Rumah terbakar panggil bomba


بسم ألله الرحمن الرحيم .

Hari Rabu.
Lepas maghrib, kami bertiga (saya , amal dan teha ) plan bermalam di LS (rumah nusaibah, chep, amanina dan iylia). Kepenatan lepas revision ECG n X-Ray sampai asar, mahu bersosial di rumah mereka.

Lepas solat isya' , atiqah call.

"Kak milah! Rumah kita terbakar! Api dari bilik kak amal!"

Ah, sudahhhh...pecut lari balik. Nampak api jatuh-jatuh dari tingkap bilik amal. Bomba dah sampai. Orang dah penuh kat bawah.

Cari tiqa dan huda. Alhamdulillah. Semua selamat.


------------

Alhamdulillah...thumma Alhamdulillah... Thumma Alhamdulillah.

Hikmah terlalu banyak.
Pengajaran terlalu besar.

Just wanna conteng-conteng sikit. Untuk Legakan kepala yang sendat dengan pelbagai perkara.

1- What define us?

¥ kalau barangan, aset kita semata yang memberi nilai pada diri kita, maka bilamana Allah ambil semula pinjaman itu, maka hilanglah nilai kita.

¥ jika kawan - kawan dan keluarga semata yang memberi nilai pada diri kita, hilang mereka, hilang juga kita.

¥ Allahu Allah. Itu belum lagi bila Allah tarik personaliti kita. Peribadi kita. Schizophrenia. Dementia. Amnesia. Dan segala macam penyakit, mudah sahaja Allah ingin timpakan jika Dia mahu. Mudah sahaja Dia mahu tarik semula sifat peribadi kita, dan jadikan kita manusia yang jauh berbeza.

¥ Sungguh tiada apa-apa pun yang kekal. Sungguh Inna lillahi wa Inna Ilaihi Roji'un.

¥ Yang pastinya, yang paling kehilangan, adalah mereka yang kehilangan nikmat bertuhan dalam hidupnya. Nikmat punyai Allah sebagai Pemilik, Penguasa, adalah nikmat yang tidak terhingga.

--------------

2- cik " gajah" telefon. Berkongsi ibrah.

"Perasaan cukup itu, hanya Allah yang mampu bagi"

¥ Kita mungkin hilang semua benda, tapi Allah boleh datang perasaan syukur dan cukup itu dengan izin Dia.

¥ Kita mungkin tak kehilangan apa-apa pun, malah penuh dengan nikmat dan kesenangan dunia, namun perasaan cukup dan syukur itu jarang-jarang menyinggah hati kita.

¥ Qana'ah itu anugerah Allah yang tiada terhingga.

----------------

3- Terngiang-ngiang kata-kata kak Hanim.

Allah uji setiap manusia pada titik kelemahannya. Kriteria sebuah ujian, tidak terlalu mudah, sehingga tidak rasa diuji. Dan tidak juga terlalu payah sehingga tidak dapat diatasi.

¥ kenapa diuji? Antaranya,
- Untuk membezakan mereka yang beriman dan munafiq.
- Untuk menghapuskan dosa hamba dan mengangkat darjat hamba.
Etc.

Allah, mentarbiyah manusia, cukup sesuai dan spesifik mengikut kekuatan dan kelemahan hamba- Nya.

¥ Mungkin kecelakaan menimpa kerana banyaknya dosa, atau kerana ingin mengangkat darjat hamba-Nya. Hanya Allah yang benar-benar tahu. Tugas hamba ,bersangka baik, muhasabah dan memperbaiki diri sebaiknya.

------------

3- Masa lalu, hari ini dan masa akan datang.

¥ Hari ini.
- Ada yang Allah jadikan harinya hari ini bermula dengan semalam yang indah, penuh kenikmatan. Maka hari ini, dia perlu berusaha menjadi dirinya yang lebih gemilang dari semalam.

- Ada juga, yang Allah jadikan, hari ini bermula dengan semalam yang kosong. Tiada apa. Hangus semua. Maka hari ini, dia perlu memulakan langkah yang baru. Dan berusaha menjadi dirinya yang lebih gemilang dari semalam.

- Ada juga, yang Allah jadikan, hari ini bermula dengan semalam yang lebih banyak hitam dari putihnya. Bebanan kotoran dan debu-debu semalam memenuhi harinya hari ini. Maka hari ini, dia perlu membersihkan kotoran dan asap debu semalam. Dan berusaha menjadi dirinya yang lebih gemilang dari semalam.

Hari esok? Hanya Allah yang tahu. Apakah masih ada esok untuk kita.
Maka, berusahalah menjadi diri kita yang paling gemilang hari ini. Gemilang di sisi Allah, tidak semestinya pada pandangan manusia.

-------------

Allah susun semuanya cantik.
Allah atur semuanya indah.

Jazakumullahu kheyrul jazaa'.
¥ Untuk abah, mak, dan ahli keluarga yang cool, tidak panik dan percaya pada saya.
¥ Untuk housemates yang sentiasa kuat dan menjadi support system yang baik.
¥ Untuk atiqah yang menyelesaikan banyak benda, agar kakak-kakak rumahnya boleh belajar untuk exam lusa.
¥Untuk cik zikril , ustaz farid dan semua pegawai yang membantu dalam urusan-urusan berkaitan kebakaran.
¥ Untuk ahli beyt LS , yang sedia menjadikan kami housemates mereka sehingga tamat peperiksaan, dan melayan karenah kami dengan penuh kesabaran.
¥ Untuk akhawat sebatch yang sanggup mengorbankan masa study, datang ziarah dengan pelbagai bentuk sumbangan, wang ringgit, harta benda, doa , sokongan moral dan kasih sayang.
¥ Untuk Dr Heba , yang sangat-sangat prihatin, memberi sumbangan dan menenangkan kami.
¥ Untuk adik-adik junior, yang tolong membersihkan ayyash dan pack barang-barang kami, memberi ruang untuk kami fokus pada pelajaran dan peperiksaan.
¥ Untuk ikhwah akhawat dari seluruh pelosok dunia, yang mengirimkan sumbangan, doa dan sokongan.
¥ Untuk semua yang terlintas di hatinya sebarang bentuk empathy , sympathy dan doa-doa.

----------

Pasca kebakaran.

Semoga kekuatan itu ada pada awalnya, tengahnya, dan hingga ke akhirnya.

Semoga Allah memberi kelapangan , ketenangan, kemurahan rezeki, kebahagiaan hidup dan Rahmat-Nya di dunia dan akhirat bagi mereka yang secara aktif menolong kami mengemaskan rumah "Ayyash" dan segala harta benda yang masih ada di sana. Sangat-sangat banyak membantu ketika perlu berusaha untuk exam-exam seterusnya.

Walaupun fizikal "Ayyash" sudah terbakar, moga semangat, pengalaman dan pengajaran dari "Ayyash" terus membara.

Doakan kami ,dan pelajar tahun akhir yang lain, kheyr semuanya dalam siri-siri exam sehingga akhir bulan 1 ini.

No comments: