istikharah


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu,
aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu,
aku mengharapkan kurniaMu yang besar.
Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif.
Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil.
Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***)
dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku,
baik pada agamaku,
baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang,
takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku
kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***)
akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku,
membawa akibat dalam kehidupanku
baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang,
jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.

Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik,
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

teringat kata-kata ust syed kadir waktu muda-muda dahulu,

"buatlah istikharah setiap hari, lepas solat dhuha , bukan ke hari-hari kita buat keputusan.
even nak letak garam ke tak dalam masakan pon satu keputusan juga"

auntie cakap,

"buatlah selepas dhuha, minta supaya awak di "guide" Allah sepanjang hari tu."

ust amr khaled cakap,

"solat istikharah manifestasi tawakal."

dari doanya kita nampakkan, ia menunjukkan erti tawakal sebenar.

(seperti mana seorang bayi kecil berusaha dengan menangis apabila lapar,
dan redha dengan setiap suapan yang ibunya berikan,

maka jadilah manusia yang sentiasa berusaha sehabis tenaga,
dan redha dengan apa yang ALLAH aturkan.)

No comments: