War Game!

WING 2013
PENTAS KEHIDUPAN DA'IE


"Pejuang di siang hari,
Rahib di malam hari."

Alhamdulillah, ini "WINter Gathering" pertama dan mungkin yang terakhir aku di sini.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

banyak pengajaran yang aku dapat, walaupun aku bukanlah peserta, dan kurang berpeluang mendengar pengisian - pengisian sepanjang mukhayyam.

ingin bercerita tentang War Game. ini aktiviti kemuncak kami di sini bagiku. Arahannya mudah,

1- setiap kumpulan ada checkpoint masing-masing dan misi yang perlu diselesaikan. ditambah perlu mencari satu risalah sebagai amanah kumpulan.

2- setiap peserta perlu menampal kertas bertulis cita-cita atau impian mereka di bahu belah kanan, amanah yang menjadi nyawa mereka.



3- akan ada musuh yang mengganggu mereka sepanjang perjalanan menyelesaikan misi, mencabut "nyawa" (cita-cita) mereka. jika berjaya diragut musuh, maka mereka dikira terkorban syahid.

musuh berselerakan di luar kubu

4- musuh terdiri daripada AJK dan seorang pembelot dari setiap kumpulan.

************************************************************

maka bermulalah sebuah " peperangan".

kubu pertahanan yang tidak boleh dimasuki musuh

mulanya semuanya tenang sahaja, peserta dan musuh saling menjeling, berbalas senyuman. 
peserta tangkas dan bersungguh cuba menyelesaikan misi.
musuh hanya melihat dari jauh.

harmoni sahaja peserta dan musuh

tidak lama kemudian, keadaan semakin hangat. 
musuh semakin mengganas. 
rentapan demi rentapan "nyawa" dilakukan. 
kejar-mengejar berlaku.
pergelutan berlaku dengan dahsyatnya, 

pergelutan,
antara seorang yang ingin menjaga amanahnya, cita-citanya dan nyawanya, dengan seorang musuh yang hanya patuh titah perintah sang ketua.

kekuatannya luar biasa,
kerana mempertahankan cita-cita, nyawa dan amanahnya.
kerana yakinnya dia di jalan yang benar, dia tak pernah kenal erti putus asa.
walaupun dia seorang dikepung 4-5 orang musuh.
azamnya tidak pernah jatuh,

ukhti yang kelihatannya lemah-lembut penuh adab susila, 
rupanya tertanam dalam dirinya kekuatan dan ketangkasan yang tersembunyi.
dia lembut tidak pernah bermakna dia lemah.

wajahnya yang sentiasa dihiasi senyuman, 
bukan petanda dia mudah dipijak dan diperlekehkan.
awas itu!

***********************************************************

akhirnya,
tangisan demi tangisan kelihatan,
teresak-esak di sana sini.

dia tidak gentar luka pada anggota,
bukan itu punca tangisannya.

yang ditangisi adalah gagalnya dia menyempurnakan misi.
yang ditangisi adalah lemahnya dan kalahnya dia pada sang musuh.
yang ditangisi adalah apabila terkilannya dia bila sang arab membelot memberitahu tempat persembunyiannya pada musuh.
yang ditangisi adalah penghayatannya pada nasib saudaranya yang diperangi dan ditindas sesuka hati.

itu makna tangisannya.
bukan kesakitan yang lahir pada fizikalnya,
tapi keperitan yang terbit di benak hatinya.

***********************************************************

aku?
seorang musuh.
cuba menjadi musuh yang terbaik, tanpa simpati dan ehsan.

sepanjang menjadi musuh, dalam hatiku terngiang pesanan saudariku di Gaza,
"Kami kuat kerana kami tahu kami di atas kebenaran.Kami hanya mempertahankan nyawa, agama dan tanah air kami. mereka, (zionis israel), mereka pengecut dan ketakutan, kerana mereka tahu, perbuatan mereka salah. dan tiada bertapak pada asas yang kukuh."
walaupun akalku cuba merasionalkan keberadaanku berada di pihak musuh, namun hatiku sentiasa resah kerana meyakini kebenaran mereka. dan mengakui kehebatan mereka. Maka,

=) 
perlulah menjadi musuh yang terbaik, agar mereka lebih menghayati peperangan ini. kerana musuh sebenar tidak pernah belas kasihan pada kita. supaya mereka yakin, bahawa mereka berada di jalan yang benar walau sekejam mana musuh. 
bersembunyi bersama musuh-musuh yang lain, 
menanti perbincangan "Oh, I See" yang tiada penghujungnya.

*********************************************************

perasaan tidak tergambar,

bilamana mencabut nyawa anak usrah sendiri yang membawa kepada tangisannya.

bilamana dengan kejamnya meragut "nyawa" ukhti yang berhempas pulas mempertahankannya,

bilamana diserbu peserta lain ketika cuba "membunuh" seorang sahabat mereka,

bilamana melihat perbincangan "Oh I See" yang tidak membawa kepada sebarang tindakan.

bilamana kakiku "dilumpuhkan" lalu jatuh terduduk ketika mengejar seorang peserta,

bilamana meragut nyawa seorang ahli 2-3 tapak sebelum dia sampai di kubunya.

bilamana mempraktikkan segala ilmu perubatan dan luar perubatan dalam merangka strategi mencabut cita-cita mereka...

**********************************************************

setelah tamat waktu, akhirnya kami berkumpul untuk sama-sama berkongsi cerita de tepi pantai. Takkan dibiarkan permainan ini sia-sia kan?


perkongsian ibrah / pengalaman / pengajaran daripada permainan.

terima kasih akhawatku, atas pengalaman dan permainan emosi yang tidak ternilai harganya.

aku cinta kalian kerana Allah.

harapan dan cita-cita, yang memberi nyawa.

kenangan hasil terganas lebih.

info tambahan :-
bilamana di medan perang, sympathetic tinggi, sangat cemas,
 hormone Endorphin akan memuncak tinggi,
hormone endorphin ini merupakan "natural painkiller"
maka kita tidak akan merasa sakit.
(sebab tu ada tentera yang tak rasa sakit walaupun kakinya terpotong)

namun, selepas tamatnya "masa cemas",
mulalah kesakitan dan kelenguhan memuncak.

dalam hati, kita tengoklah malam nanti or pagi esok macam mana, siap sedia jela sakit-sakit badan.

Lastly,
APA CITA-CITA AWAK, 
YANG AKAN AWAK PERJUANGKAN WALAU BERGADAI NYAWA?


No comments: