pedih mata


hari pertama rusuhan?apa yang berlaku? teruk sangat ke?tak nampak apa-apa pun.
macam-macam perasaan muncul lantas petang itu berjalan-jalan bersama ms. H, meninjau suasana.

wahh, ramainya manusia di syarie' Qasr el-ainy, jalan menuju tahrir sq.
terkejut.subhanallah.

"H, gi depan lagi jom. kita tengok dari mounira bakery tuh."

sambil tersenyum, dia mengiakan, bersetuju.
melihat dari jauh, subhanallah. jalan seluas 4-5 lane kereta itu penuh dengan manusia.
mata sudah pedih-pedih. kedengaran tembakan-tembakan dari orang ramai itu. bunyi apa, wallahua'lam.
tiba-tiba ternampak sebiji "bola kecil" yang mengeluarkan asap tebal berwarna putih terpantul dari bangunan ke bangunan. orang ramai mula melarikan diri. erk, terpaku jap, gas pemedih mata. nak lari ke tak nak, nak ke tak nak.

tiba-tiba seorang pakcik menjerit,
"BANAAATTT, TIGRIII!! BANAAT, TIGRII!!
(budak perempuan, lari!!!)
berulang-ulang kali. H dah start nak lari, jadi, larilah bersama-sama. kami berdua sahaja budak perempuan di situ.memang sekuat hati juga lah melarikan diri. mata H dah pedih-pedih, tekak dah kering-kering.

sudah semakin jauh.Alhamdulillah, tiada kejadian berbahaya. buat kerja nakal sungguh. (tak termasuk kes di pagi hari lagi) mahu tahu lebih lanjut tentang isu yang berlaku lalu terasa mahu melawat ust. pergilah mengacau ust mahmoud di markas arabi. bertanya pendapat ustaz tentang situasi yang berlaku.

ustaz tersenyum,
"Perubahan memerlukan PENGORBANAN."
"Perubahan tak boleh berlaku hanya dengan Kalam (kata-kata) tanpa Amal.
"Saya harap perjuangan mereka bukan setakat kerana tomato sudah melambung naik, gula sudah 7 genih sekilo. saya harap perjuangannya lebih besar ertinya. perjuangan menuntut keadilan, menentang pemimpin yang zalim. dengan keadilan, barulah perkara-perkara kecilitu datang sekali.bukan hanya berjuang untuk perkara kecil semata-mata."

"Ust pun tak boleh duga apa bakal berlaku dan berapa lama. tetapi fitrah orang Arab, mereka jarang-jarang bangkit, sekali bangkit, mereka akan berhabis-habisan bangkit sehingga hak mereka dipenuhi.jadi, ustaz rasa benda ni akan lama.mereka sudah lama menyimpan perasaan, makan dalam. 30 tahun.

"H.M pula sangat degil. Dia takkan senang-senang turun. sebab dia tahu, kalau dia turun, dia akan dibawa ke pengadilan, dia, keluarganya, anak-anaknya mungkin akan merengkuk dalam penjara kerana telah banyak makan harta rakyat, membuat pembohongan-pembohongan dan khianat.dia dahulu dari keluarga miskin, bila sudah dapat kekayaan, hidup mewah 30 tahun, tak mungkin dia akan senang-senang untuk biarkan dirinya dihina apabila dia turun. itulah sifat manusia. sekecil-kecil pengetua sekolah pon begitu. cikgu dalam kelas, apa yang akan dia buat bila keluar dari kelas? dia akan suruh pengawas ambil nama pelajar bising untuk dirotan kan? ramai manusia gilakan dan sukar tinggalkan kedudukan."

ustaz bercerita tentang 4 orang firaun yang masih ada sekarang. tapi tak ingat sangat. ust bercerita tentang saddam hussein juga. ust kata, jangan sebut nama saddam hussein dekat rakyat iraq.jika mereka dengar nama saddam, tangan mereka akan terketar-ketar. saddan sudah mati, tetapi di ingatan penduduk iraq, dia takkan mati selama-lamanya. kekejamannya takkan luput dari fikiran mereka. bayangkan, dia boleh membunuh ulama'-ulama' . boleh membunuh 5000 syabab dalam masa sehari"

ustaz, ada ke orang yang berkaliber boleh gantikan H.M kat mesir ni?

"oh, sekarang, calon yang paling kelihatan adalah Dr el-barada3ie. orang-orang professional dan golongan ilmuwan sangat sukakan dia. dia ada fikrah tentang pentadbiran, ekonomi, cara-cara nak handle mesir etc. tapi kita hanya tahu fikrahnya, tak tahu amalnya bagaimana. dr ni dia orang mesir ke-4 dapat nobel prize. mempunyai 2 warganegara, egypt dan US.

ustaz, adakah mungkin dia adalah boneka yang akan dijadikan hero seperti mustafa kamal at-tartuk.

entah. mungkin.

panjang kemudiannya ustaz bercerita pengalaman ustaz sejak mula menjadi imam masjid di syria ketika berumur 14 tahun. panjang ceritanya dan sangat-sangat diluar jangkaan. semakin hari semakin kagum. sambung cerita lain kali~

pedih mata di mesir sebab gas pemedih mata,
pedih mata di malaysia sebab ..............
oh malaysiaku yang tercinta,...............

1 comment:

Anonymous said...

pedih mata di malaysia sebab .............. ??? ehehe.