AQ #03 - Don't make mistakes!!

....teeet....
wrong, dear.

Don't be afraid to make mistakes.
We all learn a lot from our mistakes rite?

kelas Al-quran.

muka tertekan sebab asyik-asyik salah walau dah 3-4 jam straight hafal.
ustaz perasan perubahan muka dan suara lalu bercakap,

"anisah, awak takkan belajar kalau awak tak buat silap.
awak tahu tak, ada orang, dia baca dan hafal Al-quran sendiri-sendiri, tak nak pergi ke syeikh atau cikgu, sebab takut kena tegur.takut salah. tapi ketahuilah, dia takkan belajar apa-apa untuk selama-lamanya.

kewujudan saya di sini (sebagai cikgu kamu) adalah untuk memperbetulkan kesalahan kamu.
kalau awak belajar dengan seseorang, atau syeikh, dan kamu tak buat salah, maka berjaga-jagalah dan takutlah yang sebenarnya dia tidak mengajar kamu dan memperbaiki bacaan kamu.

awak ambil kelas al-quran seorang diri, awak seorang sahaja di sini, awak bebas untuk buat salah dan belajar."

mentaliti kebanyakan kita, bila buat salah itu aib kan? sebab itu pelajar malaysia jarang jawab dalam kelas. jarang angkat tangan walaupun tahu jawapan. jarang nak bertanya sebab takut soalannya, "soalan bodoh".

sedangkan kalau nak kira, jawapan budak malaysia selalunya lebih bernas dari budak arab pon. dan soalan-soalan dalam kelas pelajar arab kadang-kadang sampai tahap memang lawak dan harus diketawakan pon. tapi sekurang-kurangnya soalannya menyebabkan semua orang ceria ketika belajar. takdelah asyik bosan dan mengantuk kan?

setiap orang ada kelemahan dan kelebihan kan? itulah uniknya personaliti manusia.
kalau semua orang perfect, mesti hambar dunia ni. huhu~

jom shuuhh2 jauh-jauh pemikiran tu.
jangan takut buat salah tapi ingat, orang mukmin tak buat salah 2x. tak jatuh lubang yang sama 2x.

sama macam konsep taubat.
1- menyesal dengan kesalahan
2-meninggalkan kesalahn
3- berazam untuk tak mengulanginya.

see, dalam islam pun dah ajar sebenarnya.

Allah bukan hanya suka orang yang buat baik.
Allah juga sayang orang buat dosa dan kesalahan. DENGAN SYARAT!!!!! dia bertaubat.

(^.^)

p/s :

"ustaz, tak boleh ke nak habiskan hafalan satu muka ni."

"haaa, semalam saya belajar satu benda baru tentang anisah. saya kenal anisah, dia tak boleh kalau bagi banyak-banyak sekaligus. dia kena bagi sikit-sikit tapi konsisten."

erkk... -.-'

ust mahmud bukan hanya ajar saya Al-quran, beliau juga ajar saya tentang diri saya sendiri.

teringat pepatah,

"mengenali diri sendiri adalah lebih sukar dari mengenal musuh"

ya Allah, kuatkan kami untuk menghafaz dan menjaga kalam-MU, dan mengamalkannya dalam kehidupan kami..ameen."


3 comments:

mOmO said...

Akak sokong!

Selalunya benda yang salah tu yang paling kita igt (terutamanya dalam bab belajar)

Mungkin sebab rasa malu, maka perkara itu terpahat kukuh dalam memori. Kalau nak banding dgn ilmu yang kita senang nak paham.. Selalunya mudah lupa..

That is my own experience ;)

Anisah Shamilah MS said...

huhu~
betul3!!

memori tu lagi kuat bila terselit emosi sekali..manusia kan akan lebih ingat benda berkatan dengan emosi.

Shakeena said...

such an eye opener :)
sokong3 ! :)