله الذى لا يضر مع اسمه شيء في الاءرض ولا في السماء وهو السميع العليم
"Dengan nama Allah, tiada satu kemudharatan pun dari atas muka bumi atau dari langit yang boleh menimpa melainkan dengan keizinannya, Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui"
Kemudian dia semakin tenang.
Suatu hari, aku melihat di tv tentang kesyahidan syeikh ahmad ja'bari, lalu aku menangis.
Anak lelakiku berkata,
“Kenapa ibu menangis? Jangan menangis ibu ! Aku selalu melihat Syeikh Ahmad Yasin tersenyum dalam gambar-gambarnya, kerana dia sedang berada di syurga. Syeikh Ahmad Ja’bari kan pengikut Syeikh Ahmad Yasin? Pasti dia juga di syurga!”
Bila kami bertanya umur anaknya, kami terkejut.
Subhanallah, kata-kata pujukan itu lahir dari anak yang hanya berusia 5 tahun.!
-Kanak-kanak 4-5 tahun yang ceria menyambut kehadiran kami dengan nyanyian mereka-
To be cont....
1 comment:
Post a Comment