Penawar Duka

Penawar DUKA

Tersebutlah sebuah kisah, seorang wanita hidup bahagia bersama anak lelaki tunggalnya. Tiba-tiba tanpa diduga anak tunggal kesayangannya direntap kematian. Tak terkira betapa sedihnya si ibu dengan kehilangan anak tersayang. Untuk menghilangkan kesedihan yang tak tertanggung dia (kita beri nama Hazinah) pergi menemui seorang alim yang bijak di daerahnya. Dia meminta orang alim tersebut memberitahu bagaimana caranya untuk mengembalikan anak tunggalnya yang telah mati agar hidup kembali. Apa cara sekalipun akan diusahakan walaupun sukar.
Orang alim memerah otaknya sehabis daya untuk mencari jalan bagaimana menghidupkan anak Hazinah yang telah mati. Akhirnya dia mendapat satu idea, lalu dikemukakan idea bernasnya itu kepada Hazinah.
- Bawakan kepada saya satu biji biji sawi. Syaratnya biji sawi itu hendaklah diambil daripada sebuah rumah yang tidak mengenal langsung erti kesedihan!
Dengan keazaman yang kental, Hazinah mula melangkah mengunjungi rumah demi rumah di sekitar daerahnya untuk mendapatkan sebiji biji sawi.
Mula-mula dia mengetuk pintu sebuah rumah. Seorang perempuan tua membuka pintu, dia menjenguk sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis kepada Hazinah. Hazinah bertanya tuan rumah:
- Adakah ahli rumah ini mengenali kesedihan?
Soalan itu dijawab oleh perempuan tua dengan senyuman pahit sambil air mata bercucuran dari matanya. Dia mengajak Hazinah masuk dan menceritakan kisahnya.
- Suamiku telah meninggal dunia setahun yang lalu. Dia meninggalkan empat orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Tiada langsung sumber pendapatan untuk kami sekeluarga sehingga kami terpaksa menjual perkakas rumah. Kini tidak ada apa lagi yang tinggal untuk dijual.
Hazinah sangat terkesan mendengar penderitaan perempuan itu. Dia cuba sedaya mampu meringankan beban yang ditanggung. Kunjungan itu berakhir dengan jalinan persahabatan dan Hazinah berjanji akan datang lagi menziarahinya.
Hazinah meneruskan perjalanan mengunjungi rumah ke dua sebelum menjelang mangrib untuk mencari apa yang dihajatinya. Di rumah kedua, dia menemui seorang suri rumah yang suaminya sedang sakit tenat. Makanan untuk anak-anaknya telah kehabisan beberapa hari yang lalu. Hazinah sangat kasihan melihat keadaan keluarga itu. Dia segera ke pasar dan membeli bahan-bahan mentah seperti gandum, minyak dan lain-lain. Dia kembali semula ke rumah itu dan membantu tuan rumah memasak untuk keluarganya kemudian membantunya menyuapkan makanan kepada anak-anaknya. Setelah selesai, dia meninggalkan keluarga malang itu dan berjanji akan menjenguk lagi di lain kali.
Esoknya Hazinah meneruskan pencariannya. Rumah demi rumah diziarahi namun tidak ada sebuah rumahpun yang tidak mengenal kesedihan untuk diambil daripadanya sebiji biji sawi. Oleh kerana Hazinah seorang wanita berhati mulia, dia berusaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh setiap rumah yang dikunjungi atau sekurang-kurangnya berusaha meringankan beban mereka dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati mereka.
Hari demi hari sepanjang pencariannya dia membina persahabatan dengan ahli keluarga yang dikunjungi menyebabkan dia lupa apa yang ingin dicarinya, iaitu sebiji biji sawi.
Dia tidak menemui sebuah rumahpun yang tidak mengenali kesedihan. Malah dia sendiri telah larut dengan kesedihan yang mereka alami menyebabkan dia lupa kepada kesedihannya sendiri.
Demikianlah saranan yang telah diberikan oleh orang alim yang bijak telah dapat mengubat kesedihan Hazinah.
Sesungguhnya menulung orang lain, berkongsi suka duka dengan mereka menjadikan kita bebas dari belenggu keakuan yang sempit. Dengan itu juga kita akan disayangi mereka dan hidup kita akan bahagia.
Musibah yang menimpa kita tidak mungkin dapat diketahui besar atau kecil kecuali setelah kita mengukurnya dengan musibah yang menimpa orang lain…

copy dari sini

jangan sedih-sedih ek.
senyum, awak tak tahu betapa senyuman awak sangat bermakna untuk manusia lain. :)
(ini bukan manis mulut..)

:)


budak manja kata,
kalau nak berubah , tidak dibenarkan guna perkataan jangan/ tidak.
kena guna perkataan-perkataan positif.

contoh :
instead of,

jangan buruk sangka kat orang
jangan cepat terasa
jangan lemah semangat

guna

baik sangka dengan orang :)
berlapang dada :)
kena kuat semangat :)

barulah rasa positif nak buat perubahan.

miss nunu,.
perasaan tak best datang ziarah saya.

kenapa saya tak boleh color2 tulisan. hambarlah tulisan color hitam siapa tahu kenapa?

AQ #03 - Don't make mistakes!!

....teeet....
wrong, dear.

Don't be afraid to make mistakes.
We all learn a lot from our mistakes rite?

kelas Al-quran.

muka tertekan sebab asyik-asyik salah walau dah 3-4 jam straight hafal.
ustaz perasan perubahan muka dan suara lalu bercakap,

"anisah, awak takkan belajar kalau awak tak buat silap.
awak tahu tak, ada orang, dia baca dan hafal Al-quran sendiri-sendiri, tak nak pergi ke syeikh atau cikgu, sebab takut kena tegur.takut salah. tapi ketahuilah, dia takkan belajar apa-apa untuk selama-lamanya.

kewujudan saya di sini (sebagai cikgu kamu) adalah untuk memperbetulkan kesalahan kamu.
kalau awak belajar dengan seseorang, atau syeikh, dan kamu tak buat salah, maka berjaga-jagalah dan takutlah yang sebenarnya dia tidak mengajar kamu dan memperbaiki bacaan kamu.

awak ambil kelas al-quran seorang diri, awak seorang sahaja di sini, awak bebas untuk buat salah dan belajar."

mentaliti kebanyakan kita, bila buat salah itu aib kan? sebab itu pelajar malaysia jarang jawab dalam kelas. jarang angkat tangan walaupun tahu jawapan. jarang nak bertanya sebab takut soalannya, "soalan bodoh".

sedangkan kalau nak kira, jawapan budak malaysia selalunya lebih bernas dari budak arab pon. dan soalan-soalan dalam kelas pelajar arab kadang-kadang sampai tahap memang lawak dan harus diketawakan pon. tapi sekurang-kurangnya soalannya menyebabkan semua orang ceria ketika belajar. takdelah asyik bosan dan mengantuk kan?

setiap orang ada kelemahan dan kelebihan kan? itulah uniknya personaliti manusia.
kalau semua orang perfect, mesti hambar dunia ni. huhu~

jom shuuhh2 jauh-jauh pemikiran tu.
jangan takut buat salah tapi ingat, orang mukmin tak buat salah 2x. tak jatuh lubang yang sama 2x.

sama macam konsep taubat.
1- menyesal dengan kesalahan
2-meninggalkan kesalahn
3- berazam untuk tak mengulanginya.

see, dalam islam pun dah ajar sebenarnya.

Allah bukan hanya suka orang yang buat baik.
Allah juga sayang orang buat dosa dan kesalahan. DENGAN SYARAT!!!!! dia bertaubat.

(^.^)

p/s :

"ustaz, tak boleh ke nak habiskan hafalan satu muka ni."

"haaa, semalam saya belajar satu benda baru tentang anisah. saya kenal anisah, dia tak boleh kalau bagi banyak-banyak sekaligus. dia kena bagi sikit-sikit tapi konsisten."

erkk... -.-'

ust mahmud bukan hanya ajar saya Al-quran, beliau juga ajar saya tentang diri saya sendiri.

teringat pepatah,

"mengenali diri sendiri adalah lebih sukar dari mengenal musuh"

ya Allah, kuatkan kami untuk menghafaz dan menjaga kalam-MU, dan mengamalkannya dalam kehidupan kami..ameen."


gelap.

"Aku terkurung di dalam bilik penuh kegelapan,
Padahal bukankah bilik itu dikurung sinar cahaya matahari dan bulan?

Berapa banyak manusia yang diselimuti pelbagai kegelapan,
padahal kelilingnya adalah alam yang penuh cahaya keterangan."

Begitulah kadangkala diri manusia. Dia meletakkan dirinya dalam kegelapan dengan kemahuannya sendiri,sedangkan cahaya melimpah di sekelilingnya,
sehingga secara beransur-ansur dia lupa bahawa sebenarnya ada cahaya yang menyihatkan,
kemudian dia mengingkari kewujudan cahaya itu, sehingga orang-orang yang berada di dalam cahaya hairan melihatnya.

orang yang mengurung diri itu semakin menafikan kewujudan cahaya,
dia menganggap kehairanan itu anggapan yang dibuat-buat,
sehingga dia benar-benar jauh tersesat, lalu berteriak dalam kegelapan itu,
namun ia tidak menemui apa-apa kecuali gema suaranya.

Apabila kepalsuan sudah keluar, maka cahaya pasti akan masuk.........

"Ketuklah pintu Allah berkali-kali,
tinggalkan orang yang enggan mengetuk pintu Allah,
rebahkanlah dirimu di pintu gerbang Tuhanmu dengan rasa hina,
sehingga engkau mendengar panggilan ketenangan...."

kolam jernih


kelihatannya, hati itu suci,
seperti air kolam yang tenang jernih,

jika kolam itu jernih,
kerana lumpur dan debunya termendap di dasar,
maka keruhlah ia pabila dilontar batu ke dalamnya.

jika kolam itu benar-benar jernih,
suci tanpa kotoran lumpur,
dicampak batu, berkilau sinarannya menambah keindahan.

hati kita....bagaimana?

H= Dr Hazeem yang Horror dan Hebat

melangkah dari jauh, gembira melihat Dr kesukaan tetapi berdebar kerna tahu beliau pasti tidak memberi peluang. (kata Dr hebat.)

beliau diam sambil meneliti kertas jawapan slide..
sepi....sepi....sepi....
suasana sepi dan sunyi membuatkan saya gementar lebih.
(i hate silent treatment).

mukanya tersenyum separa sinis,

"tell me everything about management of acute congestive glaucoma.
by this i mean, the signs, symptoms, and treatment."

panic attack!!

sign dah jadi symptoms, symptoms dah jadi sign..

"this is not the signs, this is the symptoms"

kemudian Dr diam kembali.

blur.
senyap.....senyap.......senyap.....

Dr, can i continue with the treatment?

Dr tersenyum, tapi senyumannya kelihatan berbahaya, tajam,
"How can you treat the patient before you diagnose him? Do you need an assistant Dr to tell you the diagnosis and then you treat the patient?

pedih sampai ulu hati...ouch...

"how can lens cause 2ndary glaucoma?"

.......

tell me about dendritic ulcers?

.....

say everything you want to say, i'm all ears.

tergagap-gagap. saya rasa bagaikan hari pertama melangkah masuk ke wad ophthalmology,
thiqah binnafs (self confidence) jatuh tahap negatif.
saya membayangkan Dr akan cuba discuss soalan dengan students.....teet...teet..teet..
sorry dear, wrong guess today.

belajar dari kesilapan....belajar dari kesalahan...
buat salah tak aib, tapi rasa tak bersalah tak ambil pengajaran tu mengaibkan.

saya rasa oral kali ini benar-benar mendidik saya,
silent treatment dan senyuman tajam Dr seperti berkata,

"No one will help you if you can't stand tall by your own.
this is medicine. this is life.
i want you to understand that you deal not with marks here, but with patients' LIFE!!.
you might have the most beautiful smile, you might be the best-looking person here,you have this and that,
but if you don't have nothing inside, u're DOOMED. "
"struggle if u want to survive.this is LIFE.."

walaupun exam oral saya horror, tapi Dr Hazeem semakin menjadi Doktor kegemaran saya.
saya suka manusia yang "kejam" dan tak kasihankan saya, untuk kebaikan diri saya.
barulah calm, macho dan cool.

1- saya suka Dr Hazeem,
2-saya tak dapat jadi macam Dr Hazeem sekarang,
3=maka saya tak suka diri saya sekarang.

improve!!!

HHD

tazkirah hari ini sebelum buka buku ophthal..
1-cinta Allah
2-bahana ujub.

Abu Bakar al-kattani berkata, "Pada suatu hari para syeikh di mekah berbicara tentang masalah mahabbatullah (kecintaan kepada Allah), semua ulama' ikut berbicara, sedangkan di antara yang hadir, al-Junaid adalah seorang yang paling muda antara mereka.
Mereka berkata, "sampaikan pendapatmu tentang hal ini wahai pemuda iraq"

Al-Junaid menundukkan kepalanya sedangkan air mata mengalir dari kedua matanya,
kemudian ia berkata,

عبد ذاهب عن نفسه
متصل بذكر ربه
قائم باداء حقوقه
ناظر اليه بقلبه
فان تكلم فبالله
وان نطق فعن الله
وان تحرك فبامر الله
وان سكن فمع الله
فهوا بالله ولله ومع الله

"Kecintaan pada Allah itu akan wujud,
pada seorang hamba yang meninggalkan hawa nafsu,
ia berhubungan dengan zikir pada Tuhannya,
ia menunaikan hak-hak Tuhannya,

ia melihat Allah dengan hatinya,
Apabila berbicara, maka ia berbicara dengan Allah,
Apabila berdiskusi, maka ia berdiskusi dengan Allah,
Apabila bergerak, maka ia bergerak kerana perintah Allah,
Apabila diam, maka ia diam bersama Allah,

Maka jadilah dia..dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah."

*****************************************

Apabila iblis telah berhasil melakukan tiga hal pada diri anak Adam,
maka ia akan berkata,
"cukup baginya. Saya takkan meminta daripadanya hal yang lain."

tiga hal itu adalah,

1-Dia ujub (merasa bangga diri) pada dirinya-sendiri,
2- Dia merasakan amalnya sudah banyak,
3-Dia melupakan dosa-dosanya.

berapa banyak dosa-dosa kita yang kita belum bertaubat atasnya,
yang telah kita lupakan,
sedangkan Allah tidak melupakannya?

berapa banyak amalan kita, yang sudah kita lakukan,
tetapi tidak bernilai dan sia-sia di sisi Allah?


sumber : العوائق (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)
menyelongkar beg besar untuk mencari mafla jadi peneman akhawat ireland yang mahu ke sinai.
terbuka fail lama berisi kad-kad. lalu terkeluar satu kertas yang jadi penyubur semangat saya dikala tahun 1.

1) BE PROACTIVE!
-u're the driver for your own life. take responsibilities for your life !-

2) BEGIN WITH THE END OF MIND
-define your mission and goals in life-

3) PUT 1ST THING 1ST
-prioritize-

4) THINK WIN-WIN
everyone-can-win =)

5)SEEK 1ST TO UNDERSTAND =NEED CONSIDERATION
THEN TO BE UNDERSTOOD =NEED COURAGE
-listen to others sincerely-

6) SYNERGIZE
-work together to achieve more-

7 ) SHARPEN THE SAW
-renew yourself regularly-

thanx to sean covey and to my angah!
(kalau angah bagi steven covey nya, entah2 tak habis baca sampai sekarang..huhu~)



-like-
jazakillah izzati- ;)

rindu..

Rindu!!!!

rindu pada kamu yang sudah lama tidak bersua muka,
yang sudah lama tidak berbual bicara,
yang berdiam diri sekian lama....

rindu...
rindu juga pada kamu yang baru sahaja berjumpa,
yang setiap hari berbalas kata-kata,
yang senantiasa memaparkan senyum ceria.
(walau hati hanya Allah tahu kondisinya)

rindu mahu berkongsi cerita,
rindu mahu menjadi telinga dan bahu untuk dipinjamkan ketika kamu berduka,
rindu mahu melihat kamu tersenyum ceria.

Rindu....rindu...Rindu...

harap pada kamu, kamu tahu saya rindu kamu.
walaupun kamu mungkin tidak merindu.


rindu itu terubat bila saya tahu, saya dan kamu, insyaAllah,
kita tetap paling rindu YANG ESA dan Rasul-NYA.
terima kasih Allah, anugerahkan perasaan rindu,
yang mengingatkan saya untuk senantiasa mendoakan kamu.


awak rindu saya tak?

kredit to amalez~ ;)


kak wan munirah, kanak-kanak tonets datang ziarah dalam mimpi ;D
yang lain tak sempat datang, orang dah terjaga dulu.

jom hilangkan rindu pada buku ophthal pulak.. =)

Doa...


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu,

serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai,

maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai.

Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai,

maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.


Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhoan-Mu”.

[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]




awak, kita sama-sama saling mendoakan ye?.. ^.^