=) ^.^

dari blog seorang beautiful lady

kadang-kadang "scar" itu terlalu dalam.
kadang-kadang kita sudahpun lupa ,apa yang melukakan,
kita sudah melupakan, tetapi kesan luka itu tidak pernah sembuh sepenuhnya.
sehingga sukar untuk membuka ruang kepada orang lain, sesiapa pun orang lain itu.

hidupnya kelihatan gembira,
kadang-kadang dia memang bahagia,
tetapi ada masanya, hatinya terasa sedih,

ada masanya, dia tidak tahu kenapa dia sedih,
tapi kadang-kadang, dia buat-buat tidak tahu,
lalu dia tenggelam di dalam kesedihannya,
selesa dalam deritanya sendiri.

it's painful to live like that.

dia ingin merasakan ketenangan dan kasih-sayang itu semula,
tetapi dia tidak jumpa kekuatan untuk membenarkan dirinya disayangi, dan menyayangi,
kerna dia tidak kuat untuk sekali lagi menyakiti atau disakiti.

semoga lagu ini memberi sedikit kekuatan. =)

The People of the Boxes – by Dawud Wharnsby Ali


There were once some people
Who all saw their lives like empty boxes
They looked around the world
Collecting up the things they liked.

They filled their lives and boxes
With the goodies that they gathered
And they all felt in control
Content and they all felt alright.

They climbed inside their boxes
They settled with their trinkets.
They neither looked nor learned much more
And closed their lids up tight.

Once they fastened up their boxes
They smiled there inside
And they all thought in their darkness
That the world was clear and bright.

But the world is not a box
There’s no lid no doors
No cardboard flaps or locks
And everything in nature
From the clouds to the rocks
Is a piece of the puzzle of the purpose of man
It’s a piece of the peace of Islam.

Along came a wandering wiseman
Whispering such words of truth
He stumbled on these boxes
So separate side by side
He knocked upon the first one saying
Please come out and feel the day
An answer came from deep within
You’re not of us please go away

He approached the second box
And tapped twice on the lid saying
Peace to you inside
Shall I show you a new way
Someone peaked out from a crack and said
You may just have a point
But it’s so comfy in my box
In my box here I will stay

But the world is not a box
There is no lid, no doors
No cardboard flaps of locks
And everything in nature
From the clouds to the rocks
Is the piece of the puzzle of the purpose of man
Is the piece of the peace of Islam

He stood before the final box
A hiding face peaked out to him
And much to his surprise
He said I recognise those eyes
I see you and you see me
Why not come out and be free

Faith and flowers wilt and die
If they are hidden from the sky.

Cause the world is not a box
There is no lid, no doors
No cardboard flaps of locks
And everything in nature
From the clouds to the rocks
Is the piece of the puzzle of the purpose of man
Is the piece of the peace of Islam

Now the centuries lie between
All the prophets and you and I
Civilisations are born and die
Each and everyday
We see good and bad and happy, sad
And mad mistakes we wish we hadn’t made
In our attempt to try and live up to their ways

But if we hide ourselves away
Afraid to grow and learn
We might wake up in the flames
Of the ignorance that burns
And we’ll never be much more
Than only casualties of war

In a struggle we can’t win
If we have no faith to begin

We’ve got to tip the lid
And let some sunlight in

Cause the world is not a box
There is no lid, no doors
No cardboard flaps of locks
And everything in nature
From the clouds to the rocks
Is the piece of the puzzle of the purpose of man
Is the piece of the peace of Islam.


*lagu yang kak hanim bagi masa on the way dari galway ke dublin*

kita boleh statik berada di situ, tetapi hidup akan terus dan terus berjalan kan? tiada siapa suka disakiti, tetapi kesakitan itu mengajar kita menghargai.


*mengumpul kekuatan*

loading... 3%

To be continued....

cuti

borak-borak dengan makwe.
baru terperasan.huhu~

kerja sebenar bermula apabila melangkahkan kaki di malaysia.
balik malaysia bukan untuk berehat-rehat dan bercuti-cuti, tapi di sinilah kerja menjadi insan, mengaplikasi ilmu bermula. medan pertempuran sebenar.

kita belajarkan masa lapang itu bagai pedang yang membunuh.

kita belajar adab-adab, akhlak-akhlak dari ustaz dan ustazah.

kita belajar bagaimana nak mantapkan iman, apa teorinya.
bagaimana meninggalkan jahiliyyah, apa caranya.

kita belajar bagaimana mahu jadi muslim sebenar, macam mana golongan ghuraba', bagaimana bermasyarakat, bagaimana itu dan ini.

maka ,mulakan tugas sebagai anak-anak solehah. kakak-kakak solehah, adik-adik solehah, rakan-rakan solehah,hamba yang benar-benar mencinta.

kat mesir tuh, belajar tuh, memangla kerja kita. tapi malaysia bukan tempat kita bercuti kan?
malaysia lagi banyak kerja sebenarnya.huhu~

kenapa saya tak rasa nak balik mesir lagi nih....haih~
masa tinggal sikit. sangat sikit. jom sedar sama2.


Mukashafal al-qulub (imam ghazali)



‎"Aku tidak pernah kenyang semenjak aku masuk islam agar kutemukan lazatnya beribadah kepada Tuhanku.
dan aku tidak pernah minum puas semenjak masuk islam kerana rindu berjumpa dengan Tuhanku.
Ini kerana jika banyak makan akan sedikit beribadah.
Sesungguhnya jika orang banyak makan, beratlah badannya, mengantuk dan lemahlah anggota badannya, sehingga tidak membuahkan sesuatu.
Dia tidur melulu bagaikan bangkai terbuang.

-Abu Bakar AS-

**************************

"Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum
habis kering air mataku"

-doa rasulullah s.a.w-

***********************

Barangsiapa tidak redha dengan keputusan-KU,
dan tidak sabar dengan pemberian-KU,
hendaklah dia mencari Tuhan selain-KU.

-hadith qudsi-

************************

T.T

rojak perasaan

"aina, aina sayang acik nisah tak?"

tersipu-sipu malu si dia, lantas mengangguk perlahan.
"sayang,"perlahan dia berbisik.

=D

tadi, selepas abahnya pulang, tiba-tiba dia menangis tanpa sebarang suara.

"aina, kenapa ni? rindu umi dengan abah ke?"
lantas kepalanya mengangguk.

"ok. aina stop nangis. kita solat isya' dulu. pastu acik nisah telefon abah, suruh abah ambil.
yang penting, sekarang aina stop nangis dan gi amik air sembahyang, kita solat isya' sama-sama."

lantas dia berhenti menangis, dan mengikut arahan satu demi satu.
(sangat menakjubkan, sebab biasanya kalau dah menangis, jangan harap nak berhenti.)
ni mesti kes betul-betul rindu.

***************************************

berbual dengan abah semasa menghantar aina ke ampang.
sebak rasanya.

teringat kecil-kecil dahulu,
sebelum pergi sekolah tiap-tiap pagi, salam mak dan abah.
sebelum tidur, berebut-rebut salam dan minta izin mak abah untuk masuk tidur.
kalau tertidur kat ruang tamu, abah akan dukung bawa ke bilik.
kalau abah balik kerja, semua akan berlari ke pintu untuk bukakan pintu dan bagi salam kat abah, dan terus ambil beg abah letak kat tempatnya.
hujung minggu, huhu~ dengan nakalnya duduk tengok tv sementara abah berkebun kat luar (sangat tidak patut)

walaupun selalunya dah tidur dahulu sebelum abah balik, dan abah dah pergi kerja dahulu sebelum bangun tidur, tapi tetap nampak kelibat abah.
hari ambil hadiah kecemerlangan, abah ada, hari sukan abah ada, solat hajat abah datang.

**************************************

mak, abah. saya dibentuk dan membentuk diri melalui pemerhatian saya pada kalian.
jika kalian mahukan saya pentingkan solat di awal waktu, berjemaah, kalian juga perlu TUNJUKKAN itu pada saya.
jika kalian mahukan saya jadi penyabar, tepati janji, pembersih, penyayang, berkata benar etc. , maka kalian juga perlu bersifat begitu.

kerana dari kalian , saya belajar. bukan dari kata-kata sahaja tetapi dari perbuatan kalian.
saya mungkin akan melupakan peristiwa-peristiwa, tetapi somehow, peristiwa-peristiwa itu membentuk peribadi saya.

mak, abah, sementara saya masih kecil, sudilah untuk menjadi kawan saya, pembimbing saya, supaya bila saya besar, saya mengenali mak dan abah sebagai kawan dan pembimbing saya.

jangan biarkan saya sendiri, kerana mungkin bila saya besar nanti, saya akan meninggalkan kalian berdua-duaan sahaja. kerana itu ajaran yang kalian berikan pada saya.

***********************************

sedang sensitif.
jika benar menyayangi, relakanlah dia pergi dengan gembira walaupun kita derita.
jika sudah sampai masa,maka redhalah dengan ketentuan-NYA.
mungkin dia sebenarnya sudah lama menderita, dan pemergian itu kebahagiaan baginya.

pasangan bercinta, jika benar bercinta, sambunglah dengan cara yang halal atau putuskan sahaja. sebab hanya 2 cara itu untuk mendapat cinta-NYA.

sayang,bukan bermakna memiliki.
tetapi bahagia melihatnya hidup gembira di bawah naungan Ilahi, insyaAllah.
=)

pedih mata


hari pertama rusuhan?apa yang berlaku? teruk sangat ke?tak nampak apa-apa pun.
macam-macam perasaan muncul lantas petang itu berjalan-jalan bersama ms. H, meninjau suasana.

wahh, ramainya manusia di syarie' Qasr el-ainy, jalan menuju tahrir sq.
terkejut.subhanallah.

"H, gi depan lagi jom. kita tengok dari mounira bakery tuh."

sambil tersenyum, dia mengiakan, bersetuju.
melihat dari jauh, subhanallah. jalan seluas 4-5 lane kereta itu penuh dengan manusia.
mata sudah pedih-pedih. kedengaran tembakan-tembakan dari orang ramai itu. bunyi apa, wallahua'lam.
tiba-tiba ternampak sebiji "bola kecil" yang mengeluarkan asap tebal berwarna putih terpantul dari bangunan ke bangunan. orang ramai mula melarikan diri. erk, terpaku jap, gas pemedih mata. nak lari ke tak nak, nak ke tak nak.

tiba-tiba seorang pakcik menjerit,
"BANAAATTT, TIGRIII!! BANAAT, TIGRII!!
(budak perempuan, lari!!!)
berulang-ulang kali. H dah start nak lari, jadi, larilah bersama-sama. kami berdua sahaja budak perempuan di situ.memang sekuat hati juga lah melarikan diri. mata H dah pedih-pedih, tekak dah kering-kering.

sudah semakin jauh.Alhamdulillah, tiada kejadian berbahaya. buat kerja nakal sungguh. (tak termasuk kes di pagi hari lagi) mahu tahu lebih lanjut tentang isu yang berlaku lalu terasa mahu melawat ust. pergilah mengacau ust mahmoud di markas arabi. bertanya pendapat ustaz tentang situasi yang berlaku.

ustaz tersenyum,
"Perubahan memerlukan PENGORBANAN."
"Perubahan tak boleh berlaku hanya dengan Kalam (kata-kata) tanpa Amal.
"Saya harap perjuangan mereka bukan setakat kerana tomato sudah melambung naik, gula sudah 7 genih sekilo. saya harap perjuangannya lebih besar ertinya. perjuangan menuntut keadilan, menentang pemimpin yang zalim. dengan keadilan, barulah perkara-perkara kecilitu datang sekali.bukan hanya berjuang untuk perkara kecil semata-mata."

"Ust pun tak boleh duga apa bakal berlaku dan berapa lama. tetapi fitrah orang Arab, mereka jarang-jarang bangkit, sekali bangkit, mereka akan berhabis-habisan bangkit sehingga hak mereka dipenuhi.jadi, ustaz rasa benda ni akan lama.mereka sudah lama menyimpan perasaan, makan dalam. 30 tahun.

"H.M pula sangat degil. Dia takkan senang-senang turun. sebab dia tahu, kalau dia turun, dia akan dibawa ke pengadilan, dia, keluarganya, anak-anaknya mungkin akan merengkuk dalam penjara kerana telah banyak makan harta rakyat, membuat pembohongan-pembohongan dan khianat.dia dahulu dari keluarga miskin, bila sudah dapat kekayaan, hidup mewah 30 tahun, tak mungkin dia akan senang-senang untuk biarkan dirinya dihina apabila dia turun. itulah sifat manusia. sekecil-kecil pengetua sekolah pon begitu. cikgu dalam kelas, apa yang akan dia buat bila keluar dari kelas? dia akan suruh pengawas ambil nama pelajar bising untuk dirotan kan? ramai manusia gilakan dan sukar tinggalkan kedudukan."

ustaz bercerita tentang 4 orang firaun yang masih ada sekarang. tapi tak ingat sangat. ust bercerita tentang saddam hussein juga. ust kata, jangan sebut nama saddam hussein dekat rakyat iraq.jika mereka dengar nama saddam, tangan mereka akan terketar-ketar. saddan sudah mati, tetapi di ingatan penduduk iraq, dia takkan mati selama-lamanya. kekejamannya takkan luput dari fikiran mereka. bayangkan, dia boleh membunuh ulama'-ulama' . boleh membunuh 5000 syabab dalam masa sehari"

ustaz, ada ke orang yang berkaliber boleh gantikan H.M kat mesir ni?

"oh, sekarang, calon yang paling kelihatan adalah Dr el-barada3ie. orang-orang professional dan golongan ilmuwan sangat sukakan dia. dia ada fikrah tentang pentadbiran, ekonomi, cara-cara nak handle mesir etc. tapi kita hanya tahu fikrahnya, tak tahu amalnya bagaimana. dr ni dia orang mesir ke-4 dapat nobel prize. mempunyai 2 warganegara, egypt dan US.

ustaz, adakah mungkin dia adalah boneka yang akan dijadikan hero seperti mustafa kamal at-tartuk.

entah. mungkin.

panjang kemudiannya ustaz bercerita pengalaman ustaz sejak mula menjadi imam masjid di syria ketika berumur 14 tahun. panjang ceritanya dan sangat-sangat diluar jangkaan. semakin hari semakin kagum. sambung cerita lain kali~

pedih mata di mesir sebab gas pemedih mata,
pedih mata di malaysia sebab ..............
oh malaysiaku yang tercinta,...............