PPUKM

hari ini hari ke-8 berattachment di PPUKM /HUKM.

1- Trafik jammed di awal pagi.
-kalau di mesir, kita bangun awal pagi, untuk solat subuh dan buat ibadah sebelum mulakan sesi pembelajaran.
-tapi di malaysia, terkadang bangun tidur semata-mata untuk mengejar pergi awal ke hospital untuk elak jammed dan pastikan sampai tepat pada waktunya. mathurat pon dalam kereta. baca alquran semput.
-.-"

-hari-hari menganalisa jalan, dalam ketiga-tiga lane jalan cheras tu, yang mana bergerak paling laju dan kenapa. waktu bila kena ikut lane tengah dan waktu bila kena potong ke lane kanan. =D
tapi jarang sekali analisa jalan mana paling cepat bawa ke syurga firdaus yang diimpi.sob3. -.-"

2- Menjadi proaktif dan keluar dari comfort zone.
- terus terang, sangat takut untuk seorang diri buat attachment di PPUKM . namun, apabila berkenalan dengan student-student UKM yang super osem, subhanallah, tabarakallah..Allah sahaja yang tahu betapa seronoknya berkenalan dengan mereka. 

-hari ini masih lagi takut-takut, tapi mereka saangaaaaaat banyak membantu. tak kira bangsa atau jantina.senior atau junior.mereka sangat welcoming. (ke saya yang suka menegur? =D ) sangat teruja bila dapat berkawan dengan mereka yang berlainan bangsa. (seriously, mereka sangat suka menghulurkan bantuan.)

antara nama-nama yang dapat recall, shida, azwa, xing yu, justina,wong nabilah, ain, faidhi, jonathan, kamarul etc.

-di sini, saya selalu cabar diri buat sesuatu yang saya takut. hoho~ 
walaupun selalunya gagal, namun kadang-kadang berjaya. it's better than nothing ryte? =)

3- Keluar dari dunia sendiri.
-apabila kita duduk dalam kelompok kawan-kawan kita sahaja, amat mudah untuk kita perasan bagus.
untuk rasa cukup dengan apa yang ada. untuk kita rasa kita sudah cukup menyumbang. maka perlu sangat-sangat untuk kelaur dari "dunia harian kita".

-seriously, saya ingat dengan ilmu sakit puan ( Obsgyn) yang saya belajar di mesir, sudah mencukupi untuk sampai ke HO nanti. malangnya, saya silap. untungnya, saya sedar yang saya silap. banyak sangat benda yang saya tidak tahu. terutamanya skill-skill klinikal seperti physical examination, history taking yang diamalkan di malaysia etc.

-maka, sedikit nasihat, lulus dari exam itu penting, namun itu bukan tujuan kita ambil perubatan. kita ambil perubatan untuk rawat penyakit manusia. maka kita perlu berusaha mencapai "expectation" bagi seorang pengamal perubatan. 

exam menguji aspek penguasaan teori kita. namun masih ada skill-skill yang perlu dipelajari, masih ada "attitude" dan akhlak yang perlu dibentuk, masih ada masyarakat yang perlu dikenali dan system-system yang perlu diserasikan. 

sudah mula rasa perlu sangat-sangat tebalkan muka , keraskan hati dan kentalkan emosi untuk menghadapi zaman HO nanti. belajar bertanya yang tidak tahu, tadah telinga bila dimarahi, dan minta maaf jika tersilap.

satu lagi nasihat, sebelum masuk ke mana-mana clinical round, buat homework apa yang perlu kita kuasai jika kita belajar di malaysia, dan apa penyakit common berkaitan round tersebut yang ada di malaysia.. after all, bak kata Dr Har, the best place to learn medicine is the place where u're going to practise it. 

4- Aim dan Jalan hidup
ini antara sebab utama saya balik ke malaysia.
untuk melihat bagaimana kerjaya saya akan datang, bagaimana hendak mengekalkan tarbiyah, bagaimana ingin membentuk keluarga yang bahagia dan bukan semata-mata beberapa orang yang tinggal serumah, bagaimana ingin menyumbang ke dalam masyarakat, bagaimana ingin meningkatkan prestasi dan kualiti diri dan orang sekeliling.

Alhamdulillah, kabus semakin hilang. walaupun masih samar-samar. 
Alhamdulillah, banyak yang Allah permudahkan. =)

risiko utuk "kerjaya" menjadi rutin dan cycle hidup sangat tinggi.
sangat mudah untuk "terlupa" , kita masih ada Aim yang lebih besar untuk dicapai.
dan balancing is not an easy task.

teringat "cabaran" ust AO, 

"jangan cakap awak dah tsabat dalam tarbiyah selagi awak tak buktikannya selepas awak bekerjaya dan berumahtangga" 


5- Letak Aim untuk setiap perkara yang dibuat.
Attachment = apa yang awak nak tahu? apa yang awak nak belajar?
program = sesuai tak dengan aim awak? sebab banyak sangat program skarang, so choose the best one that u can learn from it / or sumbang sesuatu in it.
etc..

uhuk2.. Allahu Allah. jangan kau palingkan kami setelah kau beri hidayah kepada kami.
anisahshamilah,  sila busykan diri dengan perkara berfaedah seperti mana anda busykan diri sewaktu exam, terima kasih.

-risiko untuk berehat terlalu lama sangat tinggi -

No comments: