rojak perasaan

"aina, aina sayang acik nisah tak?"

tersipu-sipu malu si dia, lantas mengangguk perlahan.
"sayang,"perlahan dia berbisik.

=D

tadi, selepas abahnya pulang, tiba-tiba dia menangis tanpa sebarang suara.

"aina, kenapa ni? rindu umi dengan abah ke?"
lantas kepalanya mengangguk.

"ok. aina stop nangis. kita solat isya' dulu. pastu acik nisah telefon abah, suruh abah ambil.
yang penting, sekarang aina stop nangis dan gi amik air sembahyang, kita solat isya' sama-sama."

lantas dia berhenti menangis, dan mengikut arahan satu demi satu.
(sangat menakjubkan, sebab biasanya kalau dah menangis, jangan harap nak berhenti.)
ni mesti kes betul-betul rindu.

***************************************

berbual dengan abah semasa menghantar aina ke ampang.
sebak rasanya.

teringat kecil-kecil dahulu,
sebelum pergi sekolah tiap-tiap pagi, salam mak dan abah.
sebelum tidur, berebut-rebut salam dan minta izin mak abah untuk masuk tidur.
kalau tertidur kat ruang tamu, abah akan dukung bawa ke bilik.
kalau abah balik kerja, semua akan berlari ke pintu untuk bukakan pintu dan bagi salam kat abah, dan terus ambil beg abah letak kat tempatnya.
hujung minggu, huhu~ dengan nakalnya duduk tengok tv sementara abah berkebun kat luar (sangat tidak patut)

walaupun selalunya dah tidur dahulu sebelum abah balik, dan abah dah pergi kerja dahulu sebelum bangun tidur, tapi tetap nampak kelibat abah.
hari ambil hadiah kecemerlangan, abah ada, hari sukan abah ada, solat hajat abah datang.

**************************************

mak, abah. saya dibentuk dan membentuk diri melalui pemerhatian saya pada kalian.
jika kalian mahukan saya pentingkan solat di awal waktu, berjemaah, kalian juga perlu TUNJUKKAN itu pada saya.
jika kalian mahukan saya jadi penyabar, tepati janji, pembersih, penyayang, berkata benar etc. , maka kalian juga perlu bersifat begitu.

kerana dari kalian , saya belajar. bukan dari kata-kata sahaja tetapi dari perbuatan kalian.
saya mungkin akan melupakan peristiwa-peristiwa, tetapi somehow, peristiwa-peristiwa itu membentuk peribadi saya.

mak, abah, sementara saya masih kecil, sudilah untuk menjadi kawan saya, pembimbing saya, supaya bila saya besar, saya mengenali mak dan abah sebagai kawan dan pembimbing saya.

jangan biarkan saya sendiri, kerana mungkin bila saya besar nanti, saya akan meninggalkan kalian berdua-duaan sahaja. kerana itu ajaran yang kalian berikan pada saya.

***********************************

sedang sensitif.
jika benar menyayangi, relakanlah dia pergi dengan gembira walaupun kita derita.
jika sudah sampai masa,maka redhalah dengan ketentuan-NYA.
mungkin dia sebenarnya sudah lama menderita, dan pemergian itu kebahagiaan baginya.

pasangan bercinta, jika benar bercinta, sambunglah dengan cara yang halal atau putuskan sahaja. sebab hanya 2 cara itu untuk mendapat cinta-NYA.

sayang,bukan bermakna memiliki.
tetapi bahagia melihatnya hidup gembira di bawah naungan Ilahi, insyaAllah.
=)

4 comments:

unie said...

terima kasih kepada abah & juga nisah kerana menghantar aina pulang. ke ampang pulak tu, sikit punya jauh! first time agaknya dia digamit rindu; tiada adik yang hendak dilawan gaduh mulut barangkali atau pun ummi tiada hendak menyuruh itu dan ini.

anakanda sulungku mmg pandai menunjukkan emosi tanpa rasa malu. bangun pagi ni pun masih lagi dibuai rasa sayu. mungkin x perasan dia sudah berada di ampang agaknya. alahaiii..

Anisah Shamilah MS said...

huhu~
mana tak sebak akak,
sepanjang tidur tu dia menangis.
golek2 ke kanan, golek2 ke kiri.

terjaga pon menangis lagi, nak balik rumah, rindu abah n ummi.

dia tak meraung2 pon, tuh yang jadi sebak lain macam.

abah kata,
"takpelah, bukan selalu dia ada masa dengan abah dia."

tough ain't it? being a parents.
totally not ready for it.

kagum2 dgn parents sedunia~ huhu

shikin achik said...

milah, terharu baca crite awk ni.huhu..
may I quote your sentence?
"sayang,bukan bermakna memiliki.
tetapi bahagia melihatnya hidup gembira di bawah naungan Ilahi, insyaAllah." =)
~with love from me~ukhwahfillah abadan abadaa..~ =)

Anisah Shamilah MS said...

achik!!!
rindu la~
huhu..quote la..
kite pon byk jer quote org..:D