You have to love it 1st.


1- "Kalau tak cinta, tak akan ada pengorbanan."

itu pesan ust anuar dalam kuliah subuhnya pagi ini.

bagaimana kerana cinta, peminat bola sanggup stay-up di awal pagi semata-mata ingin menyaksikan pasukan kegemarannya berentap. walaupun jadualnya esok penuh dengan kelas-kelas kuliah, penuh dengan kerja bertimbun, penuh dengan segala jenis meeting.

kalau tak kerana suka, sang peminat pancing tidak akan mampu bertahan berjam-jam, menunggu umpannya dimakan ikan.

disebabkan minat mendalam, peminat-peminat photography sanggup mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit untuk cameranya beserta accessoriesnya.

begitulah manusia bila dirasuk cinta~

ustaz bercerita tentang rasulullah s.a.w yang bengkak kakinya solat, kerana cintanya pada ibadah, kepada Allah.

tentang sahabat yang dipanah berkali-kali ketika solat sewaktu sedang hirasah (berjaga untuk mengawal keselamatan) , namun tetap ingin meneruskan solatnya. sahabat tersebut hanya menghentikan solatnya untuk memberi amaran kepada rakan yang sedang berjaga sama. beliau takut kalau meneruskan solat tersebut, beliau akan mati kerana kehilangan darah yang banyak, tanpa sempat memberi amaran tentang serangan tersebut.

2- Kita ada kekuatan luarbiasa.

jangan pernah memberi alasan kita lemah, tak mampu.

kita punya kekuatan. cuma kebiasaannya kita menyalurkannya untuk kehidupan duniawi dan bersuka-ria.

-bila menjelang exam, boleh saja tidur sedikit.

-bila hari peperiksaan, sangat boleh untuk punctual, malah datang lebih awal.

- bila membaca novel, boleh sahaja membaca tanpa henti berjam-jam.

- bila membuka facebook, boleh sangat menghadap laptop berjam-jam.

kita hebat. kita punya kekuatan luarbiasa. sama seperti sahabat dan para nabi terdahulu.
mereka salurkan ke arah cinta kepada Allah, penuhi masa untuk kejar syurga dan cinta DIA.

kita pula bagaimana?


ikhlas is buat sesuatu semata-mata kerana Allah kan? tak kisahla rela atau paksa rela.
kalau kerana Allah, maka ikhlaslah kan?

No comments: