gelap.

"Aku terkurung di dalam bilik penuh kegelapan,
Padahal bukankah bilik itu dikurung sinar cahaya matahari dan bulan?

Berapa banyak manusia yang diselimuti pelbagai kegelapan,
padahal kelilingnya adalah alam yang penuh cahaya keterangan."

Begitulah kadangkala diri manusia. Dia meletakkan dirinya dalam kegelapan dengan kemahuannya sendiri,sedangkan cahaya melimpah di sekelilingnya,
sehingga secara beransur-ansur dia lupa bahawa sebenarnya ada cahaya yang menyihatkan,
kemudian dia mengingkari kewujudan cahaya itu, sehingga orang-orang yang berada di dalam cahaya hairan melihatnya.

orang yang mengurung diri itu semakin menafikan kewujudan cahaya,
dia menganggap kehairanan itu anggapan yang dibuat-buat,
sehingga dia benar-benar jauh tersesat, lalu berteriak dalam kegelapan itu,
namun ia tidak menemui apa-apa kecuali gema suaranya.

Apabila kepalsuan sudah keluar, maka cahaya pasti akan masuk.........

"Ketuklah pintu Allah berkali-kali,
tinggalkan orang yang enggan mengetuk pintu Allah,
rebahkanlah dirimu di pintu gerbang Tuhanmu dengan rasa hina,
sehingga engkau mendengar panggilan ketenangan...."

No comments: