Contengan


Last few weeks was like......
Rasa macam nak peluk someone tightly and cry all day /week long..

Pagi-pagi rasa macam,
Aku kena kerja ke harini.
Nak nangis tapi tak dapat. Not this time. Air mata dah jadi mahal balik.

Why am i here..
Should i continue or should i just quit...
Do i really really really wanna do this job.
all the negative feelings just ambush bertubi-tubi.
Tanpa belas.

Aku rasa semua perasaan ni jadi overwhelmed lepas aku tak pass assessment.. Dan perlu reassess semula.

N i was kinda surprise, how dumb i am after spending so much time studying & working.

N i was like.... I'm failing in every single part of my life. My family, my job, my studies, my tarbiyah. Waaaaaaaaaa!!!!!

----------------------------

Hari ini,
Usrah-day. Seriously aku memang malas nak pergi. I need to rest on my precious offday.
Haha. Since when sleep become so important, i can't remember. N it was like, a month ago kot pergi usrah. Asyik clash dengan jadual kerja. Makin lama tak pergi, makin malas lah kan nak pergi.

With the hati yang sungguh berat, aku gerak juga untuk usrah. Walaupun dah lambat.

N i was amazed. Allah masih sayangkan aku. Allah masih nak gerakkan hati aku.

kami berkongsi ayat surah fussilat, ayat 30-42 (one of my fav )

Kawanku bercerita.,

Dia suka kejadian siang dan malam. Setiap hari membuka lembaran yang baru. Untuk meneruskan hidup. Dan dia , dan aku, kini, seperti sudah menyembah pertukaran siang dan malam. Setiap hari hanya menyediakan to-do-list, dan hidup bekerja untuk itu. menjadi hamba kepada kehidupan, sedangkan kita sebenarnya hamba kepada Pemberi Hidup.

Dia terus bercerita, kebergantungan pada Allah, dan meminta dari Allah, adalah petanda kita hamba. Menunjukkan kita lemah dan perlu pada Dia. Sedang Dia, betapa banyak makhluk yang tidak putus-putus sentiasa berzikir dengan patuh pada Dia tanpa perlu dikira manusia yang sering durhaka. Dia tak pernah memerlukan kita. Kita yang terhegeh-hegeh pada redha Dia.

Dia bercerita lagi. Kita manusia, minta macam-macam dari Allah. Macam-macam. Dan kita memberontak apabila merasakan kita berhak, tetapi tidak dapat benda tersebut. Wow. How angkuh we can be. Sedangkan tugas kita di dunia hanya untuk menyembah dan mencari redha Dia. Nak minta-minta itu ini, itu cerita dalam syurga. Tak payah angkuh sangat, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Tak perlu pertikai aturan Allah, cuba belajar redha, sabar dan cari hikmah serta makna sebalik aturan hidup.

Kawanku bercerita lagi. Kali ini bercerita tentang hadith kegemaranku, hadith 19. Dia pecahkan hadith itu pada 3.

1- Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.

2- Jika mahu meminta, maka pintalah dari Allah.

3- qadha' & qadar adalah urusan dan aturan Allah.

gandingan Tadabbur surah fussilat & hadith 19 adalah sangat superb.

Tertampar berkali-kali, terpujuk juga berkali-kali.

Ya Allah, bukankah hidupku ini telah Kau aturkan sejak dahulu. Dan bukankah Kau paling tahu apa yang terbaik untukku? Kalau seluruh dunia bergabung untuk memberi kebaikan, they can't do it unless they have your permission to do so, vice versa.

Biadapnya aku, angkuhnya aku apabila membentak terhadap aturan Kau padaku. Yes. Aku usaha dan aku doa. Angkuhnya aku apabila merasakan aku berhak berjaya apabila berusaha. Aku berhak mendapatkan apa yang aku mahu.

Angkuhnya. Takabburnya.

Sedangkan aku hanya hamba. Dan Kau pencipta.

Sungguh aku malu. Meminta itu dan ini. Memberontak apabila keinginanku tidak kesampaian.

Sedangkan,
Aku lalai dalam menjaga hak Mu.

Aku merasakan berhak untuk berjaya, atas usahaku, bukan Rahmat dan pemberianMu,

Dan aku lupa. Sungguh aku lupa. Aku hanya hamba, yang sebenarnya hidup dan mati hanya untuk capai redhaMu.

And sungguh cantik bila Allah pujuk dalam surah fussilat. Bahawa Dia mampu menghidupkan semula apa-apa yang telah mati. Terima kasih Allah. Sungguh, indah hidup bertuhan.

So......

Dear anisah shamilah.
Have faith in Him.
Ihfazillah, yahfazuka.

Jagalah Allah, dan Allah akan menjagamu.

Stop worrying so much. Just dream, hope, work, pray and have faith.

Dia sebaik-baik pelindung.
Dia sebaik-baik penjaga.
Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita akan kembali.

“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24).

“Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”.



Posted via DraftCraft app

Permulaan

Permulaan sebuah perjalanan yang baru.

Medical Dept.
Hospital Kajang.

Dept paling heaven di kajang, as MO and specialist hampir kesemuanya baik-baik.
and of course, senior HO yang super duper cool.

Rintangannya?
Being the dumbest person in the ward.
And walking around, knowing nothing. Zero.

Perjalanan baru,
Maka masa untuk adaptasi diperlukan.

1-Apa peranan seorang Housemen?
Clerk cases? Present the important stuff ?
Prepare the investigations asked and carry out the plan given?
Endorse the medications, come out with a plan for simple cases.

2- Kenal siapa tuan rumah, siapa kawan.
Introduce yourself to all, especially Sisters, Specialist, MOs, HOs and Staffnurses.
Sometimes, bukan kita berlagak or nak menyombong diri, tapi sebab inferiority complex, rasa "do i belong here?" Yang membuatkan kita mendiamkan diri. Duduk tepi, diam. Tercegat macam orang kurang akal.

Tapi kena lawanlah perasaan tuh. Just be yourself and speak out. Lawan rasa rendah diri tuh. I'm here to learn. So anak murid kena cari guru, jangan tunggu cikgu approach. Sangat mudah kalau ada orang sudi tunjukkan dan ajar. Doakan mereka yang banyaaaaaaaak membantu.

3- Tanya, tanya, dan teruskan bertanya.
How foolish that questions may seem.

"Akak, camne nak ambil darah?"
" errm, boleh tunjuk cara masuk CBD? Barang-barang nak cari kat mana?"
"Labform nak isi macam mana? Bila Patient nak discharge, apa kena buat? Surat mana kena isi? Camne nak isi discharge summary? Siapa yang boleh sign MC?"
" borang U/S, borang echo? Borang jebatan kebajikan masyarakat?"
" refer dietitian? Refer physio?"
"Kak, apa beza bagi NPO 3L/min, venturi mask, high flow mask? Macammana kita nak tapered down? Tengok SpO2 je ke? Kena ambil ABG ke?"
"Branula memang boleh masuk mana2 vein ke?"
" macammana nak trace result kat lab?"
" apsal kita kena ambil Renal Profile? Liver fx test? Memang kena ulang hari-hari ke?"
" ranitidine bape dosage? Maxolon bagi OD ke BD ke? Augmentin bagi IV ke Tab? Syrup MMT? Syr lactulose? Kalau diarhea nak bagi apa? Dia ada pain, boleh bagi tramadol ke?"
" anemia workout tu apa? Septic workout ? Tb workout? Hematinic tuh apa? Kalimate guna untuk apa? Fast correct Potassium nak buat camne? Untuk siapa je kita kena buat?"
" ecg ni kenapa? Haziness kat Lower zone ke cxray ni?"
" ubat ni kita nak bagi berapa lama? Creatinine clearance nak kira macam mana?"
"Resp failure type 1 ke 2? Killips? Curb 65 ? NYHA score ? Child-pough? Gcs?"
"ROF ? LOA? LOC ? SNT ? AEBA? RTF? RBS ? FBL ? GTC ?"
" kenapa potassium de rendah? HCO2 de tinggi? Kenapa Platelate de low gila?"
"Pass over? CME? Family day? "
" Referral letter? Kena refer serdang? "
"Renal pouch +ve? access CNS fx de? "

Dan bila MOs or specialists tanya,
"Pakcik ni dah buat echo?"
" dan ada ct scan?"
"Kenapa kita cover dia dengan abx? Dah berapa hari?"
" apa diagnosis dia? Kenapa awak buat impression penyakit dia camni.

haaaa? Terbodoh dan terdiam.

Dalam hati, betul ke aku jaga patients ni. Apsal macam satu apa pon aku tak tahu? Am i a robot, just doing things without really understand why did they decide the plan like that?

And the list continues.......
Setiap hari adalah peluang belajar benda baru.
Menarik tapi serious tiring. Especially when terblur / terbodoh / terdiam depan bosses.

Kena marah pt, pernah rasa.
Kena perli dengan specialist, nangis depan patient? Done that already.

Tapi serious, bila ada geng yang best n understanding, semua jadi seronok.
Saling tolong bila dah settle kerja. Teamwork. Tolong trace results sekali, hantar blood to lab untuk satu wad, pasangkan branula pt HO lain. Buatkan discharge summary. Belanja makan. Nap sesama masa on call.

Fun. ^.^

Ada turun naiknya.
Ada best dan tak bestnya.
Hidup kan, tak seronok kalau statik.

Just enjoy your life.
It's a blessing from Allah.

Btw, 2 nikmat yang selalu dilupakan,
1- kesihatan.
2-masa lapang.

Dalam wad, secara kasarnya ada 2 group.
1-pesakit yang punya baaaaaaaanyaaaaaak masa lapang,
2- Dan Doctors yang punya kesihatan yang baik.

So, boleh mengeluh atas nikmat yang ditarik,
Atau bersyukur dengan nikmat yang masih ada.

Moga dengan kesyukuran, bertambah keberkatan.

Posted via DraftCraft app

Alam

"Jom, duduk-duduk tepi tasik dulu before buka. Tangkap gambar kat tepi masjid ni mesti cantik," ujar farah.

Ini kali terakhir aku keluar bersama mereka sebelum masing-masing balik ke kampung halaman. Cuti raya.

" JOM ! "

"Tenangnya tasikkkk......."

" cepat ambil gambar. "

"Ehhh..ada kucing....1st time saya nampak kucing dekat putrajaya."

Bermacam-macam dialog. Semuanya teruja berjalan bersama.

"Ok, sekarang akak bagi masa semua jalan-jalan. Tadabbur alam. Malam nanti akak tanya, atleast sorang kena ada 2 point," selamba aku memberi arahan.

Kulihat langit cerah, dihiasi awan. Matahari hampir menyembunyikan dirinya. Langit bagai kanvas, dilukis pelbagai warna yang indah. Air tasik itu sungguh menenangkan.

Damai.

Kupejam mata , menghayati keindahan alam anugerah Tuhan.

Matahari itu, timbul dan tenggelam tepat mengikut aturan-Nya.

Diselangi dengan bulan dan bintang yang kelihatan sungguh berdisiplin mencorak langit-Nya.

Pokok itu, tersusun rapi. Diatur kehidupannya sangat cantik. Ada masa sang bunganya kuncup, terpelihara, belum masa menyerlahkan serinya.

Dan di tempat lain, sang bunga mekar dengan jayanya, menarik perhatian sang pengunjung taman, dengan warna , rupa dan keharumannya.

Burung yang terbang itu, sayapnya dikoordinasi tepat, membenarkannya terbang tinggi, bagaikan tiada penghalang di ruangan udara.

Semuanya disusun rapi Allah. Semuanya dijaga Allah dengan penuh teliti. Tanpa pernah gagal.

Dan jika Allah boleh mengatur semuanya tepat, terperinci, dari sekecil pusingan elektron mengelilingi proton dalam satu atom, sehingga pusingan planet mengelilingi sang suria, mengapa aku perlu berasa takdir Allah itu salah. Bagaimana aku boleh merasa Allah tersilap mengatur perjalanan hidupku?

Mana mungkin aku mampu merasa kecewa dan marah dengan apa pun aturan-Nya?

Robbana maa kholaqta haaza bathila, subhanaka fakina azaabannaaar...

Allah, jangan Kau tinggalkan aku mengatur kehidupan sendiri, walau dalam sekelip mata. 

So real

They say that love never lasts
That love never lives to see another day
But what I know deep down inside
It’s what I feel and it’s so real
I gave it up all for You
And there ain’t nothing that I won’t do
All I know deep down inside
It’s what I feel and it’s so real with You!

Chorus:
Allah, everyday I’ll try to be as true as I can to You
‘Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

Yes everyday I’ll try to be as true as I can to You
‘Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

They say: “You’re out of your mind”
“Don’t you know that love fades away?”
They say: “It only brings you pain!”
But what I feel is so real!
I gave it up and turned to You
‘Cause I know what your love can do
O Allah open up our hearts
And make us feel how it’s so real with You

http://m.youtube.com/watch?v=Q4tpqX-Lr9s/a>s

Wahai yang membolak-balikkan hati,
Tetapkan hati kami pada deen Mu, pada mentaatiMu, dan pada jihad di jalan Mu.

Wahai yang berkuasa memegang hati,
Sehancur mana pun hati itu, kuyakin Kau mampu mengubatiNya.
Kau yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
Ajarkan aku hikmah, sabar dan redha.

aku yang lemah tanpa Mu,
Aku yang kuat hanya jika ada Mu.

Posted via DraftCraft app

Abah

Sepi.

Hanya lagu-lagu bermelodi indah mainan sang cengkerik kedengaran. Perlahan-lahan aku keluar dari kereta. Membuka gate yang telah dikunci.

Setelah parkir kereta, kelibat si dia muncul di depan pintu.

" Pergilah masuk. Abah kunci pagar, " dia berkata perlahan. Wajahnya keletihan. Pasti dia tertidur sementara menunggu anaknya ini pulang.

" terima kasih abah," dengan rasa bersalah, aku bersegera masuk ke bilik sambil mata melirik ke arah jam.

"Ah, lagi 5 minit sebelum bermula hari baru. Lambat lagi hari ini." Agak kesal.

"Terima kasih abah, faham situasi anak abah," hatiku bermonolog.

Beberapa jam sebelum itu.

" ummi suggestkan you all baca buku ni. Banyak yang dikupas penulis sebagai persediaan kita menghadapi Ramadhan. Antara tips nya,

1-SET OUR GOALS.
Kita selalu dengar, untuk berjaya, kena bayangkan kita sedang buat benda tu sampai dapat. Play positive movies in our mind. Contoh : masa belajar, bayangkan kita tengah pakai jubah konvo dan nama sedang dipanggil untuk dapat sijil kita. Bayangkan dengan terperinci. Berkali-kali. Barulah kita akan berusaha gapai impian kita.

Jika untuk kejayaan dunia, kita buat demikian, apatah lagi untuk kejayaan akhirat kita. Dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan inilah, kita nak usaha sehabis baik.

2- BETUL-BETUL BERSIHKAN HATI
Buat persediaan, banyakkan bertaubat. Supaya hati kita lebih suci. InsyaAllah, bila hati bersih, makin mudah untuk kita perbanyakkan ibadah kita.

"Yang lain, you all boleh baca sendiri dalam buku ni, atau buku-buku lain. " jelasnya sambil tangannya memegang buku "Indahnya Ramadhan di rumah kita".

Aku terpaku. Antara kagum dan malu. Kagum pada peribadinya yang sentiasa berusaha yang terbaik untuk kehidupan dunia akhiratnya. Dan malu dengan diri, yang lebih banyak beralasan dari beramal. Ah, untuk mula puasa sunat sahaja aku sudah berkali-kali gagal. Benar-benar memalukan.

Rakan usrahku berkongsi hadith 16. Wasiat yang cukup ringkas dan padat.

"Jangan marah. Jangan marah. Jangan marah".

" Apabila dikuasai kemarahan, tukar posisi, jika sedang berdiri, maka duduklah. Jika duduk, maka baringlah. Atau tinggalkan tempat tersebut. "

" Kemarahan itu datang dari syaitan. Yang berasal dari api. Maka lenyapkanlah ia dengan berwudhu'. "

" Orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal diri ketika sedang marah. "

" menakutkan kan manusia zaman sekarang. Kes dera , buli merata-rata. Kadang- kadang budak kecil yang tak faham apa-apa, dibelasah seteruk-teruknya. Yelah, sebab budak tu tak faham, maka orang tu jadi geram,"

" kita marah , selalu sebabnya tak kukuh. Handphone jammed, angin. Internet slow, fed up. Kereta susah nak start pagi-pagi, terus marah-marah. Jauh sangat dengan sebab Rasulullah s.a.w marah. "

" marahnya biar berasas. Jangan marah tanpa sebab. Dan jangan diam apabila kehormatan diri dan agama diperlekeh. "

"mohonlah selalu, Ya Allah, aku mohon kepadaMu , kata-kata kebenaran, ketika aku marah atau suka."

Fikiranku ligat memutarkan wayang gambarnya. Satu-persatu adegan ketika aku sedang marah , ditayangkan. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Selalu juga sejak akhir-akhir ini, marah dengan perkara-perkara kecil. Terkadang, satu soalan sudah boleh menyebabkan aku marah. Apa kena dengan aku?

"Uhuk!!uhuuuk!!, " batuknya mematikan lamunanku.

"Kasihan abah. Mesti tidurnya terganggu lagi malam ini. Moga abah dipelihara Allah selalu."

Sambung.....






Posted via DraftCraft app

Tanpa pertemuan

It's amazing, subhanallah.

Bagaimana Allah boleh buka hati seseorang untuk lebih hampir kepada Dia, dengan kehadiran seseorang sebagai trigger.

Sama ada gurunya, rakannya, saudaranya, naqibahnya, ahli usrahnya, atau hanya seseorang yang ditemuinya seminit cuma.

Dan ada yang lebih mengagumkan.

Tanpa pertemuan, masih lagi Allah berupaya membawa hati manusia itu dekat pada Dia berasbabkan manusia yang lain.

Berbelit sungguh bahasa. :P

Of course. Sudah pasti contoh paling baik adalah apabila seseorang kembali pada Allah setelah menyelusuri jalan perjuangan baginda rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Namun terkadang, ada cerita-cerita manusia biasa yang menyentuh hati.

------------------------

Mendengar cerita tentang dia yang suka berjalan, sambil tadabbur alam dan menyumbat telinga dengan pelbagai recording, teringat kenangan-kenangan di Mesir.

Peristiwa akhawat tergelak seorang diri ketika berjalan atau makan itu perkara biasa. Manakan tidak, jika si penyampai suka buat lawak. Kadang-kadang terangguk-angguk mengiakan kata-kata penyampai.

Tanpa mp3, perjalanan ke liqa' terasa hambar dan membuang masa. Apatah lagi bila jadualnya sendat dan padat dengan pelbagai perkara yang perlu dicapai.

Kenapa kenangan hanya perlu jadi kenangan? si dia tersenyum.
Maka ditakdirkanlah wujudnya seorang manusia yang leka dengan recording sambil berjalan-jalan di bandaraya. Kejap tergelak, kejap tersentak.

----------------------

Kesimpulan?

Bukalah hati sentiasa. Cari gali hikmahnya.
Jadilah pemilik jiwa yang besar.
Ambil kebaikan dari sesiapa. Setua atau semuda mana pun dia.

dan aku?
Moga aku juga menjadi asbab / penyebab , sampainya hidayah Allah kepada makhluk ciptaanNya.

Posted via DraftCraft app

Baginda.

Katanya :

" tanda benarnya seseorang itu mengikut Rasulullah s.a.w ialah dia dipakaikan padanya baju besi dan topi besi Baginda, disandangkan padanya pedang baginda, dikurniakan kepadanya adab, sifat, dan akhlak baginda, dipakaikan padanya persalinan baginda dan dia sangat gembira.

Betapa tidak, kerana dia telah menjadi umat Baginda s.a.w.? Kerana itu, dia bersyukur kepada Tuhannya. Kemudian Allah s.w.t melantiknya sebagai pengganti kepada Nabi s.a.w dikalangan umatnya. Dia menjadi penunjuk dan daie membimbing mereka kepada Allah s.w.t "

Abdul kadir al-Kailani / Jailani.
Muntalaq, Bab 7.

Posted via DraftCraft app

Do you believe?


We've our liqa' usrah yesterday.

1- my naqibah's belief : semua daie kena ada 3 benda ni.
A- usrah sendiri
B- bawa usrah
C- aktivisma.

Kalau tidak, daie tersebut akan selesa dalam dunia sendiri. Tiada peningkatan malah kemungkinan untuk terus merudum sangat tinggi. dan melihat kesibukan beliau, tiada siapa yang mampu mengatakan apa-apa. Dia benar qudwah yang baik. Sentiasa cuba menyeimbangkan keluarga, D&T , dan kerjayanya.

2- berbincang tentang surah al-mudassir , banyak menampar-nampar hati yang sedang melalut.

Terdapat banyak kisah, namun kisah walid- al mughirah sangat mengesankan.

Seorang lelaki yang mengakui kebenaran rasulullah s.a.w dan Al-quran, namun atas helah abu jahal, menjadikan dia penentang kepada dakwah rasul. Malah berkerut-kerut masam wajahnya, termenung memikirkan bagaimana mahu mengeluarkan kenyataan menentang nabi. Sehingga akhirnya, membuat konklusi,

"Nah, ayat itu kumpulan kata-kata sihir!"

Berani sungguh dia! Menentang sesuatu yang diketahui benar!

Sehingga celaan demi celaan dicatatkan Allah untuk lelaki itu, dan mereka yang berperangai sepertinya.

Ini benar-benar lawak yang memalukan. Dan lawak ini akan kekal sehingga qiamat, kerana telah diabadikan Allah dalam Kalam-Nya, agar manusia lain belajar dari peristiwa itu.
-------------

Dan bagaimana kita?

Benar-benarkah kita memperjuangkan kebenaran yang kita imani?
Fikrah yang terpasak dalam diri?

Keimanan akan melahirkan amal. Maka sudah bersungguhkah kita dalam amal kita?

---------------------

3- Allah memberi pilihan. Dan Allah menceritakan akibat-akibat atas pilihan yang dibuat.

Beriman? Maka syurga dan kemuliaan untukmu.

Kufur ? Maka neraka dan kehinaan disediakan untukmu.

Terserah kamu membuat pilihan.

Awas! Jika kamu kufur, setinggi mana penyesalan kamu, itu bakal menjadi seksaan juga untuk kamu. Pengakuan dan penyesalan ketika itu, seikhlas dan seluhur manapun, tidak akan selama-lamanya mampu membawa kamu keluar dari azab neraka itu.

4- Allah itu ahluttaqwa dan ahlul maghfirah.

Yang selayaknya menerima ketaqwaan hamba, (bagi yang bertaqwa)

Dan yang selayaknya memberi keampunan ( bagi si pendosa yang bertaubat )

It's deeeeeeeeep. T_T
Setelah memberi penjelasan, Allah membuka peluang untuk mereka yang ingin mengambil pengajaran.

It's like :

Senario 1: oh , kamu beriman, maka Allah yang selayaknya menerima membalas keimanan kamu.

Senario 2: oh, kamu ingkar sebelum ni. Tapi kamu nak bertaubat dan ambil pengajaran. Baguslah, takpe. Allah je yang layak dan mampu beri keampunan pada kamu. Jom taubat pada Dia.

5- berbual-bual dengan usrahmates tentang perancangan-perancangan amal mereka.
Terdiam sekejap. Huuuuu~ T_T benarlah, setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Dan sangat harmoni, sinergi dan bahagia, bila kelebihan itu disusun sesuai pada medannya.

6- jom gerak wahai pemuda. Yang punyai cita-cita yang tinggi, keazaman yang kuat, semangat yang padu, dan akal yang tajam! Yang memikirkan tentang ummah lebih dari memikirkan tentang dirinya sendiri.


Posted via DraftCraft app

Terikat

Abah : anisah, anisah terikat dengan mana-mana jemaah ke?

Me : ermm, tak. Tapi anisah skarang selesa dengan usrah ikram. Nak menyumbang pon, rasa selesa di situ.

Abah : ok..tapi abah tak suka anisah terikat. Abah dah bagi nama dan no. Anisah dekat ******, ada dorang contact?

Me : ok..takde pulak sesiapa contact.

The art of living in family with different wadah perjuangan.
Hormati, hargai, terbuka.

- Sometimes teman abah pergi program dia. An eye opener gak kebanyakannya.
- Setiap kali pergi program, bagitahu abah, cerita betul-betul, jangan selindung-selindung. Abah open je tapi Sekali rosak kepercayaan, memang susah nak dapat balik.
- make sure you don't leave your family behind. Dah 2 minggu sibuk dengan program sana-sini, kenalah duduk berbakti dengan ahli keluarga juga.
- program memang akan sentiasa ada. Pandai pilih dan susun jaduallah. Tak perlu kejar semua sampai tinggal mak abah.
- they are getting older. They want to spend time with you too.
-kalau ada bercanggah pendapat, bincangi, tapi orang muda tetap kena hormat orang tua.

-------------------------------

Sabtu , ahad lepas program kat KL, sebelah jalan je dengan office abah. Setengah jam kalau tak jammed. Berkali ganda lambat kalau jammed. Bawa kereta 3 hari je dah rasa mengah.
Bergenang air mata, abah dari aku tak lahir lagi dah kerja situ. And i can still remember. Bila abah balik je, semua beratur depan pintu. Salam abah, cuba angkat beg abah. :D

Bila abah belikan tabung dulu lagi best..... Semua beratur depan pintu, hulur tabung dekat abah. Dah confuse siapa yang menabung sebenarnya..haha.

------------------------------

Jaga anak-anak buah sekejap-sekejap bila dorang kat sini. Menangis dalam hati. Macammana mak boleh sabar dengan kami-kami dahulu. Dahla yang sorang ni tak macam akak dia. Nakal bukan main. Tak suka pergi sekolah. kuat ponteng solat. Once waktu darjah 5, tiba-tiba Allah bagi ilham.

"Sampai bila aku nak ponteng solat ni? Apa aku dapat dengan ponteng solat?"

Tup..tup...terus tak malas dah solat. alhamdulillah

Kuat ponteng ngaji. Bila nak khatam alquran dekat sekolah darjah 6, baru terkial-kial bawa alquran ke sana-sini sebab nak khatamkan. Waktu form 4, Allah beri ilham, aku baca alquran, tapi tak faham. So minta alil belikan alquran terjemahan. Ingat lagi alil belikan warna coklat.

---------------------

Abah expect anak dia jadi profesional dalam bidang yang diceburi, be the best in your field, dan hope that anak dia pandai jaga family. Which is a very tough job.

I don't really care about others' expectations, but abah & mak.....fuuuuuuhhh.
Ada gak budak kena major depression kalau buat mak abah kecewa.

-------------------

I've done enough big sins. Tak nak dah. Jomla menagih keampunan Allah. Orang lain tak nak maafkan dan terima, takpelah. Jangan Allah yang murka.

redha Allah ada dengan redha mak abah pun. Bukan orang lain.
Enough with your bebelan. Jom. Stop worrying. Start living.

Posted via DraftCraft app

Can i?

Close your eyes and imagine.


All the hardwork.
All the sacrifices.

-----------------------

Mata dipejam erat.

Yang muncul muka abah, dan segala kesusahannya.
Kepayahan dan pengorbanannya.
Harapan dan impiannya.

mata ditutup rapat.

Yang hadir wajah emak.
Dengan setiap doanya,
Dan keterbukaannya.

-------------------------

Pasrah.

Tak sanggup hati kedua-dua itu terluka kerana ku.

-------------------------

Namun,
Mampukah aku?

-------------------------

Can i?

Posted via DraftCraft app

Hakikat

"mereka yang keruh nurani, Selalu melihat dengan angan-angan panjang.
Seakan kematian hanya berlaku kepada orang lain.

Orang-orang seperti itu harus kerap diajak menurunkan jenazah ke liang lahad,
Melepas kerabat di akhir nafas,
Atau berbiduk di lautan dengan gelombang yang ganas.

Bila tak mempan, takbirkan 4 kali bagi kematian hati nuraninya."

Petik dari Warisan sang Murabbi, K.H Rahmat Abdullah
----------------

" mereka yang tak pernah lupa hakikat hidup yang hanya sekali, tak pernah ragu untuk memilih keabadian di sisi-Nya,

Dan terus menggaung suara kebenaran yang diyakininya.

Beribu-ribu pengecut yang keluar rumah mereka dengan perasaan takut mati,
Yang membuat langkah menjadi berat dan gambar hari esok hanya berwarna hitam kelam,

Allah katakan, Matilah kamu. Mereka telah mati jauh sebelum malaikat maut menjemput."

Petik dari Warisan Sang Murabbi, KH Rahmat Abdullah.
----------------

Cukup-cukuplah berfikir hanya untuk kepentingan diri, sedangkan peranan untuk keluarga, masyarakat dan ummah itu cukup besar sekali.

Proses pentarbiyahan bukan sekadar usrah mingguan, daurah bulanan, namun segala aspek kehidupan perlu dipandang dengan pandangan hati yang beriman. Mendidik dan terus mendidik diri. Kerana kita tahu, kehidupan adalah proses pentarbiyahan langsung dari Yang Maha Berkuasa.

Adoi, kabur sungguh "kaca mata", kena tambah power dan gilap biar jelas selalu.

Posted via DraftCraft app

A..b...c..d....

Aaaaaaa!!!!!

Rasa macam.......mehhhhh...

Ok..
1- i haven't got my transcript yet. So i can't apply for job. And with the riots out there, i don't think it's gonna be easy getting it soon. ( nak nangis boleh tak?)

2-"it's ok..surely, ada hikmahnya.."
Alhamdulillah..i can digest that words quite well.. But when my friends keep asking about borang MMC, KKM, posting pictures before and after interview etc... I can't say i'm not disturb. but well, it's not their fault, i'm the one being sensitive out of nowhere.

I'm not married yet....and i can't apply for the job...it's like "what am i doing right now?" *banging head on the wall* -.-" macamla dua benda tu jer yang penting..oh anisah..please grow up.. :D

3- Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Sebelum ni selalu cakap tak nak kerja as a doctor IF i have kids etc..so i guess sekarang Allah bagi peluang rasa hidup bersama budak-budak. Bagi masa belajar something yang bukan medical. Belajar tentang hidup. Belajar tentang banyak benda lain. Tengok each of my siblings' family..their ups and downs...i really do learn a lot.

Dan Alhamdulillah, Allah beri masa untuk duduk dengan abang-abang dan kakak-kakak ipar secara personal. Borak- borak dan get to know each other well.. Haha..this is what happen when you have a looot of siblings. Dorang kat asrama, kat uni, awak kecik lagi.. Dorang dah habis, awk gi oversea pulak. Lepas tu, awak balik. Dorang dah kahwin bagai. Bila lah sempat nak kenal betul-betul semua orang.

4- once, i believe that i'm the only lone ranger in the family, but it turns out to be wrong. Rupanya ada yang camtu gak. Yerla, 8 orang kalau beza jarak-jarak takpe. Ni beza dekat-dekat. Rumah takde maid. Abah busy cari nafkah. Anak-anak lasak-lasak. Manalah sempat mak nak belai sorang-sorang. Jangan harapla nak bedtime story, hugs and kisses ke mende. Bab main dengan lasaknya di bawah pantauan abang-abang tuh banyakla... Adoi merepek-repek.

5- since UPSR, I struggled a lot to get my parents' attention and trust (that's explained the 5A, 9A and 12A1). Big competition with high benchmark. :P haha..

but now, i've learn more about what family should be. It's not a competition.. It's the last thing you want to have in a family. Your family should be your 1st support system. And if it's missing, you've to initiate it. My family, the " i love you " , "saya sayang akak" might be awkward. The perli-perli, geram-geram thing is a better way to say "we are ok". And deep down, we know we can rely on each other. :)

Everyone have their own struggle..so all the best with yours. ;) May Allah's blessing be with us all the time. Ameen

Posted via DraftCraft app

Cerita mereka

Kujumpai dia,
Ramah menyapa,
memberi senyuman terbaik,
lalu dia memulakan penceritaannya

Lihatlah adik, perhatikanlah,
Ambil masamu, dan berkenalanlah,

Lalu pilihlah adik, pilihlah,
Yang mana berkenan di hatimu,
InsyaAllah, di manapun kamu berada,
Kita punya perjuangan yang sama.

Akak selesa di sini,
Lalu akan bermujahadah di sini.

Jujur kata-katanya,
Moga terus engkau kuat di situ,
Meminjam kekuatan Ilahi, lalu ditebarkan ke bumi,
Jadilah engkau srikandi Bulan sabit itu.

----------------------------

Kududuk di situ,
Menunggu ketibaan seorang ibu,
Juga seorang isteri,
Yang terkenal di seluruh Malaysia,
Dengan kesabaran dan kekentalannya.

Sambil itu, kuberbual dengan seorang isteri,
Dan juga seorang ibu,
Yang kini berjauhan dengan keluarganya,
Atas dasar, dirinya sudah diinfakkan untuk Allah dan perjuangan.

Tenang mukanya, lembut senyumannya,
Berhikmah kata-katanya,
Mana mungkin tidak,
Dia sudah lama mengutip pengalaman di bumi ini.

Buat pilihanmu dik,
Jangan terlalu cepat,
Kau akan patah di tengah jalan.

Beransur-ansurlah,
Perlahan-lahanlah.

Lalu si ibu bercerita tentang perjalanan hidupnya,
Dari seorang mahasiswi, kepada suri rumah yang aktif dengan perjuangannya,
Dari belum berkahwin, sehingga beranak 3,
Diceritakan hikmah-hikmah kehidupannya.

Jangan lupa istikharah.....
Jangan pertikai rezeki Allah...
Jangan biarkan dunia membuatmu lelah....

tenang dia,
Bersahaja....

Moga ibu sentiasa melangkah laju,
Membina muslimat-muslimat berperibadi mulia,
Nisa' yang terbaik di alam fana',
Bidadari-bidadari dunia.

--------------------

Malam itu,
Kulawan kemalasan.
Melangkah ke surau.
Mendengar penceritaan sang pekerja.

Seorang guru,
Yang tidak tahan dengan gejala sosial yang berleluasa,
Memilih untuk bekerja sepenuh masa,
Menjadi pendakwah dan pembela mangsa,

Satu persatu diambilnya,
Dibelainya, diselamatkan dari pemangsa-pemangsa.

Dijual ayah yang berjudi,
Didera keluarga kerana kembali kepada islam,
Penagih seks yang ingin bertaubat.

Adik, sehari akak terima 9 panggilan,
Kisah mengandung anak luar nikah.

Di situ dengan dadahnya,
Di sini dengan seks liarnya.

Ku terdiam mendengar.

---------------------

Lalu aku,
Apa cerita yang boleh kukongsikan?

Posted via DraftCraft app

Satu nafas


Pernah ketika, hati merasa manisnya cinta,
Sepertinya diri sudah di tetaman syurga,
Tak terkesah beribu bencana,
Tak terkesan berjuta derita,
Yang penting, dia ada.

Dan ada juga ketika,
Hatinya remuk ,
Kekecewaan dan derita meresap ke setiap zarah,
Sehingga bernafas pun terasa payah,
Air matanya menjadi terlalu murah.

Pernah satu ketika,
Kesedihan itu lebih aku dambai dari kebahagiaan,
Tangisan itu lebih menenangkan berbanding senyuman.

Tertanya-tanya,
Allah, masih mampukan aku tersenyum,
Senyuman yang bukan semata menutupi kedukaan?

Hati itu terus belajar,
Kala suka, kala duka,
itu semua aturan-Nya,
Dan Dia....Dia tak pernah tersilap mengatur rencana,
Takkan pernah terleka menjaga hamba-Nya.

Terima kasih,
kepada peribadi yang pernah menyinggah dalam hidup.
Yang mengajar bahawa hati ini bisa menyintai,
Dan yang juga memberi sedar,
Hati ini bisa berkecai menjadi serpihan-serpihan yang tajam dan melukakan.

Nah, kita bukan budak kecil,
Yang menyimpan dendam atau membiarkan diri terus dan terus dibaluti kesedihan.

Hati itu bisa jadi seperti besi,
Semakin panas api yang membakarnya,
Semakin kental ketukan-ketukan yang membentuknya,
Semakin kukuh ia, semakin tajam potongannya.

Mungkin juga seperti ulat beluncas yang boroi dan menggelikan,
Saat dia usai bermujahadah di dalam kepompongnya,
Dia lahir menjadi rama-rama yang memukau pandangan,
Memenuhi tujuan penciptaannya.

Kita budak yang semakin hari semakin belajar,
Untuk merangkah, bertatih, berjalan dan berlari,
Walau tersembam, walau terkadang mundur ke belakang,
Kita cuba untuk terus ke hadapan,
Mengejar satu kematian,
Mencorak sebuah kehidupan.

#whatdoesntkillyoumakeyoustronger
#hikmahituperludigali

Posted via DraftCraft app

Repekan

Antara perkara paling menyesal tak sempat buat before balik malaysia adalah :

1- jumpa dan sembang dengan all the doctors.
2- jumpa dan sembang dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang kerja kat uni especially
A) makcik yang jaga surau dan anaknya eya,
B) ummu buss yang dulu jaga toilet bawah MEDC but now jaga toilet mudarraj ب
C)) madam dept 19,
D) makcik jaga toilet mudarraj أ....ummu yusuf ke namanya?
F ) pakcik sammy dan pakcik lagi 2-3 orang yang setia jaga kebersihan dan keselamatan MEDC.

3- lepak-lepak di masjid amru macam masa dolu-dolu.

Tapi......
Dah dapat tolong abah jaga mak dan abang masa travel, itu pon cukup membahagiakan.

=)

Posted via DraftCraft app

Kaca mata

Antara rutin harian adalah operasi cari kaca mata.
Dan itu soalan paling banyak kali ditanya kepada sesiapa yang serumah.

Tempat paling rare?
Dalam peti sejuk.
Setelah ia jatuh dari atas peti seju, ketika pintu dibuka.

-.-"

Somehow,
I guess my " kaca mata " melihat dunia juga selalu kabur dan kotor.
Calar - balar, atau hilang begitu sahaja. Lagi-lagi bila ada di rumah.
My ambivalent mode masih belum di peringkat stabil.

*sigh*

Yang membahagiakan itu bukan manusia, tetapi Allah.

Di kala senang atau susah, sebut nama Allah.

Cuba memberi, bukan asyik meminta.

Benarkah, benarkah, benarkah paksi yang kita pegang, landasannya Alquran & sunnah ?

-----------------

Menjadi yang terbaik. Itu bukan mudah.
Moga di saat perlu memilih prioriti di mana,
Kita diberi petunjuk memilih yang terbaik.

= )

Posted via DraftCraft app

Unconditional

In an attempt to become the-anak-solehah,
I've become the bad one.

Mencintai, bukan minta dicintai,
Menghargai, bukan pinta dihargai,
Memberi, bukan minta diberi.

Still learning.....
Moga mereka bersabar dengan aku.

Posted via DraftCraft app
Sometimes......

Rasa penat sangat.

Macam tenaga dah disedut keluar sehabisnya.

Akal serabut. Kerja tak ke mana sangat.

-----------------

Just believe in Him and a better day.

-----------------

Saat bahagia.

Sebelum balik malaysia, dah plan.

Susun jadual baca buku.
Kat malaysia sebulan, tapi 2 minggu je jalan, yang lain kena study.

Sampai malaysia......... Tet....tet.....tet.....
Sungguh godaan itu datang dari pelbagai arah.
Bak kata ayu,

" basuh kura-kura pun lagi seronok daripada baca buku."

lagi-lagi bila ada adorable kids around yang boleh je nak gi main dengan mereka bila-bila masa.( adakah semua perempuan memang suka budak-budak, atau aku memang terlebih sikit perangai suka main? Hmmm. )

Dan cuti sebulan, tiba-tiba ditakdirkan jadi 2 bulan.
T_________T haruuuu.....

-----------

Berkaratnya masa sampai sini,
Memang tak payah cakapla.

Booster terbaik waktu tuh adalah pergi kelas Dr HK yang last. Bila tengok badr, abdurrahman etc jawab soalan macam sebut nama sendiri, dan kita terkulat-kulat kat situ seperti hari pertama sekolah. Hati banjir, bertakung air mata.

-------------

Plan disusun. Ini tak boleh jadi.

Rasa lemah tuh memang memuncaklah kan.
Sempat ke tinggal lebih kurang 2 bulan je nak cover semua.

Dan di ketika itu, aku membayangkan hari exam.

1- Aku tak mahu pergi exam berdebar tahap maut.
2- Aku tak mahu jadi orang terakhir masuk dewan exam.
3- Aku nak senyum, jumpa dan greet orang di hari exam.
4- Aku nak jadikan hari exam, hari yang dinanti-nantikan dan saat membahagiakan..

Dan aku kena kerja keras, sebab hari exam tuh confirm akan datang. Nak putus asa sekarang dan menyesal nanti,

Atau nak usaha dari sekarang, dan percaya kuasa Allah memberi.

-----------

Googled cara boleh belajar lama tanpa berasap. Antara yang diamalkan.

1- baca 25 minit, rehat 5 minit. Pomodoro style.
2- penat, blank. Rehat / mandi /lepak baca alquran
3- nap tengah hari. 17 minit pon cukup da.
4- control makan, jangan banyak sangat. Nanti ngantuk.
5- buang benda-benda yang addicted. Ada 3 games yang terpaksa dibuang. (Sungguh pelik. Aku bukan peminat games tapi boleh addict lak masa exam.)
6- Mind- mapping / stick notes / buat cerita / bayang situasi sebenar.
7- sediakan collage gambar-gambar family / sumber inspirasi , time 5 minit rehat tuh tatap balik.bayangkan kegembiraan dan suka duka bersama mereka.
8- set target harian, sama ada jam / berapa puluh helai sehari. Susun jadual harian.
9- be myself / accept my strength and weaknesses.
10- doa tuh of course la kan. Kita bukan tuhan.

-----------

Memang doa dan tawakal itu sangat superb.

" kalau Allah nak jadikan neuron bercambah dengan laju, dan kekal selamanya, Allah boleh buat. "
" kalau Allah nak jadikan neurotransmitters tak pernah depleted, Allah boleh buat. "
" kalau Allah nak hilangkan sekelip mata pun, takde halla ( na'uzu billahi min zalik ) "

Senang cerita, apa yang kau dan aku rasa mustahil, semua kacang je Allah nak buat. Dan Allah sendiri berfirman mafhumnya,

"Aku adalah pada sangkaan hamba-Ku "

Fullstop.

-------------------

Permainan emosi memang permainan semua orang kot time exam.

Air mata itu kawan.
Ada yang stress exam.
Ada yang stress sebab benda lain, exaggerated by stress exam.
Yerla, semua orang masuk gua lah kan? Macam-macamla fikirnya.

=)
Air mata bukan tanda lemah.
Aku masuk gua ke? Tak. Rasa maca tumbuhan lak, susah nak hidup kalau tak dapat angin segar, cahaya matahari. :D
-----------

Maka saat - saat berbahagia itu datang dan berlalu, diselangi dengan kebahagiaan-kebahagiaan lain.

----------

Rasanya pasni kena buat camtu juga.

1- Aku nak mati dalam keadaan bersedia, redha dan diredhai.
2- Aku nak bina family dalam keadaan bersedia, redha dan bahagia
3- Aku nak kerja ( whatever job it might be. Doctor ke, pensyarah ke, buka nursery ke, housewife ke, full-timer buat kerja DnT ke ) dalam keadaan bersedia, bahagia, redha dan diredhai.

Hakikatnya, kita memang boleh plan dan usaha (termasuk tawakal, doa etc) sebaik mungkin je. Apa Allah nak beri, itu hak Allah sebagai pemilik kita.

--------------

Bahagia itu bukan ketika kaya, dan bukan juga ketika miskin.
Bahagia itu bukan ketika sudah berkahwin, dan bukan juga ketika masih bujang.
Bahagia itu bukan ketika sesudah exam, atau sebelum exam.
Bahagia itu bukan ketika tiada masalah, atau ketika penuh masalah.

Bahagia itu perasaan yang tak perlu dikaitkan dengan apa-apa. Anugerah Allah.
Dan kesedihan juga anugerah Allah.

-----------

The grass is always greener on the other side.
Memang kita selalu nampak orang lain lagi fortunate dari kita.
Senyum.

-----------

Eh, exam tinggal 10 hari je lagi? .....

=)

7 syurga

Kumandang cinta bergema hingga ke hati

Lafaz-lafaz asmara memanggil jiwa yang rapuh

Rapuhnya aku Kau maha tahu

Pagi siang malam dunia yang kutuju

Saat kujatuh baru kusadar Kau lah segalanya

Reff:

Tuhan kuangkat kedua tanganku

Sudikah Engkau menerima cintaku

Berdarah-darah akan kutempuh

Menggapai tarikat cintaMu

Tujuh surga pun aku tak pantas

Menerima diri yang bersimbah dosa

Kuharap cinta dan ampunanMu

Setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta

-edcoustic-