adik...

adik,
kurenung wajahmu,
mukamu cuba tersenyum, cuba melihatkan dikau gembira,
tapi jauh di sudut hati, ku merasakan kau tidak sebahagia senyumanmu.
jauh di dasar, ada sesuatu yang kau pendamkan,
dengan harapan masalah itu akan terkubur dan kau akan kekal kuat dan tough.

adik,
akakmu bukan ingin menyibuk, sekadar ingin membantu,
ceritalah, semoga bebananmu menjadi lebih ringan,
berkongsilah, supaya akakmu boleh sama-sama muhasabah denganmu.
khabarkanlah, kerna akakku tiada ilmu membaca isi hati.

adik,
jika ada salah akak padamu, akak minta maaf.
jika akak terlalu mengongkong dirimu, beritahu,
jika akak mengabaikanmu, maklumkanlah,
akak sayang padamu...sangat-sangat sayang...cuma terkadang sukar menzahirkan.

adik,
kita belajarkan? syaitan itu suka membisikkan kejahatan2, mewas-waskan kita,
kita renungkan bersama,kan? syaitan itu lemah sebenarnya, dia datang dan pergi,
hanya berani muncul ketika kita goyah, terbang pergi bila kita sentiasa mengingati Allah.
kita hayati kan? bahawasanya, Allah beri kebenaran syaitan hasut kita, tapi Allah beri kita senjata,
hati yang sentiasa dan mahu mengingati Allah, sukar didekati syaitan,
akal yang sentiasa mencari ilmu mendekati Allah, akan waras dalam memilih baik dan mungkar,
jasad pula, akan sepatutnya bertindak mengikut susunan hati dan akal.

maka adik, jangan salahkan syaitan menggodamu, salahkan dirimu kurang mengingati Allah sehingga berjaya digoda syaitan...

adik,
pinta kekuatan dari Allah,
pinta ketenangan dari Allah,
pinta ditunjukkan dan dikekalkan dalam jalan kebenaran menuju Allah..
pinta segala-galanya dari Allah..
kerna DIA, YANG MAHA BERKUASA dan PUNYA SEGALA-GALANYA..

dari,
akak yang sangat2 sayang pada kamu, insyaAllah, biiznillah kerna Allah.
oh ya, adik, jaga akhlak kita ya...adab dan akhlak juga sebahagian dari islam kan?

Qudwah


point2 muhasabah diri sendiri, dan peringatan buat yang lain.

Sesiapa yang tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kamu bila engkau melihatnya, ketahuilah bahawa dia sendiri tidak terdidik.

Sesiapa yang menasihati saudaranya melalui perbuatannya, dia adalah pemberi petunjuk.

Apabila seseorang lelaki berbicara kepada sesuatu kaum,
maka sesungguhnya bicaranya itu terkesan di hati kaumnya
mengikut kedudukan kata-kata itu dalam hatinya sendiri.

Ssesungguhnya seseoranag alim itu apabila tidak beramal dengan ilmunya,
nasihatnya akan tergelincir dari hati-hati pendengarnya
sebagaimana tergelincirnya titisan embun dari batu yang licin.

Ssesungguhnya ada orang yang wajahnya berser-seri,
memenuhi mata dengan bunga dan kesegaran,
tetapi orang yang celik memandangnya seperti bunga buatan,
hidupnya tidak memberi haruman dan kesegaran.

*********************************************

Setiap individu mempunyai sifat MUHAJIR dan MUJAHID dalam dirinya,
banyak jiwa-jiwa baik yang cenderung BERHIJRAH dari kejahatan,
tetapi tidak mahu berJIHAD.
Ada juga jiwa-jiwa yang KUAT dan cenderung berJIHAD
tetapi tidak mahu BERHIJRAH meninggalkan kejahatan.

Bina diri dengan kekuatan jihad dan hijrah, mereka complementary.

petikan2 dari buku titik tolak...

Alhamdulillah =D


masuk kelas 8.05 pg, maka duduklah di barisan hadapan menyediakan diri untuk belajar.
tiba-tiba Dr Ibrahim datang. maka saya pon berubah tempat duduk belakang sekali.
kenapa? sebab Dr Ibrahim menjawab soalan2 yang di passkan student dan bercakap full arabic dan saya ketiadaan semangat untuk menterjemah hari ini.

berkira-kira di kelas praktikal juga mahu duduk di belakang sekali, baca buku sendiri, memandangkan kelas ni dah ambil sewaktu di group 10 dahulu.

pukul 9, seorang doktor lain masuk. maka saya dan amal berganjak balik ke tempat duduk hadapan untuk mendengar + mentranslate lecture.

Uniknya, Dr bermula dengan tazkirah.
bercerita tentang sahabatnya yang senantiasa mengucapkan Alhamdulillah walau dalam apa jua keadaan.

1st day, dia datang dan menegur semua orang. bila ditanya keadaan dirinya,
"Alhamdulillah, saya ok."

2nd, "a major catastrophy" melanda dia. semua risau.semua bertanya adakah dia ok.
jawapannya,

" Alhamdulillah.(tanpa menyatakan ok atau tidak),
Rodhitu billahi robba ( Aku redha ALLAH adalah tuhan-KU).
Aku hidup dan bernaung di bawah naungan Allah.
dan aku redha dengan setiap ketentuan-NYA."

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

walaupun banyak benda yang kelihatan negatif,
tetapi Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah a'laa kulli hal~
=D

bilamana kita ada masa mengeluh, maka kita belum cukup bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terbilang banyaknya...

random~


"mak tak pandai la nisah...dulu mak pandai la..sekarang dah tak pandai dah..kan mak dah cakap, mak selalu lupa"

"alaaa, mak dapat jawab soalan nisah,kira mak pandaila tuh"

mak ketawa...

*******************************************************************

"betulkan mak, nisah cakap?"

"betul3!"

"huhu~mak macam upin dan ipin..mak tengok kartun eyk?"

mak ketawa lagi, "taklah, budak-budak kecik tu lah tengok."

*************************************************

seronoknya dengar mak ketawa. dah lama mak tak ketawa camtu kan?
mak mesti rindu nisah n ipah sangat2 kan?
huhu~ mak, kalau tahun ni nisah balik raya jer ok x?

saje lepas rindu~

mak , doakan nisah tabah, tabah,tabah....

pancakes anyone?



pancake cereals + honey or syrup~

camping yuk!




huhu~
pancakes anyone? seems nyummy~

macam-macam cara si ayah buat untuk si anak seronok makan breakfast.
itu hanya hidangan breakfast.

:)
bagi mereka yang hendak belajar dan mengajar medic, fun kanlah medic.

bagi mereka yang hendak menyampaikan islam,
Dakwah is FANN (seni) dan FUN , kan?

but of course, dunia ini tak sunyi dari rintangan dan cabaran.
dalam apa-apa pun yang kita lakukan, cuba untuk jadikannya menarik.
perbaiki diri + tambah kreativiti + jangan sibukkan dengan mencari kesalahan orang.
tinggalkan dosa + kejar pahala.

p/s :- couldn't resist kechomeylan dan kreativiti jim!! chomeyl sangat3!!!

Hidup ini...

Kata mereka,

Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri, pada malu dan kebekuan,
Pada hidup bersama family, dan bukannya hidup orang berhijrah dan terusir,
Pada berjalan di belakang kenderaan, mewah dan dengan langkah yang longlai,
Pada ikut sahaja apa yang orang katakan, tanpa tentangan dan konfrontasi,
Pada ikut sahaja ke mana rombongan bergerak, kamu dipimpin bukan memimpin,
Pada hanya bersorak untuk setiap pemerintah... HIDUP KAMU!!...Selama-lamanya...

Aku pula berkata,

Hidup ini adalah gerakan, bukan diam dan bukan beku,
Hidup adalah jihad, Akan berjuangkah orang yang hanya diam berpeluk tubuh?
Hidup adalah pada menikmati lazatnya susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur,
Ia adalah membela hak, merdekakah orang yang tidak membela haknya?
Hidup ialah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah.
Hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah di bumi, tugas kamu memimpin,
Kami boleh berkata NO fan YES, apabila kamu mahu
dengan pandangan yang tajam .

- Yusuf al-Qardhawi -



******* di mana kita ikhwah wal akhawat?
ya Allah, kami mohon ampun, ya Allah kami mohon kethabatan, ya Allah, kami mohon kekuatan...

BFF!!!

kata-katanya tenang tetapi, membakar jiwa.
lembut tetapi menusuk tepat ke kalbu.

dia mengingatkan tentang sahabat,
sejauh mana sahabat itu mendapat tempat dalam doa kita?
dahulunya kita kata kita sahabat sampai mati, akan sentiasa mendoakan walau jarang berhubung, kini......sejauh mana kata-kata itu menjadi realiti?
atau kita semakin melupakan erti sebuah persahabatan?


jika dia semakin berubah. jauh-jauh berubah. sudah hampir tidak dikenali lagi.
masihkah ada sisa nilai persahabatan yang menggagahkan kita untuk senantiasa mendoakan yang terbaik untuknya?
ataukah persahabatan itu hanya omong kosong. yang tinggal hanya buruk sangka, umpatan serta " penyesalan "?
lalu kita leka membina persahabatan baru, ukhuwah demi ukhuwah, tanpa kita sedar, kita kurang rupanya menunaikan hak seorang kawan.

teringat aku pada seorang sahabat yang kusangka akan kekal sehingga mati.
tapi semakin lama, semakin kusedar persahabatan sebegitu tidak sepatutnya berterusan.
cuma langkahku mungkin tersilap ketika itu.

"walaupun kita tak contact, aku nak kau ingat, yang kita sentiasa kawan, dan aku sentiasa doakan kau"

dia yang bergelar sahabat, maafkan aku jika pernah aku lupakan dirimu dalam doaku.
maafkan aku jika aku pernah tidak berlapang dada, dan pernah bersangka buruk padamu.

akhawat, jazakillah atas peringatan enti.
sahabat, tarik jika terjatuh. betulkan jika tersasar. doakan terang-terang atau diam-diam.

milah-anah-ain-faiz-yanna @ Int. Bowling Center

stalking ** 08102010**

smile to ur new world!


huhu~
dah agak dah. bila akak secretary dah masuk, maka nama2 pun dipanggil.

sangat kagum dengan Dr Ibrahim. Cara beliau menerangkan situasi sangat-sangat sweet dan menenangkan. sungguh berciri-ciri seorang bapa.
keluar dari sebuah kesenangan membuka 10001 peluang baru kan?

maka, anisah shamilah - amal hanani - muhaimin - amir fathi - ammar,

selamat datang ke group 5, with 30 ++ egyptian's classmates.

selamat belajar bahasa arab + selamat baca buku rajin2!!

Allah dah beri booster belajar arab, Allah dah beri booster suruh baca buku lebih,
kepayahan kadang-kadang mempunyai cara unik dan tersendiri untuk melahirkan kemanisannya kan?

jom optimist dan bersedia dengan kepayahan dan kemanisan di situasi baru!!

pasang khemah, nyalakan api~

Dirikanlah khemahmu di padang pasir jahiliyyah kurun ke 21 ini,
dan nyalakan apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah,
supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemahmu.
Kamu panggillah puterimu : "marilah anakku",
untuk menyemarakkan lagi nyalaan unggun api lal kamu mengajarnya ;

Marilah wahai anakku, nyalakanlah api itu sepanjang malam.
Nyalakanlah api itu, semoga api itu menjadi petunjuk
Nyalakanlah ia wahai manjaku,
Sesungguhnya para daie dalam kehairanan

Nyalakan ia untuk para pengembara di padang luas ini
Marakkan api dan nyalakanlah baranya
Semoga para pengembara segera datang kepadanya,
Usirlah kegelapan yang pekat ini,

Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu,
Inilah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita,
Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu
Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan
tapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari panduan,

Bekalkanlah kami dengan kehangatan cinta dan tanggungjawab
Bekalkanlah kami wahai puteri si manjaku dari nyalaan hidayah ini.


jauhkan diri dari maksiat. berpuasa di siang hari, bertahajud di malam hari dan keraplah menangis di hadapan Allah.
tanpa syarat-syarat yang ketat, jamaah islam akan jadi lubuk orang-orang bermasalah.